Resepi Pajeri Terung
Resepi asal - Che Nom
Sumber - inahar's cooking time
Bahan-Bahan:
3 biji terung panjang (sederhana kecil)
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
Garam & gula
Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu besar udang kering
Cara-cara
Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.
Sedap pajeri terung ni, tapi akak tak pandai buat... setiap kali buat dia jadi kari terung... nanti akak nak ambik resipi Ina ni yer. Teringat dulu2 masa arwah mak hidup, setiap bulan ramadan dia mesti buat pajeri terung. Sedap sangat pajeri terungnya. Sayangnya waktu tu tak pernah terfikir nak belajar buat pajeri tu dengan dia. Tau makan je bila dah terhidang depan mata..
ReplyDeleteK.sweetie..iye kak nnti tryla guna resepi ni.. insyaallah menjadi. Saya pun baru pestime cuba masak sendiri..hihi
ReplyDelete