Tuesday, March 20, 2018

SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS

Assalamualaikum semua! Kali ni Pn Doc nak share resipi pasta yang paling mudah dan sedap serta mendapat sambutan ramai di rumah kita..hihi! Ini lah dia spagheti sardin goreng pedas..nyum..nyum nyum! Kalau takder stok sardin bolehla diganti kan dengan tuna tin tu..dua-dua pun sodapp! Jom kita zaass resipi yang sempoi nih yok!

RESIPI SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar atau mixed vege)
1-2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
7-10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang

Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!


2 comments:

Norlaili A Wahab said...

daun bay tumis sama pastu bawak keluar ye?

inahar ali said...

K.Laili..iye saya selalu kuarkn daun bay pas abih menumis tu.