Friday, December 21, 2012

NASI GORENG IKAN


Assalamualaikum..arini nk tayang nasi goreng ikan wat malam semalam..dh abiss pun..hehe! nasi goreng yg ditambah ngan isi ikan goreng belen lauk semalamnya mmg best..anak2 pun suker sgt! resipi senang banget..dh ada kt sini tp xper Pn. doc cnp semula ye.. meh kita semak resipinye..

RESIPI NASI GORENG IKAN
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:

semangkuk besar nasi 
1 biji bawang besar
 
3 biji bawang putih
 
lada hidup + cili padi (bnyk ikut suker)

belacan sebesar ibu jari
 
segenggam kecil ikan bilis

ikan goreng-perisikan/carik2an-x perlu halus sgt!
3 biji telur

sedikit sayur eg kacang panjang /kobis ikut suker
garam 
perisa
 
minyak secukupnya


cara2:

kisar bawang besar.bawang putih,cili,belacan & ikan bilis. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau. kemudian masukkan isi ikan dan tumis lagi. tambah telur, garam,perisa dan goreng lagi. akhir sekali masukkan nasi & sayur kacang panjang dan goreng sampai sebati & rata. siap!

Sunday, December 16, 2012

KARI SARDIN SEMPOI..

Assalamualaikum..ni menu plg sempoi tp conpem sodap..bagi peminat sardin la kan..hehe!! asik2 sardin masak sambal jer..sekali sekala wat masak kari pun best gak kan!! jom kita zaas resipi yg senang nih..

Resipi Kari Sardin 
sumber - inahar's cooking time


  • 1 tin sardin (ayam Brand – 425gm) – ikan dan kuahnye 
  • sedikit halba campuran
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 bawang besar – dihiris
  • 2 cili merah/hijau – potong serong
  • setangkai daun kari
  • 2 biji kentang – buang kulit dan potong 4
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan (baba's)
  • 1 sudu makan cili giling 
  • sedikit jus asam jawa – (ni ikut citarasa sendiri)
  • sedikit santan@susu cair (kita guna dalam setengah cawan utk kuah sambal yg pekat)
  • air secukupnya 
  • garam dan perisa secukup rasa
  • minyak masak
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis halba campuran, bawang potong, cili dan daun kari. Dah tumis, masukkan bahan kisar. Kacau lagi,hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar.tumis lagi hingga sedikit garing.
  2. Masukkan serbuk kari ikan dan tumis sebentar.
  3. Masukkan ikan sardin bersama kuahnye. kacau rata. tambah santan dan air ikut kepekatan disukai.
  4. Akhir sekali masukkan jus asam jawa serta garam & perisa secukupnya. Biarkan  sebentar dan padamkan api.


Wednesday, December 12, 2012

NAK BERDURIAN CREPES JUGAKK!!

TARAAAAAA...akhirnye berjaya gak ku mencrepe kan diri..huhuuu! kengkawan blogger lain dh berkurun wat dan berkali2 ulangtayang tp Pn Doc baru jek dapat menerai..bukannye apa setiap kali planning nk wat durian crepe ni..beli jek durian tak sempat simpan sebab licin masuk pewut..hehehe!! pepun uollss jangan mintak ek sbb dh lama abiss pun..hehe! okaylaa..pasnih harap dh takder yg kempunan nk merasa durian crepe ni ek..okayla utk pestaim ni kita guna resipi kt blog azlita yg menggunakan 4 jenis tepung..resipi lain tu ada yg guna 1,2 dan 5 jenis tepung pun ada..cuma kita tak pandai lg nk agak ketebalan crepe tu..tebal sikit jadinya..adehh! next time kena practice lagi utk dpt crepe yg nipis cantik kan!! jom kita zaaas resipinye..mekacehh ye ita for sharing resipi yg sedap ni..akak cnp resipi ye!

DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING
resipi asal - azlita
sumber- inahar's cooking time

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste 


Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.


CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.


Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 


CARA PENYEDIAAN

Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian ~ secukupnya

Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin 


Tuesday, December 11, 2012

UDANG GALAH GORENG BERCILI

Assalamualaikum..taraaaa..terliur tak?? mmg sedaap tp dh abih pun..sowiiii..ni udang galah kita masak 3 hari lalu..sebenarnya kita beli udang galah fresh ni masa pergi ke teluk intan pada isnin lepas utk menziarahi keluarga kakak ipar ku yg baru kehilangan suami tercinta pada 2/12/12 yg lalu selepas dipatuk ular beberapa jam sebelum tuh..memang sangat sedih dgn kejadian ni tp nak buat camner kan..mmg dh ajal arwah pergi dgn sekelip mata..kami semua sgt terasa kehilangan arwah kerana beliau sgt disayangi oleh semua ahli keluarga dek kerana perwatakan arwah yg sgt suka bergurau dan melawak , sgt baik hati serta suka membantu orang lain juga very humble orangnya..buat keluarga kakak iparku moga tabah dgn dugaan besar ini ye kak! moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..amin!
okay berbalik kepada udang galah ni tadi..kami beli kt tepi jalan di teluk intan masa perjalanan balik ke KL..beli udang tu hidup2 lagi tau..mmg sgt fresh laa rasa udang tu..perghhhh!! jomm zaaas resipi sempoii jek..

RESIPI SAMBAL TUMIS UDANG GALAH
sumber- inahar's cooking time

1 kg udang galah-siap disiang dan dibersihkan
2 biji bawang besar- dimayang halus
4-6 biji bawang kecil-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 cm halia-kisar
2-3 biji lada hidup-potong serong
4-5 sudubesar cili giling (ikut kepedasan disukai)
2 sudu besar sos tomato
garam
gula
perisa-optional
minyak utk menumis

cara:

Tumis bawang yg dimayang hingga layu kemudian masukkan semua bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling serta tumis lagi hingga garing. masukkan udang galah, sos tomato. tumis lagi hingga udang masak. akhir sekali tambah garam,gula & cili potong. biarkan sebentar hingga sambal betul2 masak dan tutup api. siap untuk dihidangkan!
 

Saturday, December 1, 2012

ISTANBUL AKU DATANG..BEST!




Assalamualaikum..baru berkesempatan tgk filem nih dh hampir hujung2 tayangan dipanggung..huhu! kita tengok pun sebab dh tau dah selalunye producer red films & pengarah bernard chauly tak pernah lagi menghampakan dgn filem2 serta drama mereka bergenre komedi romantik sebelum nih seperti 'gol & gincu' dan 'pisau cukur'..alasan lain pi tengok sbb nk tengok beto kusyairi la kan..hehe! mmg minat banget ngan beto nih..lakonan beliau mmg superb..terbaekk!! filem istanbul aku datang ni juga menyajikan jalan cerita yg sgt segar,urban dan menghiburkan..i loiike!! walaupun kita bukan la peminat lisa surihani tp nmpaknye lakonan lisa mmg sgt natural & menjadi..keseluruhannya mmg memuaskan hati..tahniah kpd semua yg terlibat menjayakan filem nih esp to the director bernard chauly & script writer rafidah abdullah..korang mmg best! thumbs up!! so korang kalu belum nonton..bolehla tgk kt astro first sbb rasanye kt panggung pun dh tinggal sikit jek waktu tayangannye..daaa!!