Wednesday, October 5, 2011

APPLE ALMOND PUFF PIE

Assalamualaikum..dh lama x mamam puff cenggini..sodaap la pulak..hehe! resipi kt sini pun dh ada tp xper kita copy balik ek..mekacehh ye wat CMG!! i loiikke!!

RESIPI APPLE ALMOND PUFF

BAHAN-BAHANNYA :-)

Pastry Puff secukupnya -kita guna jenama kawan puff 4"X4"
2 biji epal hijau

1/3 cawan kismis

1 camca besar serbuk badam

1 batang kayu manis
-kita guna cinnamon powder jek
2 camca besar mentega

1 camca besar gula perang (brown sugar)

1/4 camca teh garam

1/2 camca teh tepung jagung

1/2 biji lemon-parut kulit serta jusnye -kita tambah sendiri ni

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK APPLE ALMOND PUFF PIE :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Kemudian, bulat corak atas permukaan pastry (macam dalam gambar). Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada saiz acuan...

7 comments:

  1. ka inaaaaa...ape habaqqqq! kita selalu jenguk tp x tinggai komen..arini tinggai komen sbb kita nk puff epel ni 2 ketui..hik3

    ReplyDelete
  2. jun..habaq baikkk tp sori aarr puff epal semua dh selamat masuk pewut..hehe!!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk puff epal ni..masuk list dulu ;)

    ReplyDelete
  4. sofea..sila la try ye! mmg sedap!

    ReplyDelete
  5. salam Inahar...lama tak masuk dapur inahar ni..wah puff cenggini mmg mak cik suko hehe.

    ReplyDelete
  6. cikmanggis..puff cenggini sempoi jek nk wat & sodap dimakan kan..hehe!

    ReplyDelete
  7. kak ina cayangggg..mieza pun dah lama mengepuff..hr tu pergi giant ada beli puff pastry kawan..tp dok ler dlm peti ais tu..selalu letak sardin or tuna...mieza suka intinya lauk..hubby suka filling epal..leh try apple almond ni wiken ni :)

    ReplyDelete