SOTONG BEREMPAH
resipi - dayangjack
sumber - inahar's cooking time
Bahan-bahan :
300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)
1 tangkai daun kari
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili / cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1 labu bawang besar (dimayang)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dicincang)
4 sb santan pekat / susu cair
garam dan gula secukup rasa
1 sb sos tomato
1 biji hirisan cili merah
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)
4 comments:
sotong mahal sekarang ni Ina. RM34 sekilo. Mak stop beli sotong sekarang lepas dua minggu lepas beli sotong dalam 4 ekor camtu... sais sedang dan takde telor pun dua puluh hengget. Terkedu jap...
KSweetie..iyeke kak? sebaik kt selayang sini sotong masih lagi dlm lingkungan rm25-30 sekilo..huhuu! 4 ekor besar sy beli aritu dlm rm16 camtu.
Di pasar basah rasanya oklah lagi kot harga lauk2 tu semua... tapi ni saya pi pasar tani. Saya gemar ke pasar tani sebab senang parking... tapi rege baranglah pulak, masyalah mahalnya. Sayur pucuk paku timbang tau. sekilo RM13 hengget.
ksweetie..tu laa pasal kan..uisshh mesia mkn maju kak. Fenin..feninn!
Post a Comment