resipi asal - hafidz fcu
sumber - inahar's cooking time
BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia di mesin
2 sudu besar rempah kabsah
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
3 helai bay leaf
1 kiub ayam knor
garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK REMPAH KABSAH HOMEMADE
4 sudu besar ketumbar2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar cengkih
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar lada hitam
2 bi ji buah keras
Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas kedap udara.
CARA MEMBUAT AYAM KABSAH
1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas, bay leaf, kiub ayam dan 2 sudu rempah kabsah.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab.
6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar, 3 ulas bawang putih, 11/2 inci halia- bahan kisar ni kita tak letak) ,kunyit, garam, gula dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada ayam yang tengah dimasak di dalam oven. Pastikan garam dan gula secukup rasa.
Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan keras selepas di masukkan ke dalam oven.
BAHAN UNTUK NASI ARAB
3 cawan beras Basmathi
41/2 cawan air stok ayam (yg direbus tadi)
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
7 biji buah pelaga,
5 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji lada hitam
3 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar- hiris dadu
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
2-3 biji lada hijau/merah- potong separuh
1 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah didadu
segenggam kismis hitam
sedikit saffron(atau pewarna kuning)
1. Beras direndam bersama garam selama 30 minit kemudian toskan.
2. Tumiskan buah pelaga,kayu manis,bunga lawang, lada hitam dan cengkih.
3. Masukkan bawang, halia, lada dan tumiskan hingga wangi.
4. 41/2 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti biasa.
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2
6.Tutup api apabila nasi masak.
Acar timun tomato
timun - potong dadu nipis
tomato - potong dadu kecil
bawang besar- potong nipis
cili merah/hijau - potong halus
cuka garam gula
Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi.
SOS SALATA HARA
sumber- wana
( resipi asal : Arabic Bites )
3 biji tomato cincang.
1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah
garam.
sedikit gula
Cara Penyediaan Sos Salata Hara:
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.
** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.
3 comments:
Saya baru je makan nasi arab... pure arab punya Ina..hehheh... singgah makan disatu RnR dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah minggu lepas. Tapi lauknya bukan saja ayam... ada ikan talapia goreng sekali.
ksweetie..wah sedap tu kak. Lauk ikan pun sy suka gak!
Numpang komentar ya gan,
Saya ingin memberitahukan Tips Mengobati Luka pada Ayam Kesayangan anda.
Bagi para Botoh pemula yang ingin belajar cara ternak ayam, merawat ayam, menjadi ayam lebih kuat.
Anda Bisa Mengunjungi Artikel tajenonline.net Berikut Artikel Terupdate
Penyebab Ayam Aduan Lumpuh Khasiat Mengobatinya
https://tajenonline.net/penyebab-ayam-aduan-lumpuh-khasiat-mengobatinya/
Anda Juga Bisa Melakukan Chatting Langsung Di Whatsapp Kami +62-8122-222-995
Terima Kasih Sebelumnya
Post a Comment