Friday, October 28, 2011

KARI IKAN TENGGIRI

Assalamualaikum..arini kita masak kari ikan lak..selalu resipi men campak2 jek..kali nih kita ikut resipi dr jun@myr .. resipi jun guna ikan jenahak tp kita guna ikan tenggiri .. jom lihat resipi..thnx ye jun for sharing!! i loikke!!

Bahan-bahan ( 4-6 org )

  • 1 ekor ikan jenahak-dipotong2 (kepala ikan pun boleh)
  • 2 pkt serbuk kari ikan-dibancuh dengan sedikit air, jadi pes
  • 5 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3/4 cawan air
  • garam, gula (jika suka) dan sedikit minyak
  • 1 sudu besar halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan kisar:-
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 in halia

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan yg dikisar bersama halba campur dan daun kari.
  2. Masukkan serbuk kari. Biar naik bau, masukkan pula air asam jawa.
  3. Masukkan ikan, air dan santan pekat. Biar mendidih.
  4. Masukkan tomato, kacang bendi, cili dan garam. Hidangkan.

Thursday, October 27, 2011

PUDING KASTARD BERKUAH KOKTEL

Assalamualaikum..ketemu lg kita dipetang yg nyaman nih..waduh sedapnyer dpt mamam puding kastad ni sambil menghirup kuah koktel tuh..perghh! nyaman jek masuk tekak ni kan.. ekceli dh lama x wat puding kastad nih tp bila makan kt umah my mom lastweek..rasa cam x cukup lak..hehe!! so arini kita wat la lebih sikit bg hilang kempunan tu haa..anak2 x yah berebut dah..haha!! jom zaas resipi..

Resipi Puding Kastard Berkuah Koktel
sumber: inahar's cooking time

Utk Kastard
1 cawan tpg kastard
2 cawan air

2 cawan susu segar@susu cair

1/2 cawan gula


Cara2:
Campur kesemua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana. kacau sehingga agak kental & berkilat. tutup api & tuang kedalam acuan atau loyang. sejukkan

Untuk Kuah
1 tin fruit coctail beserta jusnya
1 tin susu cair

1 cawan air

1/2 cawan gula (manis ikut suka)

1 sudubesar tepung kastad

secubit garam

cara2:
Kacau rata semua bahan dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dalam petiais. bila sejuk bolehla dihidangkan bersama puding kastad yg telah disediakan tadi. Layan..

Wednesday, October 26, 2011

MENU ARINI..

Meh tengok menu pn.doc rini..sempena cuti deepavali nih..kita masak yg sempoi jek tp anak2 suker!! jom zaass....

dh lama x masak sup..sup ayam hadnyai nih mmg sedap wehh!! resipi boleh tgk sini..


digandingkan lak dgn sayur goreng taugeh&kucai serta ikan masin..fullamak..bertambah 2-3 pinggan uu..hehe!! jgn lupa wat sambal belacan sekali ek..bg lg kick..huhuu!!

wokehh uollss!! kita nk ucapkan selamat bercuti & happy deepavali wat semua penganut agama hindu di negara kita yg aman makmur nih..daaaa!!

Tuesday, October 25, 2011

KACANG PHOOL..SEDAPNYER!


Assalamualaikum..akhirnye berjaya gak ku wat kacang phool
homemade sedaap punyer!! dh lama x mamam sbb kt KL nih susah gak nk cari kedai makan yg wat kacang phool nih..menu ni mmg terkenal dikalangan org singapore & johor..sgt sesuai utk breakfast @ anytime of the day..sgt simple yet filling!! resipi oleh mami chef asmah laili ni mmg sedap banget uollss!! korang mesti try tau...kalu dulu2 owg buat kena rebus sendiri kacang parang berjam2 lamanye tapi la nih kita main dlm tin segera punyer(brand kimball..cu tengok kt foto kt bawah..leh cari kt supermarket/hypermarket)..sonang kojo den..hehe!! jom kita zaas resipi yg telah kita cnp dr dapur teratak chetam..mekacehh ye!!

