Sunday, June 28, 2020

AYAM MASAK BALI

Asslamualaikum..jom kita semak resepi ayam masak bali yang sedap ni yok!

Resepi ayam masak bali

resipi asal - iresipi
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam secukup rasa
8 batang serai, dititik
6 tangkai daun kari
1 senduk cili kisar
3 sudu besar kicap manis
minyak masak
gula melaka atau gula pasir
sedikit air
Bahan-bahan untuk kisar halus:
5 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10-12 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci belacan

 

Cara Penyediaan:

Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan
.

Tuesday, June 23, 2020

NASI MINYAK SEMPOI



Assalamualaikum..nasi minyak yang mudah dan sedap dimasak hari minggu yang lalu digandingkan bersama lauk ayam masak bali dan kari telur kegemaran keluarga. Alhamdulillah.. Jom kita semak resepi yg mudah ni yok!


RESIPI NASI MINYAK SEMPOI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit.
5 cawan air 
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
pewarna kuning - saya tak letak


Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga


Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis

gajus goreng

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, susu, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan pewarna kuning (kita tak letak pewarna pun). Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis, kacang gajus goreng dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.


Monday, June 22, 2020

RENDANG AYAM SEDAP


Assalamualaikum .. baru teringat nak post entry rendang ayam yg dimasak sempena syawal aritu. Okay resepi turun temurun keluarga ni pernah kita post di sini ye. Pepun kita cnp lagi utk entry kali ni..jom zaass resepinye yok!

RESEPI RENDANG AYAM 

sumber - inahar's cooking time

Bahan2:

1 kg ayam dipotong sederhana kecil
2 bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
10 biji cili padi
8-10 batang serai -kami mmg guna banyak serai lebih sedap rasanya 
1 pkt serbuk santan segera - dibancuh dgn secawan air
2 keping asam keping
3-4 sudu besar kerisik 
2 helai daun kunyit- di hiris halus 
1-2 genggam gula (boleh campur ngan gula melaka)
garam secukupnya 
perisa jika suka 
minyak untuk menumis


cara: 
Bawang,bawang putih,halia,lengkuas,serai dan cili padi semua diblender halus, kemudian tumis sampai naik bau.Tambah cili giling dan tumis lagi bagi garing. Masukkan ayam,santan,asam keping.bila mendidih hampir kering masukkan garam,gula dan kerisik.akhir sekali masukkan daun kunyit yg di racik halus. 


Sunday, June 21, 2020

MEEHOON GORENG & SAMBAL KICAP


Assalamualaikum semua! Ni meehoon goreng kita buat minggu lepas sebenarnya tp baru nk updet rini..huhuu! Sorilaa ye kalu uolls teringin bolehla goreng sendiri..resipi pun mudah banget..hehe! Digandingkan pula dengan sambal kicap cili api ni memang ummphh sangat lah..hihi! Meh kita zaas resipi..

RESIPI MEEHOON GORENG
resipi - inahar's cooking time

Bahan:
400gm meehoon (satu bungkus)- direndam hingga lembut
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
segenggam ikan bilis* (boleh juga guna udang kering)
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
udang, sotong (ikut suka)
taugeh
sawi secukupnya
garam
minyak untuk menumis
perisa (jika suka)
bawang goreng/daun sup/daun bawang/potongan limau kasturi - hiasan

cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan pula udang dan sotong. Goreng hingga empuk kemudian tambahkan sos tomato & sos tiram.
Akhir sekali masukkan meehoon, garam juga perisa dan goreng hingga masak rata. Bolehlah dihidangkan bersama hiasan bawang goreng , daun sup/bawang juga limau nipis.
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang. Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Saturday, June 20, 2020

Ikan Siakap Masak Tauco


Assalamualaikum semua..meh kita layan menu ikan siakap goreng masak tauco. Memang sedap sesekali bertukar perisa taucho pulakkan..kalau tak tu asik2 la siakap masak tiga rasa jer kan..hihi! Another resepi yg sgt sempoi..jom kita zaas resepinye yok!

