Friday, September 6, 2024

AYAM GORENG BAWANG PUTIH


 Assalamualaikum... Meh layan menu sempoi ayam goreng bawang putih ni. Memang marbeless sangat taste dia..bertambah2 nasi wehh..hihi! Resepi pernah viral ni kita olah sikit guna tepung beras menggantikan tepung ubi utk perapan ayam tu. Jom zaas resepinya yok..


RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN UTAMA
10-12 ketul ayam
10-20 ulas bawang putih (cuci bersih, tak perlu buang kulit- ketukkn sikit)

BAHAN-BAHAN KISAR
1 biji Telur
1 biji Bawang merah
3-4 ulas Bawang putih
1 inci Halia


BAHAN-BAHAN LAIN:
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
3-4 sudu besar tepung beras


CARA PENYEDIAAN:
1. Curah bahan-bahan kisar di atas ayam dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
2. Gaul dengan ayam dan perap selama sejam atau lebih
3. Kemudian, goreng macam biasa.
Masa alihkan/terbalikkan ayam tu, taburkan semua ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci dan diketukkan sikit bawang putih tadi. Goreng hingga ayam garing keemasan. Siap!!

Thursday, September 5, 2024

SPAGHETI BOLOGNESE



 Assalamualaikum..Dah lama kita tak berpasta..anak2 pun sibuk request nak makan pasta yang ibu masak..hihi! So jom kita zaas resipinyer ye..yok!!


RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE
sumber - inahar's cooking time
IG @Drinahar

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 biji tomato (dipotong dadu)
3-4 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Air secukupnya
oregano, dried parsley
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!
Parmesan cheese powder- tabur masa menghidang

Cara-cara
Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional)serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.

Wednesday, September 4, 2024

MASAK LEMAK LABU & BAYAM

 


Assalamualaikum.. Kali ni kita nak share masak lemak labu yg dimasak minggu lepas. Jarang2 masak labu ni tapi sekali masak memang bertambah2 pinggan nasi tu..hihi. Jom kita zaas resepinya yok..

Resepi Masak Lemak Labu & Bayam
Sumber - inahar's kitchen

Bahan-bahan
½ biji labu manis kupas kulit, buang biji dan potong besar²
Seikat bayam - potong sederhana kecil
2 biji cili merah atau ikut suka nak pedas guna cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam kecil ikan bilis
1 kotak kecil santan kara
Air secukupnya
Garam dan perasa

Cara
Cili, bawang dan ikan bilis dikisar atau tumbuk kasar
Masukkan ke dalam periuk bersama 2 atau 3 cawan air. Setelah mendidih baru masukkan labu.
Biarkan sehingga labu empuk baru masukkan bayam, santan, garam dan perasa.
Kacau manja sehingga kuah mendidih sekali lagi. Tutup api. Siap dan boleh hidang.

Tuesday, September 3, 2024

BASQUE BURNT CHEESECAKE



 Assalamualaikum..ni burnt cheesecake yg kita baked beberapa minggu yg lepas utk surprise kan Abg Bani sempena besdaynya. Memang fave semua org ni. Jom zaas resepinya yok..


Basque Burnt Cheesecake
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan
500gm Krim Keju (philadelphia)
3 Biji Telur gred A
120 gm gula kastor
200ml Krim Putar Tenusu (Dairy Whipping Cream)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

Pukul krim keju sehingga lembut.
Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul adunan.
Masukkan pula whipping krim. Pukul rata dan Kacau bagi sebati.
Akhir sekali masukkan jus lemon , esen vanila serta tepung dan gaul sehingga rata. Masukkan adunan ke dalam bekas springform yg dialaskan dgn kertas baking paper.
Bakar pada oven yg telah dipanaskan dahulu pada suhu 200°c selama 60 minit atau sehingga bahagian atas kek menjadi gelap (sedikit rentung@hangus) bergantung kepada oven masing-masing. Biarkan kek sejuk dalam ketuhar kemudian masukkan dlm petisejuk selama 5 hingga 6 jam sebelum dihidangkan.

Monday, September 2, 2024

RENDANG DAGING SEDAP

 


Assalamualaikum.. Alhamdulillah ... Arini nak kongsi menu rendang daging yang dimasak beberapa minggu lepas sempena menyambut besday Kak Ayin juga meraikan beberapa berita gembira dari anak2. Rendang ni digandingkan dgn pulut kuning juga tambahan menu lain seperti nasi mentega, ayam masak merah juga acar nenas. Alhamdulillah..jom kita zaas resepi rendang daging ni ye..

Rendang Daging Sedap
Sumber - inahar's cooking time
IG @Drinahar

Bahan bahan: 
2 kg daging
4 paket serbuk santan - bancuh dgn air
8 sudu besar cili kisar
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit
1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih dan 1 sudu besar ketumbar - sangai dan tumbuk
4-5 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya - manis ikut suka (boleh tambah gula melaka juga)
Minyak masak utk menumis

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 inci halia
10-15 biji cili padi
20 batang serai
3 inci kunyit hidup


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar sehingga garing.
Masukkan bahan kisar dan rempah yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak, masukkan daging. Kacau sehingga daging empuk.
Masukkan asam keping. Jika daging belum empuk, masukkan air sedikit demi sedikit. 
Selepas masukkan santan, dan terbit minyak, masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan akhir sekali daun kunyit yang dihiris halus.
Masak sehingga kuah agak pekat/kering. Bolehlah dihidangkan dengan nasi atau lemang atau pulut atau apa apa sahaja.