Thursday, October 5, 2017

SUP AYAM HADYAI POWER!



Assalamualaikum..ok ni another keeper recipe yang wajib korang cuba ye! Sup ayam hadnyai ni memang sedap sangat, power meletup podehnye..hihii! Dah selalu buat sebelum ni, boleh lihat entry lama di sini dan sini ye. Apa2 pun kita kongsi lagi sekali resipinye kt sini..jom semak! 

RESEPI SUP AYAM HADYAI
sumber 1 - Ummi Kuantan
sumber 2- CMG
sumber 3 - inahar's cooking time
 
BAHAN - BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5-10 biji cili padi* (ikut kepedasan yang di sukai)
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

5 comments:

Anonymous said...

Nampak jer ada cili padi dlm sup ni teruslah masuk dlm buku resipi. Tgh taip komen ni pun dh kelioq. Hehe. Tqsm doc. Allah merahmatimu doc. Kak Ida

inahar ali said...

Kak ida..mekaseh kak melawat dapur saya. Jangan lupa try ye resipi ni. Insyaallah puashati.

Norlaili A Wahab said...

Haruslah akak cuba ni. Siap pedas hadnyai lagi 👍🏼

inahar ali said...

k.laili..mmg wajib cuba ni ye..hihi!

cik ain | sweet thots said...

podeh menyongek tak, kak? ;)