Assalamualaikum.. Okayla arini saje nak tunjuk menu ayam masak kicap yang sempoi..resipi rasanya semua orang tahukan tapi saje jer kita nak juga letak resipinye di sini sebagai panduan untuk mereka yang baru berjinak2 di alam masak-memasak ni kan..hehe! Jom zaass resipi yang mudah ni.. RESIPI AYAM MASAK KICAP resipi - inahar's cooking time BAHAN-BAHANNYA :-) 1/2 ekor ayam, potong sederhana kecil ikut suka- cuci bersih dan toskan 2 biji bawang besar - hiris bulat 2 biji cili hijau/cili merah - potong serong (cili padi jika suka) 3 ulas bawang putih, dititik 1/2 inci halia - hiris nipis 1/3 cawan kicap manis 2 sudu besar sos tiram 1 camca besar serbuk lada hitam@tumbuk kasar 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang sedikit cuka air secukupnya Hirisan daun bawang/ketumbar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam, perap sebentar dan goreng secukup masak sahaja(jangan terlalu garing).
Gunakan 2-3 sudu besar minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis bawang, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos tiram, lada hitam dan ayam. Gaul rata.Tambah kicap juga air secukupnya dan gaul rata. Masak hingga pekat.
Tambah cuka,bawang besar dan cili potong , gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah ikut kegemaran memasing ye. Matikan api dan alihke dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang/ketumbar sebelum dihidangkan...Siap.
Assalamualaikum..taraa! Ni ayam goreng pedas ala korea oleh mrhubby untuk family tercinta. Tenkiu sayang! Actually ni ayam goreng pedas perisa yang dah dimelayukan sebab mrhubby tak gemar nak tambah sos gochujang tu..patu bijan pulak digantikan dengan kacang gajus ditumbuk kasar sbg garnishing. So jom kita zaas resepinye yok! Ayam goreng pedas ala korea Sumber - inahar's cooking time
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan Perapan Ayam:
10 ketul chicken wing Sedikit halia ditumbuk Lada Hitam Lada Sulah Garam secukup rasa Tepung jagung CARA-CARA
MENYEDIAKAN Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan
seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan
ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua
bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang
banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya
lagi rangup. Bahan-bahan sos : Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus 2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari) 1 sudubesar sos tiram Madu Gula dan garam secukup rasa Sedikit cuka atau jus lemon Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan) Minyak utk menumis CARA-CARA MENYEDIAKAN
Tumiskan
bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis
hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan
garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam
dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji
gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!
Assalamualaikum.. lagi sekali kita kongsikan resipi kurma ayam yg enak ni. Resepi dari blog Amie's little kitchen ni mmg sedap dan agak mudah juga penyediaannye. Sebenarnya ni adalah entry tertunggak yang dimasak beberapa minggu yg lalu..hihi! lauk kurma ayam ni kita masak minggu sebelumnya dan kita freezerkan lebihan lauk tu. Jadinye kita tinggal perangatkan ia balik dan tambah telur rebus sekali ke dalam kurma tu. Alhamdulillah sedap banget! Kita cnp lagi resepi dari blog Amie ye..macehh Amie for the recipe. Jom kita zaass resepinye yok! Resepi Kurma Ayam resipi asal - Che Jah sumber 1 - Amie's little kitchen sumber 2 - inahar's cooking time Bahan-bahan: 800 gram daging ayam - potong 8 3 biji kentang - belah 2 3 sudu makan rempah kurma 200ml santan segenggam daun pudina 3 biji cili hijau - belah 2 1 biji limau nipis - ambil jusnya sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi / mentega / marjerin garam / gula / perasa pilihan Bahan tumbuk halus / kisar : 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm halia sejemput jintan manis - 1/2 sudu makan sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan sejemput buah pelaga - 3-4 biji 1 batang kulit kayu manis - 3cm bunga cengkih - 3-4 biji 2 kuntum bunga lawang Cara: 1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin. 2. Tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan. 4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk. 5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat. 6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina. Perlahankan api supaya terbit minyak. 7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.