Sunday, November 15, 2020

NASI AYAM GEPUK ALA PAK GEMBUS


 Assalamualaikum..ni citer minggu lepas! Balik dari kije suatu malam tu rupanya sudah siap terhidang menu nasi ayam gepuk ala pak gembus hasil air tangan mr hubby tercinta. Ecece..macehh sayang masak kan dinner buat kita sefamily. Love u sayang!. Jom kita zass resepinya yok!

Resepi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus

Bahan perap dan rebus
1 ekor ayam - potong ikut suka dan cuci bersih
Seinci kunyit
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu ketumbar biji
Sedikit garam
Daun salam (dimasukkan semasa merebus ayam)

Rebus ayam dengan bahan2 diatas yg telah ditumbuk halus bersama daun salam.
Lepas ayam siap direbus, bolehla digoreng sehingga kuning keemasan.

Untuk Sambal

Bahan-bahan :
Segenggam kacang tanah - digoreng dan ditumbuk.
2 genggam cili padi
3-4 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Gula - optional
Minyak panas (goreng ayam) mendidih secukupnya

Cara-cara :

Tumbukkan cili dan bawang putih dalam lesung batu. Hancurkan jangan sampai halus. Masukkan kacang dan garam. Setelah semua bahan sebati, masukkan minyak panas mendidih. Kacau rata. Siap!
Hidangkan bersama nasi panas, hirisan kobis dan ayam goreng tadi. Boleh dimakan bersama kicap pekat manis ABC jika suka.
Selamat mencuba.

6 comments:

Amie said...

Ada ayam gepuk pulak dah. Mesti sedap masakan ni.

inahar ali said...

Amie..hahaha tu la..cikabe mmg suker sgt mkn ayam gepuk ni amie 😂

A m m i said...

ammi baru sekali makan kat kedai ayam gepuk ni..
nanti nak cuba buat sendiri.. daun salam tu bay leaves kan?

inahar ali said...

a.m.m..iye daun salam tu bay leaves

Norlaili A Wahab said...

buat sendiri boleh Kak Laili adjust kepedasan nya hahahah

inahar ali said...

K.Laili..Iye kak..buat sendiri lagi puashati leh belasah kepedasan ikut suker..haha!