Monday, May 28, 2018

KUIH KASWI PANDAN




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua! Wah dah masuk hari ke 12 berpuasa ye.. Amboii lama sangat Pn Doc berhibernasi kan..hihi! Macam2 kisah yang berlaku, sibuk dengan anakanda Sri yang menjalani pembedahan tulang belakangnye pada 18 april  serentak dgn itu.. adinda syafiq pula dimasukkan ke hospital sebab diserang denggi berdarah. Tak habis di situ, Ayahanda saya pula jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital minggu lalu dan baru saja discaj petang semalam. So begitu la kisahnye.. Sekarang ni pun kena sentiasa monitor keadaan anakanda Sri selepas pembedahan kerana dia perlu betul2 berehat dan tidak melakukan aktiviti yang boleh mengganggu pemulihan tulang belakangnye. Doc pakar kata Sri kena berehat sehingga setahun sebelum boleh aktif kembali. Doakan anakanda Sri dapat menyambung pelajarannye kembali pada tahun hadapan ye..InsyaAllah Aamiinn Yra! Jadi hari ni kita nak kongsi resepi kuih kaswi pandan yg dibuat pada awal menyambut puasa aritu..sangat sedap, kenyal2 gitew dan sedang2 manisnye. Memang puashati la dengan kejadiannye..so jom kita zaass resepi yok!

RESEPI KUIH KASWI PANDAN
resipi asal - myresepi
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(5-10helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur

Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam- kukus sekejap supaya kelapa tahan lama



Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan,kacau sebati dan tidak berketul.Tapis
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit
Sejukkan.Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi

Friday, April 6, 2018

CRUNCHY ALMOND CARAMEL

Assalamualaikum.. Finally berjaya membuat biskut florentine aka crunchy almond caramel ni. Mudah sangat membuatnya rupanya Alhamdulillah sekejapan jer mengunyah dah tinggal suku balang jer..hihii! So jom semak resipi yok!

Resepi Crunchy Almond Caramel
Sumber 1 - kuali hangus
Sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan-Bahannya:-
200 gm tepung Florenta / Bienetta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam/hijau
20 gm bijan hitam


Cara Membuatnya:- Badam dan kuaci di bakar terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas & Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek (non stick baking paper).
Panaskan oven pada suhu 160C. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan NIPIS.
Bakar dalam oven selama 10 minit. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udar

Monday, April 2, 2018

EPOK-EPOK SARDIN

Assalamualaikum..hollaa! Ni epok-epok sardin yang dibuat minggu lepas..alhamdulillah elok kejadiannye walaupun rupa kelimku itu tak berapa nak cantik..hihi! Sekali sekala mamam karipap homemade memang sedap..Alhamdulillah! Jom kita semak resipi yok!

RESIPI EPOK-EPOK SARDIN
Sumber - inahar's cooking time


Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.

Inti Sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih - parut halus
2 biji lada merah/hijau - hiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 tin sardin (cap ayam) - racikkan isi ikan
minyak untuk menumis
garam
Aiir perahan limau/asam jawa secukupnya
perisa (optional)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu, bawang putih, lada merah dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar tumis garing . Masukkan pula isi ikan sardin beserta 2-3 sudu besar sos sardin dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan air asam, garam dan perisa. Kacau rata dan biarkan masak sebentar. Sejukkan sebelum digunakan.

Tuesday, March 20, 2018

SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS

Assalamualaikum semua! Kali ni Pn Doc nak share resipi pasta yang paling mudah dan sedap serta mendapat sambutan ramai di rumah kita..hihi! Ini lah dia spagheti sardin goreng pedas..nyum..nyum nyum! Kalau takder stok sardin bolehla diganti kan dengan tuna tin tu..dua-dua pun sodapp! Jom kita zaass resipi yang sempoi nih yok!

RESIPI SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar atau mixed vege)
1-2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
7-10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang

Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!


Thursday, March 8, 2018

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA



Assalamualaikum semua..taraa!! Bersiaran kembali kita dgn masakan istimewa ayam goreng pedas ala korea! Kalu korang nak tau..kali ni menu yang terhidang ni adalah hasil airtangan oleh mrhubby tercinta.
Katanya main campak2 jer tapi kita berjaya gak merisik resipi dari mrhubby walaupun dia ingat2 lupa bahannye..hihii! Rasanye kalu korang nak yang mmg betui2 pedas meletop cam kt restoran korea tu kena la beli sos pedas korea kt supermarket jusco or jaya grocer tu kan. Mrhubby hanya guna bahan2 yang ada di dapur jer. Macehhh sayang masakkan utk anak2 time ibu berkerja.Love uu so much!! Muuaahhh! 


Ayam goreng pedas ala korea
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan Perapan Ayam:

10 ketul chicken wing
Sedikit halia ditumbuk
Lada Hitam
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung

CARA-CARA MENYEDIAKAN  

Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya lagi rangup.
Bahan-bahan sos :

Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus
2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari)
1 sudubesar sos tiram
Madu
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit cuka atau jus lemon
Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan)
Minyak utk menumis

CARA-CARA MENYEDIAKAN

Tumiskan bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!