Wednesday, September 9, 2015

KAMBING MASAK BERIYANI


Assalamualaikum..taraaa! Hari ini kita nak kongsi sekali lagi kambing masak beriyani yg sedap nih. Ni memang entry tertunggak lagi yang dimasak 2 minggu yg lalu..huhuu! Menu spesel ni kita masak utk pasangan pengantin baru iaitu adinda saya bersama suaminye yang bertandang ke rumah kami tak lama selepas majlis perkahwinan mereka. Kambing beriyani ni dimakan bersama nasi mentega kismis, ayam masak merah, sambal telur juga acar timun nenas. Kalau korang nak cuba resipinye jom kita zaassss..

RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI

Bahan-bahan:


500 gm daging kambing (potong dadu 2")-diperap tepung & limau nipis selama 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
1 biji tomato - dicincang/racik
3 biji kentang- potong 4
2 batang lada hijau/merah- belah 2
3 sudu besar rempah beriani 
1/2 cawan susu cair (boleh juga guna yogurt)
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar sos tomato @ puri
air secukupnya 
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis:
1 labu bawang besar } dihiris
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis-jika suka

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah beriani. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing agak empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih

4. Kemudian masukkan susu cair , garam & gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap boleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani.




No comments: