Saturday, March 18, 2017

TELUR MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..Hari ini Pn Doc ingin berkongsi lagi satu menu feveret anak2 yg sangat mudah dan sodap iaitu telur masak lomak cili api. Rasanya ramai yang tahu resipi sempoi ni kan..tapi takper kita nak kongsi juga resipinye untuk panduan semua. Jom zaass!!

Resipi telur masak lemak cili api
sumber- inahar's cooking time

5 biji telur
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Cili padi bnyk ikut suker
Sejemput ikan bilis
1 paket santan serbuk
Sedikit kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit juga)
2 batang serai titikkan jer
Sehelai daun kunyit mayang halus
Sedikit minyak utk menumis
Garam gula ikut rasa
1 asam keping


Blender bawang besar, bwg putih , kunyit, cili padi dan ikan bilis. Panaskn minyak dan tumis bahan kisar tadi sekali ngan serai yg dititik. Tumis hingga naik bau kemudian tambah santan yg telah dibancuh dgn air. Masak hingga mendidih lalu pecahkn telur sebiji sebiji ke dalam kuah td. Tambahkn garam , asam keping, daun kunyit juga perisa jika suka. Masak lagi sebentar dan bolehla tutup api. Taraaa siap!

 

2 comments:

Acik Erna said...

Kegemaran acik dan seisi rumah juga puan doc.telur ìtik masak lomak cili api

inahar ali said...

kak erna..iye kak..ni sy guna telur ayam. telur itik takder stok kt umah. hehe!