Tuesday, January 9, 2018

SPAGHETI BOLOGNESE

Assalamualaikum..Happy new year buat semua pengunjung blog inahar ye. Moga tahun baru ni memberi kita seribu rahmat dan rezeki yang lebih berlipat ganda untuk kita semua ye. InsyaAllah Aamiinn! Okay ler dah lama dapur maya Pn Doc ni tak berupdate jadi hari ini kita nak share menu spaheti bolognese yang dimasak minggu lepas. Dah lama tak berpasta..anak2 pun sibuk request nak makan pasta yang ibu masak..hihi! So jom kita zaas resipinyer ye..yok!!

RESIPI SPAGHETI BOLOGNESE
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball-tambah jika suka (tak tambah sbb takda stok)
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!

Cara-cara
Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional)serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.


2 comments:

Amanda Suria said...

Sedapnyaaaa..lama x makan Bolognese...nak buat la nanti..salam kenal..jemput singgah www.suriaamanda.com

inahar ali said...

Amanda..mekaseh mai visit blog akak. Insyaallah nanti akak visit blog amanda pulak ye