Resepi Ikan Siakap Masak Tauco
sumber - inahar's cooking time

Bahan untuk ikan:


Ikan siakap

Garam
Serbuk Kunyit

Bahan lain:


1 Biji Bawang Besar

2 Ulas Bawang Putih
10 Biji Cili Padi
1 Biji Cili Merah@Hijau
1/2 Inci Halia
2 Sudu Besar Tauco
Tomato ceri
Air
Air Asam Jawa
Garam & Gula

Cara-cara:


Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.

Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah dan halia hingga garing.
Masukkan tauco, kacau sebentar.
Tambahkan air, air asam jawa, sedikit garam (jangan letak banyak sebab tauco dah masin) dan juga sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
Akhir sekali, masukkan ikan yang telah di goreng tadi ke dalam kuah, tomato ceri dan kacau rata. Siap!

Friday, June 19, 2020

SAMBAL SOTONG

Assalamualaikum..this is another simple dish. Sambal sotong in da house yall! Resepi yg amat mudah dan enak. Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI SAMBAL SOTONG 
sumber - inahar's cooking time

bahan
1/2 kg sotong sederhana besar, siang kulit dan potong bulat, cuci dan goreng tanpa minyak hingga kering airnye, angkat dan ketepikan.
3 ulas bawang putih ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 tangkai cili merah ~ kisar
2-3 senduk cili giling @20-30 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 inci belacan ~ kisar
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
air asam jawa secukupnye
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

cara
Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan cili dan air asam, masak lagi hingga terbit minyak
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sotong dan bawang hiris
Gaul rata dan sedia untuk di hidangkan.

Wednesday, June 17, 2020

BOILED PRUNE CAKE SO SEDAP!



Assalamualaikum..arini baru berkesempatan nak post kejadian kek prune yg ku buat minggu lepas. Kek prune ni tersangatlah sedapnye, very moist and soft..tak tau nak habaq! Walaupun ia di baked secara bakar tapi kejadiannya ala2 kek kukus gitu. Memang padu. Mekaseh @shalieyadanish
berkongsi resepi kek yg enak banget ni. Resepi asal oleh Anis anis ni menggunakan dried mixfruits tapi telah diolah oleh Sha menggunakan buah prune. Rasa nya yg masam manis just nice ni memang langsung tak muak makan tau. Lepas ni nanti kita nak try la jugak guna mixfruits. Mesti sedap jugak kan. Definitely a keeper recipe! So jomm kita semak resepi yok.. 


Boiled Prune Cake
Resepi asal - Fb Anis anis
Sumber 1 - Shalieya Danish
Sumber 2 - inahar's cooking time

2 cups pitted prune (sy cincang kasar)
185 gm butter
150 gm castor sugar
1 tsp soda bicarbonate
250 ml air
 

(boil semua yang di atas sehingga cair butter dan berbuih .. tutup api dan sejuk kan..) penting! Sejuk dahulu adunan di atas baru masuk kan.. 👇🏻 
3 eggs grade A
150 gm self raising flour
60 gm plan flour (tpg gandum)

kacau rata .. siap untuk di bakar!
Line 7” tin
Bakar slow temp @ 160 deg depends on oven for abt 1hr.. sehingga masak
Let cake rest in pan for 10 min after out from oven..

Tuesday, June 16, 2020

PAJERI TERUNG

Assalamualaikum..jom arini kita ingin berkongsi resepi mudah pajeri terung ni. Ia memang salah satu masakan kegemaran mrhubby. Diganding pulak dgn ayam goreng kunyit, sambal gesek podeh, telur masin dan ulam petai..perghhh memang bertambah2 makan nasi wehh..hihi. Alhamdulillah. Resepi kita cnp dari blog Che Nom kita yg juga seorang youtuber yg sgt popular. Mekaseh Che Nom berkongsi banyak resepi2 yg hebat dan sedap. Jom kita zaas resepi yok.. 

Resepi Pajeri Terung
Resepi asal - Che Nom
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-Bahan:
3 biji terung panjang (sederhana kecil)
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
Garam & gula

Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu besar udang kering


Cara-cara
Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.

Monday, June 15, 2020

CUCUR JAGUNG RANGUP

Musim2 raya ni jom kita layan cucur jagung rangup petang2 camni kan. Memang best..tips utk mendapatkan cucur yg rangup di luar adalah dgn menambah sedikit tepung beras dalam adunan cucur manakala gunakan tepung cap sauh utk memastikan cucur ni tetap lembut didalam nya. Jom kita zaas resepinye yok!

