Tuesday, October 30, 2018

AYAM UNGKEP

Assalamualaikum..aduhai lamanya Pn Doc berhibernasi ye..hihi! Okayla arini kita belanja resipi ayam masak ungkep yang mudah dan sedap ini.. Jom zaasss!

AYAM UNGKEP

Resepi asal - @surianti_kitchen
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
1 cawan air
minyak
sedikit asam jawa/asam keping (pilihan)
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

6 comments:

Nooriah Abdullah said...

alahai lama nya tak buat ungkep ni doc! kaknoor simpan resepi nanti nak buat lah mesti sedap sangat tu

inahar ali said...

knoor..iye mmg sedap resipi surianti ni kak..mudah dan sedap!

Amie said...

Ayam ungkep memang sedap. Makan nasi dengan minyak2 kuahnya tu pun sodap heheheeee.

inahar ali said...

Amie..iye ungkep ni kira rendang versi ekonomi la kan..hihii

Norlaili A Wahab said...

mak aiii sedapnya. tengok gambar dah terliur. bahan-bahan pun ada kat dapur dah ni :)

inahar ali said...

K.laili..mmg mudah jer buatnye. Sempoi dan sodap