Wednesday, July 30, 2025

Ayam Goreng Cili Kering Sempoi


Assalamualaikum..ketemu lagi kita dgn satu lagi resepi yg sempoi dan sedap iaitu ayam goreng cili kering. Resepi asal dari youtube Rozek TV..memang marbeles! Nanti korang try ye. Jom kita zaas resepinya yok..


RESEPI AYAM GORENG CILI KERING
Resepi Asal - Rozek TV
Sumber - inahar's cooking time
IG @drinahar

Bahan-bahan:
Ayam
Serbuk kunyit
Serbuk kari daging
Garam
Bawang besar - hiris nipis
Bawang putih - hiris nipis
Cili kering - potong 2 or 3 bahagian
Sos tiram
Sos cili
Garam gula secukupnya
Daun kari
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara memasak:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam secukup rasa. Perap seketika sebelum menggoreng.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ayam.
3. Goreng ayam hingga masak dan berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
4.Ambil sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi dan tumiskan bawang, bawang putih, daun kari dan cili kering.
5. Goreng hingga layu kemudian masukkan ayam goreng tadi. Tambahkan sos tiram, sos cili, sedikit garam dan gula. Goreng lagi hingga sos jadi agak kering dan boleh tutupkan api. Siap dihidang

Thursday, July 17, 2025

Ayam Goreng Sedap Dari Biasa


Assalamualaikum..Alhamdulillah kali ni kita nak kongsi resepi yg sangat mudah iaitu ayam goreng tapi lebih sedap dari biasa sebab ada tambahan bahan2 selain dari kunyit dan garam jer tu. Resepi kita dapat dari laman Myresepi resepi asal dari Roha Adrinna. Mekaseh atas resepinya yg mudah dan sedap banget. Jom kita zaas resepinya yok..

RESEPI AYAM GORENG SEDAP DARI BIASA
Resepi Asal - MyResepi Roha Adrinna
Sumber - inahar's cooking time
IG @drinahar

Bahan-bahan:
Ayam
Serbuk kari
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Serbuk cukup rasa (saya guna knorr brand)
Minyak masak (untuk menggoreng)
Garam secukup rasa (jika perlu)

Cara memasak:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili dan cukup rasa. Perap seketika sebelum menggoreng.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ayam.
3. Goreng ayam hingga masak dan berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
4.Ayam goreng panas sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Tuesday, July 15, 2025

KEK PISANG COKLAT CIP


Assalamualaikum..lama kita tak bersiaran ye! Harap semua pun sihat2 dan gembira selalu hendaknya. Ok izinkan kita share kek pisang choc cip yg kita baked 2 minggu lepas. Sedap yakmat..Alhamdulillah 😍. Nanti korang try ye resepi yg mudah ni. Jom kita zaass resepinya..yok!

Resepi Kek Pisang Coklat Cip
Sumber - inahar's cooking time
ig - drinahar

Bahan-bahan
11/2 cawan tepung gandum selfraising
(ayak dulu)
7-8 biji pisang emas * (boleh ganti pisang lain juga lenyek halus)
1 cawan minyak *
1 cawan gula perang *
4 biji telur*
2 sudubesar susu pekat/krimer manis*
Esen vanila*
pukul @ kisar semua bahan bertanda* hingga kembang
1 cawan coklat cip @ coin (salut dgn 1 sudubesar tepung)
Secubit garam

Cara penyediannya
1-. Bahan tepung diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan cecair ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung, garam dan bahan kisar hingga sebati. Tambah coklat cip/coin dan kacau rata.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(saya guna loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 180c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) .
4-. Sedia dihidangkan bila sejuk…