Resepi Cucur Jagung Rangup
Sumber - inahar's cooking time

Bahan
2 cawan tepung gandum
2-3 sudu besar tepung beras
Udang kering (boleh guna ikan bilis, udang segar dsbnya)
1/2 biji bawang besar potong nipis
1-2 biji lada hijau/merah
Kucai (takder stok)
1 cawan jagung tin (whole kernel)
Garam & perisa
Air secukupnya - adunan haruslah sedikit cair utk memudahkan menggoreng secara meleper dan nipis dalam kuali nanti
Minyak utk menggoreng

Cara
Panaskan minyak yg banyak. Goreng adunan secara meleper dan nipis sedikit utk memastikan ia rangup. Siap. Boleh dimakan panas2 bersama sos cili. Nyumm!

Thursday, June 11, 2020

CORNFLAKES MERINGUE COOKIES

Alhamdulillah baru siap mengukis. Berjaya juga membuat cookies wajib ada tiap raya ni iaitu Cornflakes Meringue Cookies. Alaa raya kan sebulan..hehe. Anak2 cakap ni mmg cookies tersedap di dunia. Tp memang sedap sgt pun!! A keeper recipe..wajib try ye kengkawan. Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
resipi asal - LG
sumber: inahar's cooking time

Bahan2:

220gm Cornflakes
125gm Choc Chips
150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm) - kali ni guna brown sugar sbb kehabisan fine sugar
3 Biji Putih Telur
1-2 Sth Vanilla Esen
60gm Almond Sliced


Cara-cara:

Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed) Masukkan gula sikit2 hingga habis. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh. Lalu masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (My oven cukup 30 minit @160c dah cantik masak cookies tu)

Wednesday, June 10, 2020

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum..masih dengan resepi cookies ye..Cornflakes madu ni adalah cookies paling mudah buatnya di dunia. Hihiii..senang dan sodap banget! Mmg wajib buat la kukis ni setiap kali raya. Jom kita zaas resepi..

RESIPI HONEY CORNFLAKES
sumbet - inahar's cooking time

Ingredients:-
(A)
100g cornflakes (saya guna semua 300gm tanpa mix bahan lain)
100g crispy bubble rice(optional)
100g chopped almond/nuts (roasted)
(B)
110g butter
90g fine sugar
5-6 tbsp honey

Method:-
Mix all ingredients B and put to a slow heat for a few minutes. Stir well. When all the ingredients has dissolved, add in A and stir till Incorporated. Lay small paper cups in a small muffin tray and scoop 1 tsp of mixture. Pre heat oven and bake at 175C for 7 minutes. Let it cool on wire rack the store them in an airtight container.
*You can add your preference for the decorations.

Tuesday, June 9, 2020

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum..arini kita berkongsi resepi cookies sempena syawal ni. Red pearl cookies ni memang sgt sedap dan menjadi kegemaran family. Cookies ni pernah menjadi sgt fofular dikalangan food blogger few years ago. Memang a keeper recipe. dulu pernah post di sini. Jom kita zaas resepinye lagi yok!

RESIPI RED PEARL COOKIES
Sumber 1 - fieza delights
Sumber 2 - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
1 cawan gula kastor (sy guna brown sugar)
21/2 cawan tepung gandum
21/2 cawan cornflakes - ramas kasar
1/2 cawan badam keping / badam cincang pun boleh...
1 cawan coklat cips
1 sudu kecil esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang sebagai hiasan
1/4 suduteh emplex (sy tambah)

Cara

1. Gaul sebati butter dan gula kastor. . 
2. Masukkan esen vanilla dan gaul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, emplex, cornflakes, badam & coklat cips.  Gaul sebati. 
4. Sudukàn dan susun di atas loyang pembakar. 
5. Hiaskan dengan ceri merah.
6. Bakar 20-25 minit pada suhu 170'c.

Monday, June 8, 2020

LONTONG JOHOR

Alhamdulillah..Menu beberapa hari yg lepas dapat kita sediakan nasi himpit dan kuah lodeh serta perangatkan balik kuah kacang daging dari freezer tu..maka terjadi lah menu lontong johor yg enak banget! Jom kita zaas resepinye yok.. 