KACANG PHOOL
Sumbangan : Diana
Sumber : Mami Asmah Laili


Bahan-Bahan
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan-kita x letak
1 tin bake beans

1/2 kilo daging cincang
sedikit tomato sos-ni kita tambah sendiri
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu

2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil

3 biji lada hijau, dihiris kasar

3 biji lada merah, dihiris kasar

6 biji limau kasturi, dibelah 2

Sedikit daun ketumbar dan daun pudina

Garam secukup rasa -kita tambah perisa & gula sedikit

minyak utk menumis


BAHAN KISAR
20 biji lada kering
20 biji bawang merah

5 biji bawang putih dikisar halus

2 sudu teh penuh rempah beriani

Sedikit halia
air secukupnya

Cara Cara
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis. (kita wat garlic bread)




Monday, October 24, 2011

ROTI JALA

Waduh dh lama since the last time pn doc menjala..br kini nk terai balik sbb dulu wat kt sini..rupa mmg hodoh..tp kali nih pun msh hodoh..muahaha!! x sabor nk tunggu acuan roti jala yg ditempah dari kakjee..hrp pastu hasil jalaku akan lbh cun sikit..hehe! pepun yg penting pewut kenyangkan..mamam ngan kari ayam..perghh! resipi msh guna yg sama..mudah jek!

RESIPI ROTI JALA
(sumber resipi dr dapur hana -thnx hana!)

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 biji telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Sunday, October 23, 2011

IKAN MASAK SINGGANG

Assalamualaikum..selamat berehat di petang ahad nih..br arini dpt updet blog sbb pn doc masuk keje petang rini..spt biasa..kita masak lauk yg mudah jek..dh lama x menyinggang..arini masak singgang ikan kembung..resipi bonda yg teramat senang tp sedaap..jom zaas resipi..

RESEPI IKAN MASAK SINGGANG
sumber: inahar's cooking time
bahan2:
2 ekor ikan kembung
5-7 ulas bawang putih-potong nipis
5-7 hirisan nipis lengkuas
2-3 keping asam keping
4-6 biji cili api-dicampakkan cam tu aje, klu nk pedas bolehlah ketuk sikit)
potongan lada hidup-klu suka
sedikit serbuk kunyit(guna kunyit hidup lg best)
air secukupnya
garam
perisa

caranya , masukkan air,bwg putih,lengkuas,asam keping dan kunyit kedalam periuk dan rebuskan..bila hampir mendidih bolehla dimasukkan ikan, cili ,garam dan serbuk perisa. masakkan ia sampai mendidih dan rasa masam masinnye..siaap!

Tuesday, October 18, 2011

MEEHOON GORENG PUTIH ALA SINGAPORE

Assalamualaikum..seperti biasa this week pn.doc dh stat bertugas spjg minggu so xder entry masak2 ek..hehe! mihun goreng putih ni spt biasa menu ulangan yg disukai ramai..kita masak ahad lalu..resipi dh pernah letak kt sini & sini tp xper la kan..this morning x busy sgt kt klinik so sempatla kita menghupdet blog & copy balik resipi..jom semak ye!


Resepi Meehoon Goreng Putih
1 bungkus bihun ( di rendam )
100 g taugeh
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
6 – 10 biji cili padi ( dimasukkan ke dalam bihun sebiji2 ) – jika suka
10 – 12 ekor udang sederhana (kali ni guna ayam jek sbb xder stok seafood)
sepotong kobis ( potong kecil-kecil)
1 biji karot saiz kecil ( potong nipis )-x letak
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
segenggam ikan bilis(ditumbuk)
3 – 4 sudu besar sos tiram
2 biji telur (ikut suka)
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)
Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram.
2. Bila mendidih masukkan bihun, karot, kobis, udang, cilipadi dan garam. pecahkan telur.Kacau hingga sebati dan bihun lembut.
3. Last tambahkan daun kucai dan taugeh, sesuaikan rasa garamnya bolehlah di angkat.

Saturday, October 15, 2011

SAYUR GORENG JAWA

Arini pun masih menu yg sempoi gak tp disukai ramai..sayur goreng jawa..perghhh! mmg bertambah2 ler kalu mamam ngan nasi panas..ayoyo..huhu! jom tgk resipi..
Resepi Sayur Goreng Jawa
sumber: inahar's cooking time


3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
5-6 batang kacang panjang@buncis ( hiris menyerong nipis nipis)
3-4 biji lada hidup ( dipotong nipis2)
1 paket kecil suun – ( rendam dan di potong sedikit )
1 paket kecil tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan udang sederhana besar ( boleh gak tambah daging tetel,hati, pedal ikut suka )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kicap manis
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Minyak secukupnya
serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada hidup hiris hingga wangi.
2. masukkan udang hidup @ bhn2 seafood yg lain.tumis sebentar kemudian masukkan sayur-sayuran,tempe, tauhu kering dan bahan2 yang telah di goreng tadi!!
3. Masukkan kicap,santan serta suun.kacau rata kemudian masukkan garam, perasa dan kacau rata.
4. Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Friday, October 14, 2011

PRATHA PUFF INTI SEDAP..

Assalamualaikum..arini baru ler dpt menerai pratha paf inti sedap yg begitu diwar2kan sgt sodap di dapur ummi nun di kuantan..tp mmg betuilaa uolss..intinye mmg betul2 sedap siyes wa cakap lu..hehe! resipi asal oleh noreen uk menggunakan pastry puff tp kita pn cam ummi guna pratha segera jenama kawan tu..lg sedap & lebih mengenyangkan..paf pastry tu lbh ringan gebu & berderai2..cepat muak sikit kalu mamam banyak! mekacehh bebanyak wat ummi & noreen 4 sharing..kita cnp resipi ye ummii..lebiuuuu!

SAMOSA DAGING INTI SEDAP

Resepi: Noreen
Dirujuk Oleh: Ummi @ Home Sweet Home
sumber: inahar's cooking time
Bahan-bahan:
  • 1 frozen puff pastry dough - dipotong kiub/kecil (*akak guna onion paratha puff jenama Kawan) -kita guna plain paratha jenama kawan
  • 450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
  • 2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
  • 1 cawan kacang peas
  • 2 camb minyak untuk menumis
  • 1/2 camt jintan putih (cumin seeds)
  • 1 helai bay leaf - crushed
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
  • 4 ulas bawang putih - crushed
  • 1 camb chopped/minced ginger - yang siap dijual dalam botol kalau tak ada bolehlah ditumbuk sehingga halus
  • 1/2 camt serbuk lada hitam
  • 1 1/2 camt garam atau secukup rasa
  • 1 camt serbuk jintan putih (ground cumin)
  • 1 camt serbuk ketumbar (ground coriander)
  • 1 camt serbuk kunyit (ground turmeric)
  • 1 camt serbuk cili (chili powder)
  • 1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)
  • 1/2 camt serbuk buah pelaga (ground cardamon)
  • 2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
  • 2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

Cara-cara:
  1. jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
  2. biarkan sehingga mendidih
  3. kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas (kita x rebus pun kentang tp hanya potong dadu kecil dan tumis terus masa masak inti)
  4. rebus sehingga kedua2nya lembut
  5. setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
  6. panaskan minyak di dalam kuali
  7. tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
  8. kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
  9. gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
  10. masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
  11. setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
  12. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  13. masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
  14. gaulkan rata
  15. akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
  16. gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
  17. biarkan sejuk
  18. taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai
  19. ambil satu kiub puff pastry yang telah dipotong secara kecil
  20. canaikan menjadi bentuk empat segi (sila lihat gambar di dapur ummi ye)
  21. letakkan satu sudu besar inti dan lipatkan bucu ke bucu (lihat gambar)
  22. basahkan jari dengan sedikit air dan tekankan supaya melekat dan tidak terbuka apabila di bakar
  23. lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  24. bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga keperangan
  25. bolehlah dihidangkan panas2 untuk minuman petang
note: inti memang sedap. kalau tidak mahu menggunakan puff pastry bolehlah digantikan dengan samosa sheet. cara membungkus ikut suka masing2.

Thursday, October 13, 2011

SAMBAL TELUR LADA HIDUP

Assalamualaikum semua..first of all nk ucapkan jutaan terimakasih wat semua teman2 yg telah memberi ucapan takziah serta mendoakan roh arwah kekanda sepupuku yg telah pergi mengadap Illahi pagi sabtu yg lalu..moga tuhan mencucuri rahmat keatas roh arwah serta beliau tenang di sana..amin! okay.. cuti ni kita masak sempoi2 jek..selalunye masak sambal telur guna cili kering tp sekali sekala guna cili hidup best gaak! resipi pun main campak2 jek..jom zaaaass!

Resepi Sambal telur Lada Hidup

5-7 biji telur rebus
7-10 biji lada hidup

5-10 biji cili padi ( ikut kepedasan disukai)

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
garam secukupnya
gula secukupnya
air asam secukupnya

sedikit belacan (jika suka)

Serbuk perasa ( jika suka )

Cara Penyediaan

1. Kisar lada hidup, cili padi,bawang besar, bawang merah dan putih,belacan serta ikan bilis hingga hancur
2. Tumis bahan yg telah dikisar tadi hingga agak kering ... kemudian masukkan air asam jawa.
3. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
4. akhir sekali masukkan telur rebus…. masak seketika bolahlah di angkat.

Sunday, October 9, 2011

AL FATIHAH...

Sesungguhnya kehendak Allah telah berlaku ke atas hambaNya , sepupuku kekanda Hjh Latiffah Affindi, seorang guru di Sekolah Men Sains Raub Pahang telah kembali mengadapNya pada jam 3.30 pagi 8.10.2011 di Hospital Temerloh. Dan telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan Arwah suaminya di Raub Pahang.
Allahyarhamah seorang ibu yg penyayang...seorang guru yg dedikasi ..seorang khalifah yg bertanggungjawab dan prihatin..pemergian mengejut beliau amat ditangisi semua..Allahyarhamah telah meninggalkan ramai insan berguna.
T
akziah buat Maklangku sekeluarga..juga anak2 allahyarhamah ..diatas pemergian ibu tercinta..setiap yg bernyawa akan menghadapi saat itu dan tak terkecuali kita..moga tabah menghadapi ketentuanNYA.. moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin! Alfatihah..

Friday, October 7, 2011

BLUEBERRY CHEESETART



Assalamualaikum..waduh dh lama pn.doc x mengecistat kan diri..hehe!! ni cistat yg wat semalam..kalu dulu guna resipi yg sedikit berbeza kt sini tp kali nih kita gunakan resipi dari dapur azita zain yg mmg terkenal ngan cistatnye yg gebus sedap tuh..begitu ramai kengkawan blogger yg dh try resipi nih dan hasilnya amat memuaskan hati..sgt sedaap! anak2 semua x henti mengunyah cistat..adoii mmg lupa diri jap bila dh pekena ciss ni kan..huhuu!! thanx a million azita 4 sharing this recipe..izinkan saya cnp resipi serta tips membuat cistat kt sini ye..muaah!

Tart Crust / Shell


Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
***utk filling ni kita guna resipi yg berbeza sikit spt dibawah ini:


125 gm cream cheese
10 gm butter

30 gm gula kastor

1/2 biji telur

1/2 biji lemon-ambil parutan kulitnya

20 ml whipped cream

bluberi filling/jem

Cara-caranya:

Krimkan cheese sampai licin dan gebu,masukkan gula dan butter ,pukul sampai sebati.Kemudian masukkan telur & whip cream,pukul lagi hingga kembang .

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar di dapur azita ye) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman azita...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Wednesday, October 5, 2011

APPLE ALMOND PUFF PIE

Assalamualaikum..dh lama x mamam puff cenggini..sodaap la pulak..hehe! resipi kt sini pun dh ada tp xper kita copy balik ek..mekacehh ye wat CMG!! i loiikke!!

RESIPI APPLE ALMOND PUFF

BAHAN-BAHANNYA :-)

Pastry Puff secukupnya -kita guna jenama kawan puff 4"X4"
2 biji epal hijau

1/3 cawan kismis

1 camca besar serbuk badam

1 batang kayu manis
-kita guna cinnamon powder jek
2 camca besar mentega

1 camca besar gula perang (brown sugar)

1/4 camca teh garam

1/2 camca teh tepung jagung

1/2 biji lemon-parut kulit serta jusnye -kita tambah sendiri ni

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK APPLE ALMOND PUFF PIE :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Kemudian, bulat corak atas permukaan pastry (macam dalam gambar). Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada saiz acuan...

