Wednesday, June 3, 2020

KEK MARBLE BADAM ROS AIDILFITRI




Assalamualaikum..ketemu kembali kita ye. Rasanya masih belum terlewat utk Pn Doc mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua pengunjung blog inahar ini ye. Walaupun menyambut dalam keadaan negara yang masih dlm PKPB (Perintah kawalan pergerakan bersyarat) tapi alhamdulillah masih dapat juga menyambut raya ni secara sederhana dgn segala SOP dan norma baharu yang perlu kita semua amalkan supaya sebaran virus covid19 ni dapat dikawal dan dibendung. 
Alhamdulillah sempat juga membaking kek pertama utk raya ni iaitu Kek Marble Badam Ros yang sangat sedap dan begitu nostalgia rasa keknya..keharuman kek ni dengan bau & rasa ros yg jelas serta tambahan serbuk badam yg menambahkan lagi kesedapan kek ni..mmg sgt marbeless..style kek dolu2..sgt nostalgia woo!! Jom kita zass resepinya yok.. 

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA
Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff 
Sumber 1 : Rinnchan via ummi
sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan-bahan:

250gm mentega
5 1/2 oz gula castor(saya guna 150 gm)
4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (saya guna 4 biji size A)
1 oz badam kisar (saya guna 60 gm)
5 oz tepung naik sendiri(saya guna 145 gm)
2 susu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau- saya guna merah & biru jer!

Cara-cara:

Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.



No comments: