Monday, February 26, 2018

NASI SERAI

 
Assalamualaikum..ni lagi satu entry tertunggak ye. Nasi serai yang dimasak hari minggu yang lalu..semerbak bau harum serai semasa menanak nasi tu. Perghhh memang lazat yang amat! Sebelum ni dh selalu buat nasi serai ni menggunakan resipi Kak Hanieliza ni..memang terbaek! Kali ni kita mamam nasi serai diganding dgn drummet ayam segera ayamas dan sambal telur..hihi! Mudah jer kan? Jom kita semak resipi yok!
 
Nasi Serai
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza
- 50 Hidangan Penambat Selera
Sumber 1 : Ummi @ Home Sweet Home 
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan A:- 4 cawan beras basmathi
4 cawan air (sy lebihkan jadi 5 cawan)
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan - disimpul
4 batang serai - diketuk3 
sudu makan minyak sapi (kita guna butter)
1 pokok daun sup - dihiris
bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):- 1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

 
Cara Memasak:- Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.

11 comments:

fiza linolie said...

Boleh ni nanti try. Hehe...

inahar ali said...

Fiza..iye sila kan!

Acik Erna said...

Sedap ye ina nak kena buat jugak ni

Norlaili A Wahab said...

sedapnyaaa...kak laili ni bila bab periuk letrik selalunya la suis naik ke atas masa nasi belum betul2 kering kihkihkih

inahar ali said...

Kakerna..insyaAllah sedap kak. Nnti try la ye

inahar ali said...

Klaili..laa iye ke..camner tuh? Hihi

Norlaili A Wahab said...

Ya Allah tak tau la kak laili ni. Terpaksa transfer periuk atas stove la pulak kihkihkih

inahar ali said...

k.laili..itu tandanye kena tukar periuk baru ler tu..hihi!

Norlaili A Wahab said...

ahahaha.....;)

Hans said...

nih pun sedap

inahar ali said...

hans..resipi kt blog akak ni insyaallah semua pun sedap2 tau..hihi!