Resepi Sayur Lodeh
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan:

1/4 biji kubis - potong kecil
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6-8 batang kacang panjang/buncis potong serong
1 biji terung - potong dadu
2 keping tauhu kering - rendam dan potong kecil
Sedikit suhun - rendam
1 keping tempe - potong nipis dan goreng
2 keping tauhu - goreng dan potong dadu
2 biji cili merah - hiris nipis
2 batang serai - ketuk
Sedikit lengkuas - ketuk
2 pek santan kotak 
1 mangkuk kecil udang segar - siang dan cuci bersih
Garam secukup rasa
1 kiub ayam knorr
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan lengkuas sehingga naik minyak dan masak sepenuhnya. 
Tambahkan santan dan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi. 
Masukkan semua bahan dari sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. Masukkan pula udang segar dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng serta suhun. Masukkan garam, kiub ayam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.
Boleh dihidang bersama nasi himpit/ketupat, sambal bilis atau sambal kacang juga serunding kelapa dan telur rebus.

Sunday, June 7, 2020

AYAM MASAK MERAH KEGEMARAN

Assalamualaikum.. Ayam masak merah adalah menu paling digemari seisi keluarga. Lauk wajib hampir setiap minggu mesti masak punyer..hihi. Ni ayam masak merah menu raya ke 3 aritu dimakan bersama nasi minyak dan gulai kambing. Alhamdulillah.. 

RESIPI AYAM MASAK MERAH
sumber - inahar's cooking time


1 ekor ayam potong sederhana kecil ikut suka, cuci bersih dan lumur garam kunyit kemudian goreng 
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang besar-kisar
2 biji bwg putih-kisar 
1 inci halia- ketuk saje
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 botol kecil sos tomato..(kita guna jenama kimball) 
2 sudu besar sos tiram
cili hidup potong 
2-3 sudu besar gula
garam
minyak
perisa jika suka


Cara-

Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar & halia sampai naik bau . Kemudian masukkan cili giling, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sos tomato,sos tiram ,gula,garam , ayam goreng & cili potong juga hirisan bawang besar . Masak sampai mendidih, jika kuah pekat sgt bolehla tambah air sikit(anak2 suka lebih kuah sambalnye..selalu pun kita mesti lebihkan sosnya utk digaul ngan nasi..barula terasa masak merahnye)

p/s Jika masak untuk jamuan yang istimewa sedikit seperti kenduri, jamuan raya dimakan bersama nasi berperisa kita akan tambah sedikit kayu rempah tiga sekawan semasa menumis masakan ni.

Saturday, June 6, 2020

SPAGHETTI SARDIN GORENG PEDAS


Jom kita tukar selera..kita berpasta pulak ye. Spaghetti sardin goreng pedas yang sgt ringkas, mudah dimasak dan sedap dimakan. Dah banyak kali kongsi resepinya tapi tidak mengapa kita boleh cnp balik resepi ni lagi dan lagi ye. Hihi. Jom kita semak resepi yok!

RESIPI SPAGHETTI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar)
2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
10-15 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
Perahan jus limau kasturi@nipis
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang

Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin (sos sardin boleh masukkan sekali) serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, perahan limau dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!

Friday, June 5, 2020

GULAI KAMBING ISTIMEWA

Alhamdulillah menu syawal kami Gulai Kambing istimewa diganding dgn nasi minyak, ayam masak merah serta acar timun. Mrhubby request sebab dah lama tak masak daging kambing. Jom zaas resepi gulai kambing yg sgt sedap ni. Tq Mat Gebu berkongsi resepi marbeles ni.. Jom kita semak resipinye yok!

