Monday, June 22, 2015

IKAN TALAPIA GORENG BERLADO

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua pengunjung blog kita ni ye! Moga ramadhan ini kita semua berpeluang melakukan ibadah sebanyak mungkin dengan penuh ketenangan juga kebahagiaan. Terimakasih buat semua yang tidak putus2 atau jemu melawat dapur Pn Doc ni sementelah dalam bulan ramadhan yang mulia ini diharapkan blog kita dapat banyak membantu ramai di luar sana yang mencari idea juga resipi menu2 yang bersesuaian utk hidangan iftar juga bersahur buat keluarga masing2 ye..Alhamdulillah! Okayla berbalik kepada menu tayangan hari ini adalah ikan talapia goreng berlado iaitu satu menu yg sangat sempoi tapi amat popular dan di gemari ramai. Bak kata orang tu lagi podehh lagi power rangers wooo!!  hehe..So jom kita zaass resipi yg sempoi nih..

RESIPI IKAN TAPALAPIA GORENG BERLADO
sumber - inahar's cooking time

2 ekor ikan talapia merah sederhana besar, dicuci bersama air asam jawa utk menghilangkan hanyir kemudian dilumur garam serta kunyit dan digoreng dalam minyak yang banyak sehingga masak.
5 biji lada hidup merah*
5 biji lada hidup hijau*
10-15 biji cili api (ikut kepedasan digemari)
1 biji bawang besar*
5-6 biji bawang kecil*
4 biji bawang putih*
sedikit belacan*
1 biji bawang besar di potong bulat
sedikit air asam jawa
daun limau dihiris halus (jika suka)
garam
gula
perisa
minyak untuk menumis

Cara
Bahan bertanda * ditumbuk atau blender kasar.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar potong bulat hingga sedikit layu kemudian dimasukkan bahan2 yg dikisar tadi. Tumis hingga naik bau. Tambah air asam jawa, garam, gula serta perisa dan tumis lagi hingga garing. Akhir sekali tambah hirisan daun limau purut dan kacau sebentar. Setelah masak bolehlah dicurah ke atas ikan talapia yang telah digoreng tadi. Siap dan boleh dihidang bersama nasi juga tambahan lauk2 yang lain.




2 comments:

Unknown said...

wahh.. mmg tgh xda idea nk masak apa ni.. tq for sharing... 😊

inahar ali said...

nurul..cuba la try resipi yg sempoi ni ye!