Thursday, December 29, 2022

NASI DAGANG GULAI IKAN MAKEREL


Assalamualaikum semua...lama kita menyepi kan jadi harini kita nak share menu kita minggu lepas. Alhamdulillah berjaya memasak nasi dagang stail ganu manakala gulai ikan tu pulak kita guna ikan makerel tin jer bagi sonang keje kan 😅. Takder rempah gulai nasi dagang jadi kita gantikan dengan rempah kari ikan tu jer. Walaubagaimana pun kejadiannye tetap enak dan lazat. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye yok!


RESIPI NASI DAGANG TRENGGANU
Sumber: inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan2:
3 cawan beras siam wangi (boleh guna beras biasa/basmathi jugak)
1 cawan beras pulut (boleh kurang amaun pulut jika kurang gemar berpulut)
500 ml - santan pekat, ambil sedikit utk dijadikan santan cair..agak2la ye 
garam dan perisa 
halba
bawang merah dimayang halus 
sedikit halia di racik halus


cara2:
Beras dan beras pulut direndam sebentar then kukus lbhkurang 15 minit. Ketepikan dan gaul dgn santan cair lepas tu kukus semula. Bila sudah agak2 masak angkat dari pengukus. santan pekat tadi dicampur garam dan perisa kemudian dicampur kedlm nasi tadi.gaul sebati sekali dgn halba, bawang merah dan hirisan halia tadi.kukus kembali hingga masak cantik. siap utk dimakan bersama gulai ikan tongkol, acar timun & telur rebus.

RESIPI GULAI IKAN MAKEREL TIN

Bahan bahan:
2 tin besar ikan Makerel/Sardin brand Ayam
2-3 sudu besar cili giling (ikut kepedasan yg disukai) 
5-6 sudu makan serbuk kari ikan (jenama babas)
1 inci halia * 
6 ulas bawang putih * 
10 ulas bawang merah * 
asam keping 
cili merah & hijau/cili api
halba 
garam
gula 
santan secukupnya (sy guna 1pek serbuk santan dicampur air)

cara2:
Kisar bahan2 bertanda. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga naik bau kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga garing then masukkan rempah kari tadi berserta halba . Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ikan makerel/sardin tadi. Kemudian masukkan santan, garam, gula, asam keping, cili hidup/cili api dan masak lagi hingga mendidih..biar sebentar hingga mesra kemudian matikan api. Bolehla dihidang...

Sunday, October 30, 2022

CUCUR JAGUNG RANGUP

 
Assalamualaikum..selamat berhujung minggu kengkawan! Jom kita layan cucur jagung rangup petang2 camni kan. Memang best..tips utk mendapatkan cucur yg rangup di luar adalah dgn menambah sedikit tepung beras dalam adunan cucur manakala gunakan tepung cap sauh utk memastikan cucur ni tetap lembut didalam nya. Jom kita zaas resepinye yok!

Resepi Cucur Jagung Rangup
Sumber - inahar's cooking time
IG @Drinahar

Bahan
2 cawan tepung gandum
2-3 sudu besar tepung beras
Udang kering (boleh guna ikan bilis, udang segar dsbnya)
1/2 biji bawang besar potong nipis
1-2 biji lada hijau/merah
Kucai (takder stok)
1 cawan jagung tin (whole kernel)
Garam & perisa
Air secukupnya - adunan haruslah sedikit cair utk memudahkan menggoreng secara meleper dan nipis dalam kuali nanti
Minyak utk menggoreng

Cara
Panaskan minyak yg banyak. Goreng adunan secara meleper dan nipis sedikit utk memastikan ia rangup. Siap. Boleh dimakan panas2 bersama sos cili. Nyumm!

Saturday, October 29, 2022

RICH OREO CHOCOLATE BROWNIES


Assalamualaikum..holla semua! Ok arini baru nak updet resepi Rich oreo choc brownies yg kita buat beberapa minggu yg lepas sempena menyambut besday kedua2 Anakanda Sri juga Adam yg baru berlalu. A keeper recipe uolls!

Korang kalau masih belum pernah cuba resipi ni..baik cepat2 try sbb memang marbeles sgt! Very rich, moist, chocolatey, chewy gooey texture! Sangat rugi kalau tak mencuba resipi ni. Mekaseh Alongroz berkongsi resipi meletops ni. Jom kita zaas resepinya yok!!

RESIPI RICH OREO CHOCOLATE BROWNIES
resipi asal : Roz@HomeKreation
sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

(Makes 9" sq)
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
 1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together) 
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)


METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.

2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.

3. Bake 170C for 45 min.

Friday, October 28, 2022

MEE REBUS JOHOR SEDAP!


Assalamualaikum.. Alhamdulillah bersiaran kembali Pn Doc dengan hidangan istimewa iaitu Mee Rebus Johor yang ohsem. Kali ni kita guna resipi ori dari pengusaha mee rebus terkenal di johor iaitu Hj Wahid. Alhamdulillah memang sedap kejadiannye. Jom kita semak resipi nya yok!


Mee Rebus Johor
Resipi Hj Wahid
Sumber - inahar's cooking time 
IG @Drinahar

Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering

Thursday, October 27, 2022

Nasi Himpit & Kuah Kacang Daging Istimewa


Assalamualaikum..lama kita tak bersiaran kan. Rindu ke? 😅 Ok ni sebenarnya ialah menu kuah kacang daging dimasak raya haji lalu yg telah difrozenkan. Jadi kita hanaya panaskan balik sambal tu dan kita rebus pula ketupat nasi segera serta ketupat pulut nona tu haa..senang kije kan..hihi. Dah banyak kali post resepinya tapi takper kita cnp balik ye. Jom kita zaass resepi istimewa bonda tercinta kami ni..jommss!


RESIPI KUAH KACANG DAGING 
sumber: inahar's cooking time
Ig @drinahar

bahan2:
700-1000 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk 
1 kg kacang tumbuk 
3-4 biji bawang besar (kisar) 
1-2 ulas bwg putih
3 inci halia (separuh blend,separuh ketuk) 
10-14 batang serai (serai mesti banyak, klu tidak rasa dan bau kuahnya tak naik..hendaklah di kisar separuh, selebihnya diketuk shj) 
5-6 sudu besar cili giling (saya guna 1 pek 200 gm - ikut kepedasan di sukai)
lengkuas sikit aje
2-3 keping asam keping @ air asam jawa
11/2-2 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 2 paket) 
gula (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu tak mmg kureng rasanya..selalu kita main campak aje..agak2 lbhkurang 6-7 genggam jugaklah @ lbhkurang 3 senduk nasi kot!.)
garam secukup rasa 
serbukperisa (option) 
air 
minyak utk menumis


Cara masaknya
Tumis bhn2 yg di kisar sekali dengan halia, serai ketuk hingga naik bau kemudian letak cili giling..tumis sampai garing.
Selepas tu bolehlah dimasukkan kacang, santan, daging dan asam keping. Masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan garam, gula, perisa (opitional) dan masak lagi.
Kalau pekat sgt tambahlah air secukupnya.
Rasa kuah ni berbeza sikit dari kuah kacang biasa disebabkan penggunaan serai yg banyak, tambahan daging dan garam gula nya kenalah ngam amaunnye ya.
Kuah ni memang sedap dimakan dengan ketupat nasi/nasi impit.. nak campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pun mmg sesuai sgt..
Silakan cuba ya