Monday, December 28, 2020

KEK MILO & MILO GANACHE



Assalamualaikum..taraaa!! Another cake successfully baked!  Vitamin R sedang melanda tetiberr πŸ˜…. Lagi satu resepi oleh @danish.harraz yang sangat recommended! Ianya sgt moist, kurang manis, mudah dan fail proof! Mrhubby yg tak suker kek coklat pun tetiber suker sgt dgn kek milo ni..katanya taste pure milo..mmg heaven! Thanx again danish for sharing many awesome and incredible recipes ..this is definitely a must-try! Jom kita zaas resepinye yok!


π—žπ—˜π—ž π— π—œπ—Ÿπ—’ π—žπ—¨π—žπ—¨π—¦ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π— π—œπ—Ÿπ—’ π—šπ—”π—‘π—”π—–π—›π—˜
Resepi asal - @danish.harraz
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA:-
1 cawan Milo
1 cawan Tepung Gandum
1 suduteh Baking Powder
1 suduteh Baking Soda
¾ cawan Gula Perang/Brown Sugar (Danish buat manis secukupnya sahaja. Sukat gula jangan dipadatkan.
¾ cawan Susu Segar @ Susu Cair
2 biji Telur gred B
¼ cawan Vegetable Oil (Danish buat guna Vege Oil. Boleh guna Butter yg dicairkan jika mahu dgn sukatan yg sama [selepas dicairkan]
1 suduteh Vanilla
¼ suduteh Garam Halus


Adun semua bahan kering dan basah guna whisker saja. Kacau sebati. Dont overmix!
.
π— π—œπ—Ÿπ—’ π—šπ—”π—‘π—”π—–π—›π—˜ :-
1 cawan Milo
1 cawan Whip Cream @ Fresh Milk @ Evaporated Milk (ikut budget)
2 sudubesar Gula Putih (boleh lebihkan jika suka manis)
1 suduteh Corn Starch
1 sudubesar Butter
Secubit Garam Halus

NOTA:-
Untuk sukatan diatas Danish guna loaf pan size 9x5. Jika guna pan besar Kek jadi rendah. Jangan lupa tutup pan dengan foil sebelum dimasukkan dalam steamer untuk mengelak wap dari jatuh keatas Kek. Kukus selama 50-55 minit dengan api sederhana. Cucuk dengan toothpick, jika tiada cecair melekat tandanya Kek sudah masak.
.
Guna oven: bakar dalam preheated oven selama 30-40 minit pada suhu 160°C (Ikut suhu oven masing²) tapi maybe akan ada sikit perbezaan. (Saya bakar at 160c for 40 min)
.
Lebihkan 1 suduteh Cornstarch jika mahu Ganache yg lebih pekat. Masak Ganache dgn api perlahan dan whisk berterusan supaya ianya tak berketul. Ganache sudah pekat, tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter larut. Sejukkan sebelum dituang keatas cake.

No comments: