Assalamualaikum..arini kita nak share resipi kek marble lembut yang tengah fofular di kalangan food blogger masa kini! Ada macam2 variasi resipi yang kita boleh cari di google. Dalam bnyak resipi tu..resipi oleh Surianti kitchen yang paling menawan hati sebab nampak mudah jer cara pembuatan juga bahan2 yang digunakan. Resipi kita cnp di blog Syapex. Mekaseh buat Surianti juga Syapex yang telah berkongsi resipi yang sedap ni. Kejadian yang sangat soft dan gebuss! Jom zaass resipi yok..
Kek Marble Lembut ( loyang 8x8 )
Resipi asal : Surianti Kitchen
Sumber 1 - syapex kitchen
Sumber 2 - inahar's cooking time
Bahan A
150gm butter dicairkan ( timbang dulu baru cairkan )
Bahan B
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalet ( sudu metrik )
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Bahan lain
Pewarna / perisa kesukaan
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak
Cara penyediaan
Panaskan
oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas
minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.Satukan bahan B,
pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu ( anggaran 7 minit
)Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik sehingga
sebati.Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan
lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang
kek sedkit supaya adunan kek sekata dalam loyang.Bakar hingga masak pad
suhu 160'C selama 45-50 minit ( bergantung pada suhu oven masing-masing
).Sejukkan diredai.
4 comments:
ok nanti saya cuba pulak.
Ksweetie..cuba jangan tak cuba ye! hihi
oh kek marble...my favourite :)
Norlaili..feveret akak juga kek marble cenggini. Sedap tak muak mkn..huhu
Post a Comment