Monday, October 3, 2011

MY BLUE VELVET CAKE TURNS PURPLE??



Waduh..berangan nk wat kek blue velvet cam kt dapur Rima sempena sambutan belated besday ku semalam tp kek yg sepatutnya biru dh jd kaler purple uu..!! memula nmpak kek blue velvet yg rima wat tuh..terus tertawan & teruja giler pn.doc nk menerai..tu laa masa nk stat baking tu x perasan yg blue food coloring ku tinggal ciput..cukup sesudu jek..adoii..bila dh tuang lam adunan br perasan x cukup kaler..terpaksala ku campur ngan kaler merah lg satu sudu besar..so jd laa kek besdayku velvet kaler dark purple lakss ..hehe!! tak kisahlaa labu..asal rasanye tetap mantain sodaap!! mekacehh ye rima 4 sharing this marvellous recipe..kalu besday tahun lepas wat red velvet cake kt sini manakala tahun ni wat purple velvet cake lak..i loiikee!! gamaknye baking velvet cake ni akan jd acara tahunan ku la pulak..hahaha!! so jom kita tgk resipinye..million thnx again to dear rima!!

BLUE VELVET CAKE
sumber1: Rima
sumber 2: inahar's cooking time

A-120 gm butter
300 gm castor sugar


B-150gm egss-whisk lightly (i used 2 egss gradeA)


C-250 gm all purpose flour

5 gm baking powder

5 gm baking soda

15 gm cocoa powder (i used 2 tbsp)


D-240 ml fresh milk

5-10gm blue coloring

2.5gm apple cider vinegar (i used 1 tsp heinz vinegar)

Method:
Preheat oven to 200c (i used 180c) grease a 30x30x3 (i used 9" round pan) baking sheet@pan & line bottom with parchment. sift flour,cocoa,baking powder & soda in a bowl.
Place butter & sugar in a bowl of an electric stand mixer and beat @ medium speed until wellblended/sugar dissolved. with machine on low, add B & C alternately & continue to whisk until wellblended. very slowly add in D. scrape down bowl & beat just long enough to combine.
Pour batter onto the baking sheet.place in oven & bake till skewer comes out clean. let cool in pan for few minutes. remove cake from pan by flipping over & peel off the parchment. divide cake into two & cool completely.

Creamcheeese blue velvet. (i did not use this recipe)

250gm cream cheese
200gm mascarpone cheese

5gm vanilla essence

115gm icing sugar-sifted

360gm cold whipping cream


I used this recipe instead:

Cream Cheese Frosting
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cup confectioner sugar
Mix everything in a big bowl and whip the cream until stiff peaks formed.
Assemble: With a serrated knife, cut each layer in half, horizontally. You will now have four layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting. Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.

Sunday, October 2, 2011

KEK MARBLE TRIO

Assalamualaikum semua..masih lg dgn n3 kek raya yg lalu..kek marble trio CMG ni mmg selalu wat sebelum nih..resipi pn dh ada kt sini! ni kek wajib try utk semua blogger masakan..x try rugi tau sbb sedap banget keknya..mekacehh la Mat sbb berkongsi resipi yg sgt marveles nih..jom zaas resipinye kembali!

RESIPI KEK MARBLE TRIO


Bahan-Bahannya:-

300 g mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*

1 camca teh baking powder*

1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)

5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)

250 g gula halus

1 camca besar Ovallate

30 g gliserin
(boleh ganti ngan susu sejat)
20 g air

1/2 camca teh esen vanilla

1/2 camca teh strawberry emulco

1 camca teh chocolate emulco


Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek. Jika menggunakan tin atau acuan kek warna hitam, turun kan suhu tadi kepada 160C semasa membakar kek, kerana tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi. Jika kek nampak gelap tapi masih belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Jangan bukak oven dalam tempah 30 minit masa membakar, nanti kek bantut.... Selamat mencuba...