Monday, January 20, 2020

AYAM GORENG SAMBAL CILI PADI

Assalamualaikum..lagi entry tertunggak yg sempoi dan sodap!

Ayam Goreng Sambal Cili Padi
Oleh:  Inahar's cooking time

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato buah - cincang dadu
Gula dan garam sesedap rasa
Sedikit air asam jawa

Bahan Kisar Kasar:
Gorengkan dahulu bahan2 dibawah ni bersama sedikit minyak masak sebelum dikisar atau tumbuk ye

5-8 batang cili merah/hijau
10-15 tangkai cili padi - ikut suka
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan -optional
Sejemput ikan bilis

Cara cara:

Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga 3/4 masak. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk/kisar sehingga naik minyak. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa, gula dan garam. Tambah ayam yg telah digoreng tadi juga bawang besar yg dipotong bulat. Goreng hingga sambal agak pekat. Siap!

2 comments:

Norlaili A Wahab said...

Ni lagi satu sedap memang tak boleh bawak bincang yumm yumm :)

inahar ali said...

K.laili..conpom sodap kak..hihi