RESIPI GULAI DAGING KAMBING 
resipi asal - CMG 
sumber - inahar's cooking time
Bahan2 :
800 gram daging kambing dipotong kiub* 
1 camca besar tepung gandum* 
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)
 4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, 
rendam 2 biji tomato, belah 4 setiap 1 
1 keping asam gelugor saiz kecil 
2 camca besar cili kisar 
4 camca besar rempah kari daging (baba's) 
1 camca besar rempah kurma (baba's) 
150 ml pati santan (saya guna santan kotak) 
1 camca besar penuh kerisik 
1 camca besar gula melaka 
Garam secukup rasa
 Air secukupnya
Bahan kisar :
1 biji bawang besar 
4 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 batang serai, hiris 
2 inci halia 
1/2 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup
Bahan tumis :
4 biji bawang merah kecil, hiris 
2 ulas bawang putih, hiris 
2 tangkai daun kari, dilurut 
1 batang kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
6 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
Cara :
Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. 
Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, ceduk 2 camca besar pes rempah tadi dan gaul dengan daging kambing yang telah dicuci dan ditoskan.Perap sekejap. 
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing.
Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
Masukkan daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging 3/4 empuk.
Masukkan kerisik, asam gelugor dan kentang. Kacau rata. 
Bila kentang empuk, masukkan santan dan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan tutup api.

Thursday, June 4, 2020

KUAH KACANG DAGING

Assalamualaikum..arini kita nak share resepi menu wajib raya kami iaitu kuah kacang daging resepi bonda tercinta. Orang johor kalu masak kuah kacang selalunya ditambah daging atau ayam menjadikan rasa ia lebih istimewa dan enak banget! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI KUAH KACANG DAGING 
sumber: inahar's cooking time

bahan2:

700-1000 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk 
1 kg kacang tumbuk 
3-4 biji bawang besar (kisar) 
1-2 ulas bwg putih
3 inci halia (separuh blend,separuh ketuk) 
10-14 batang serai (serai mesti banyak, klu tidak rasa dan bau kuahnya tak naik..hendaklah di kisar separuh, selebihnya diketuk shj) 
5-6 sudu besar cili giling (saya guna 1 pek 200 gm - ikut kepedasan di sukai)
lengkuas sikit aje
2-3 keping asam keping @ air asam jawa
11/2-2 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 2 paket) 
gula (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu tak mmg kureng rasanya..selalu kita main campak aje..agak2 lbhkurang 6-7 genggam jugaklah @ lbhkurang 3 senduk nasi kot!.)
garam secukup rasa 
serbukperisa (option) 
air 
minyak utk menumis

Cara masaknya
Tumis bhn2 yg di kisar sekali dengan halia, serai ketuk hingga naik bau kemudian letak cili giling..tumis sampai garing.
Selepas tu bolehlah dimasukkan kacang, santan, daging dan asam keping. Masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan garam, gula, perisa (opitional) dan masak lagi.
Kalau pekat sgt tambahlah air secukupnya.
Rasa kuah ni berbeza sikit dari kuah kacang biasa disebabkan penggunaan serai yg banyak, tambahan daging dan garam gula nya kenalah ngam amaunnye ya.
Kuah ni memang sedap dimakan dengan ketupat nasi/nasi impit.. nak campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pun mmg sesuai sgt..
Silakan cuba ya 😊

Wednesday, June 3, 2020

KEK MARBLE BADAM ROS AIDILFITRI




Assalamualaikum..ketemu kembali kita ye. Rasanya masih belum terlewat utk Pn Doc mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua pengunjung blog inahar ini ye. Walaupun menyambut dalam keadaan negara yang masih dlm PKPB (Perintah kawalan pergerakan bersyarat) tapi alhamdulillah masih dapat juga menyambut raya ni secara sederhana dgn segala SOP dan norma baharu yang perlu kita semua amalkan supaya sebaran virus covid19 ni dapat dikawal dan dibendung. 
Alhamdulillah sempat juga membaking kek pertama utk raya ni iaitu Kek Marble Badam Ros yang sangat sedap dan begitu nostalgia rasa keknya..keharuman kek ni dengan bau & rasa ros yg jelas serta tambahan serbuk badam yg menambahkan lagi kesedapan kek ni..mmg sgt marbeless..style kek dolu2..sgt nostalgia woo!! Jom kita zass resepinya yok.. 

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA
Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff 
Sumber 1 : Rinnchan via ummi
sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan-bahan:

250gm mentega
5 1/2 oz gula castor(saya guna 150 gm)
4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (saya guna 4 biji size A)
1 oz badam kisar (saya guna 60 gm)
5 oz tepung naik sendiri(saya guna 145 gm)
2 susu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau- saya guna merah & biru jer!

Cara-cara:

Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.