Saturday, March 29, 2025

SALTED CARAMEL CORNFLAKES


Assalamualaikum..Alhamdulillah arini kita share another awesome recipe iaitu Salted Caramel Cornflakes. Resepi yg sempoi dan marbeles sgt. Kunyah2 sekejapan jer licin separuh balang..haha! Jom zaas resepinya yok..

Resepi Salted Caramel Cornflakes
Sumber - inahar's cooking time
1 kotak besar cornflakes
1 cawan gula pasir
100 gm mentega
1/2 cawan susu full cream atau dairy whipping cream
Secubit garam halus
Papercup secukupnya
Cara Memasak
1.Cairkan gula di atas api sederhana kecil hingga perang
2.Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair
3.Campur susu, kacau hingga sebati & agak pekat. Tutup api & biar suam sekejap dlm 5 minit
4.Tuang sos karamel ke atas cornflakes. Kacau hingga sebati. Sudukan ke dlm papercup.
5.Panaskan oven dulu 15 minit. Bakar pada suhu 170°c selama 8-10 minit
6.Sejukkan & simpan di dlm balang kedap udara.

Friday, March 28, 2025

TART NENAS

Assalamualaikum..harini nak post biskut Tart Nenas pulak. Dah lama sgt tak buat homemade. Tahun ni merajinkan diri utk mengetart ye.. Minta tolong Mrhubby utk gunting2 kan dia jadi bentuk buah nenas..hihi! Oklah jom kita zaass resepinya yok..
RESIPI TART NENAS
sumber - inahar's cooking time
Bahan2 :
250 gm butter
3 biji kuning telur
3 cawan tepung gandum (lebuhkurang)
2-3 sudubesar air garam
inti nenas (saya beli readymade)
kuning telur utk  sapuan
cara
Pukul mentega dan kuning telur hingga agak kembang. Kemudian tambah tepung secukupnya. Uli sebati dan tambah air garam sedikit (saya guna lbh kurang 3 sudubesar air garam). Uli lagi dan simpan doh sebentar. 
Bulatkan doh dan leperkan. Masukkan inti nenas yg telah digentel bulat sebelumnye. Kemudian tutup kemas dan bentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai. Cucuk bunga cengkit dibahagian atas jika suka.
Susun doh yg dah siap atas dulang pembakar. Sapu ntelur diatasnya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180c selama 20-25 minit (mengikut oven memasing)

 

Thursday, March 27, 2025

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum..Alhamdulillah arini kita nak share another keeper recipe iaitu Red Pearl Cookies. Kukis wajib tiap raya ye..sangat marbeles rasa dia. Korang wajib try ye. Jom zaas resepinya yok..
RESIPI RED PEARL COOKIES
Sumber 1 - fieza delights
Sumber 2 - inahar's cooking time
BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
1 cawan gula kastor (sy guna brown sugar)
21/2 cawan tepung gandum
21/2 cawan cornflakes - ramas kasar
1/2 cawan badam keping / badam cincang pun boleh...
1 cawan coklat cips
1 sudu kecil esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang sebagai hiasan
1/4 suduteh emplex (optional)
Cara
1. Gaul sebati butter dan gula kastor. . 
2. Masukkan esen vanilla dan gaul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, emplex, cornflakes, badam & coklat cips.  Gaul sebati. 
4. Sudukàn dan susun di atas loyang pembakar. 
5. Hiaskan dengan ceri merah.
6. Bakar 20-25 minit pada suhu 170'c.

 

Wednesday, March 26, 2025

Cornflakes Meringue Cookies


 Assalamualaikum..waduh lama kita tak bersiaran ye. Dah minggu akhir puasa..nak raya dah pun..so seperti biasa lah kita mula kan operasi mengukis dengan salah satu cookies terpaling sedap di dunia dan terpaling sempoi nak buat iaitu Cornflakes meringue cookies..hihi. Ni biskut wajib buat tiap tahun ye. Jomm zaas resepinya yok..

RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
resipi asal - LG
sumber: inahar's cooking time
Bahan2:
220gm Cornflakes
125gm Choc Chips
150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm) - kali ni guna brown sugar sbb kehabisan fine sugar
3 Biji Putih Telur
1-2 Sth Vanilla Esen
60gm Almond Sliced
Cara-cara:
Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed) Masukkan gula sikit2 hingga habis. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh. Lalu masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (My oven cukup 30 minit @160c dah cantik masak cookies tu)