Friday, May 12, 2017

IKAN BAWAL GORENG TIGA RASA



Assalamualaikum..ni lagi satu menu feveret anak2 yang dimasak baru2 ni. Ikan bawal masak tiga rasa..sedap dan mudah dimasak! Resipi pun dah pernah post banyak kali sebelum ni ye. Sebelum ni selalunye masak guna ikan siakap tapi kali ni kita guna ikan bawal putih pulak. Ia salah satu resipi paling popular cariannye di blog inahar's cooking ni. Boleh lihat di sini, sini.dan sini ye. Jom kita zaas lagi resipinye. 

IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA
(resipi asal cara kukus)
resipi - Chef Norzailina Nordin
sumber 1 - Nor secubit garam
sumber 2 - inahar's cooking time


Bahan:-
1 ekor ikan siakap(guna ikan bawal) - dalam 600 gm (saya goreng dengan garam & kunyit)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya


Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 btg serai ~ dihiris (ni k.nor tambah)


Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum 

2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis


Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.



2 comments:

Sweetie said...

Saya tak berapa suka sangat rasa isi ikan bawal ni Ina... terlalu halus dan lembut. Selalunya kalau buat masak ikan tiga rasa ni saya buat ikan kembung je. Anak-anak pulak tak begitu suka makan ikan.

inahar ali said...

Ksweetie..alhamdulillah anak2 suka juga mkn ikan ni kak. Tu la selalu sy guna ikan siakap masak tiga rasa ni. Ni oestaim guna ikan bawal putih..cikhubby suka pulak. Hihii