Assalamualaikum semua! Ini adalah kali kedua Pn doc masak ayam masak bali nih. Kali ni menggunakan resipi yg sedikit berbeza dari iresepi.com kerana resipi ni tidak menggunakan rempah ratus jintan ketumbar segala..ia lebih sempoi sebenarnye.. Resipi sebelum ini boleh dilihat di sini ye. Apa2 pun dua2 resipi pun memang sedap. Jom kita zaass resipi ye!
1 ekor ayam serbuk kunyit garam secukup rasa 8 batang serai, dititik 6 tangkai daun kari 1 senduk cili kisar 3 sudu besar kicap manis minyak masak gula melaka atau gula pasir sedikit air Bahan-bahan untuk kisar halus: 5 biji bawang besar 10 biji bawang merah 10-12 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci belacan
Cara Penyediaan:
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan
ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau
perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan
lagi sedikit air. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment