Tuesday, July 31, 2012

JEMPUT2 PISANG GEBU

Cer tengok..cer tengok!! gebuss tak jemput pisangku itew?? hahaha..saje nk perabihkan stok pisang yg dh hampir expired kt dapur pn doc tu! so plg senang kita bikin jemput2 la kan..bulan pose ni jemput pisang cenggini pun menjadi pujaan hati semua orang gak tau! nk buat mmg sonang..nk mamam lg sonang..sodaap lak tu! hehe..jemput2 pisang ni kita wat semalam..mmg gebu walaupun tak molat @ montok mcm CMG punyer..hehe..jgn marah mat..nnti kena jual! okayla sebenarnya sebelum nih pn. doc mmg x pernah lg wat cekodok pisang yg taruh bahan penaik spt soda bikarbonat @ baking powder sbb kurang gemar dgn rasa soda tu kan..cepat muak kan! kami lagi suka mamam jemput2 pisang yg biasa just campur pisang , gula ngan tepung biasa jek tu! tp arini saje gatal nk try wat yg style camni lak..tp kita hanya gantikan tepung biasa tu kepada tepung naik sendiri (selfraising flour)..makanye begini ler kejadiannye.. agak montok & gebuss uu! garing diluar lembut didalam.. resipi main agak2 je la ek..

RESIPI JEMPUT2 PISANG GEBU
sumber- inahar's cooking time

Bahan2:
5-6 biji pisang berangan masak ranum
1 cawan tepungberserbuk penaik (selfraising flour)
1/2 cawan gula (agak2 la..ikut suka)
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara:
campurkan semua bhn diatas kecuali minyak.kacau sebati . panaskan minyak dgn api sederhana dan kemudian jemputkan adunan pisang tadi guna sudu @ tangan ikut suka kedalam kuali. goreng hingga warna gelap keemasan. Siapp!

Saturday, July 28, 2012

SAMBAL GORENG JAWA


Assalamualaikum..ni lagi satu menu wajib bulan pose nih..hehe! malam tadi pn. doc masak banyak2 wat stok lam peties..leh makan masa berbuka ngan sahur nnti! kalu sahur pekena nasi panas ngan sambal tempe ni ngan telur masin pun dh cukup ummpph! adehh..terliurla pulak tgh menaip entry ni kt klinik..hahaha!!

Resepi sambal tempe goreng jawa
sumber: inahar's cooking time

2 bungkus tempe-potong dadu
1 biji kentang-potong dadu

segenggam ikan bilis

1 biji bawang besar

2 biji bwg putih

1-2 sudubesar cili giling

sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang

air asam jawa

garam

gula

perasa (ikut suka)

Cara penyediaan

1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng.
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus.
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Masak seketika kemudian masukkan tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat.

Friday, July 27, 2012

SOSEJ ROLL SALUT NESTUM



Ni menu sempoi yg menjadi feveret anak2 terutama si Adam..dia hanya berbuka ngan sosej roll ni jek tadi sampai kenyang..x mau mamam nasi dah..tu laa mmg dah tau dah wat sosej roll ni mmg laku walaupun di bulan pose..huhuu!! anak2 sgt suker roll salut nestum banding ngan breadcrumbs..sbb lagi harum baunye..fuhhh!! tapi kali ni tak taruh cheese slice sbb xder stok kt dapur tu! pepun kalu nk tgk resipi kt entry lama ada kt sini ye! xperlaa pn. doc rajin nk cnp balik kt sini..jom semak resipi...

RESIPI CHEESE SOSEJ ROLL  
resipi : kak ina kl
sumber: inahar's cooking time 

Bahan-bahan:
  • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya (kita x buang pun..hehe)
  • 8 sosej ayam @ daging
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • sedikit serbuk lada sulah- tak letak
  • breadcrumbs (serbuk roti) - kita guna nestum
  • minyak untuk menggoreng
  • slice cheese
  • sedikit tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. (kita guna bancuhan telur jek)
Cara-cara
  1. Gelek roti hingga nipis/leper.
  2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-(akak gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
  3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak kemas
  4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
  5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah dicelup dengan telur kedalam breadcrumb.(nestum)
  6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
  7. Dah siap..enak dimakan bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer.. 

Thursday, July 26, 2012

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU



Assalamualaikum semua..alhamdulillah hari ni first time pn. doc dapat berbuka di rumah setelah 5 hari terpaksa berbuka di klinik kerana bertugas..arini cuti sehari bolehla kita masak2 utk family tercinta kan..ayam perap masak merah madu ni dh pernah buat few times sebelum ni.. resipi dh ada kt sini.
anak2 cukup suker ayam masak merah tp ayam yg ni berbeza sikit sebab ayam tu diperap ngan rempah sedikit sebelum digoreng..so rasanye pun sedikit berempah..kalu uolls nak kelainan resipi bolehla mencuba resipi ini ek!


AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
resipi : Majalah SAJI

sumber 1: ummi

sumber 2: inahar's cooking time

Bahan:-

  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)-kita guna sos tomato kimball 5-6 sb.
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.                                                                    

Friday, July 20, 2012

MEE UDANG SEDAP


Assalamualaikum..pn. doc kembali bersiaran..alhamdulillah! mee udang ni wat semalam..uolss layan mata jerlaa sbb dh abih punn..hehe! resipi yg sedap dari dapur wana..tenkiu ye wana for sharing! Oh iye..buat semua kengkawan muslim..kita ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan nan mulia..semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dgn tenang dan sabar..insyaallah..amin! so..jom kita semak resipi..

RESIPI MEE UDANG 
resipi - wana
sumber- inahar's cooking time


1 kilo mee kuning
800g – 1 kilo udang sederhana ( ikut suka… lg banyak udang lagi best)
4 biji telur di pukul ( untuk pekatkan kuah) - (kita x letak)
200 g sawi ( di celur )
200 g taugeh ( dicelur )
daun bawang
daun sup
3 keping tauhu ( goreng dan hiris nipis )
telur rebus ( jika suka)
limau kasturi
bawang goreng
Bahan kisar
15-20 biji cili kering ( buang biji dan direndam)- kita guna cili giling readymade
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 sudu besar udang kering
Bahan Sos
10 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos stock ayam maggie (kita guna kiub ayam knorr)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara penyediaan
1. Udang  di kopek dan asingkan isi dan kulitnya. Kisar atau tumbuk kulit dan kepalanya hingga pecah kemudian campurkan 1.5 – 2 liter air untuk dijadikan stock udang.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak kemudian campurkan bahan sos dan stok udang. Didihkan selama 10 minit.
3. Masukan telur yang di pukul. Kacau sebati. Kemudian sekali masukkan udang. Masak 3-4 minit, sesuaikan rasa bolelah di tutup api.
4. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk bersama sawi, taugeh bawang goreng, cili hiris, tauhu goreng, telur rebus dan limau yg telah di potong.
5. Tambahkan kuah dan udang keatas mee dan bolehlah dimakan. Sedap dimakan dengan sos kicap cuka bercili.
Sos Kicap cuka bercili
10-20 biji cili padi
10 sudu makan kicap manis
2 sudu besar cuka
Cara penyediaan
* Satukan semua bahan dan letakkan dalam satu bekas. Hidangkan bersama mee udang tadi.



Sunday, July 15, 2012

MAKAN2 @ FISKE STEAKHOUSE

Assalamualaikum..dh lama xder entry JJCM kan? bukan apa selalu gak pn doc pi makan luar tp kalu xde yg spesel maleh nk entry kt blog..tp kali nih kita nk citer psl FISKE STEAKHOUSE ni yg terletak di AU2 Keramat..bangunan kedainye agak unik cam rumah kaca terletak di area medan selera keramat au2 berhadapan ngan bangunan kilang2 kt au2 tu..kedai ni dh selalu nmpak cuma x pernah singgah jek..tp bila terbaca kt harian metro minggu lepas psl betapa istimewanya menu western kt sini..kami pun apalagi terus tak sabar2 nk menerai makanan kt sini..mmg betul bagai diwar2kan oleh wartawan akhbar tu..menu2 westernnya mmg marvellous mcm makan kt hotel 5 bintang tp dgn harga yg sgt bajet..(owner adalah chef di shangrila hotel kalu x silap)..esp. signature dish diorang ie mix grill & special chicken grill/chop mmg terbaekk! harga mmg murah sbb setiap hidangan mmg sgt besar portionnye disertakan side dishes yg banyak..

jom kita zaas foto2 dibawah ni.....
 


Mix grill dihidangkan secara bertingkat daging ayam,lamb & beef bersekali ngan baked potato,whipped potato,salad tomato,coleslaw & baked bean..amik ko..x larat nk abihkan sorang..mmg terlebih kenyang!!

special chicken grill lak dihidang ngan baked potato,whipped potato(kentang x nmpak sbb terhempap dek ayam tu..hehe!),salad siap ngan semangkuk kecil pasta bersos putih/carbonara..mak aihh..mmg terbaek!

mix grill tu harga hanya rm 20 dan chicken grill set tu hanya rm 14.00..murahkan..kan..kan! kami gak try mushroom soup & garlic bread set yg berharga rm3.90 jek..pun sedap!! kalu uolss nk tau harga makanan kt sini paling mahal pun hanyala RM20..mmg tersgt berbaloi-baloi!lupa nak cakap..servis pun sgt cepat..pas order x sampai 2 minit air dh sampai pastu x sampai 10 minit..makanan pun sampai..very the fast one..i loikke..hehe!

 air coconut mango yogurt yg sgt yummy..hanya rm4.90! 
 
nak makan kt sini xyah pakai baju cantik2 cam nk pi hotel kay..pakai bese2 jek tp makan makanan cam kt hotel 5 star..hehe! kalau dulu asik makan western kt That Little Gerai AU5(boleh tgk entry di sini )..kali ni bolehla tukor2 selera di FISKE Steakhouse ni pulak..kan! oh iye..bg mereka yg tak gemar menu western..ada gak pilihan menu asam pedas melaka berserta set nasi putih..okayla kan ada gak pilihan lainkan! so..kita mmg rekomen sgt uolss makan disini..trylaa..kepada kengkawan2 blogger yg duk area wangsa maju & keramat ni harusla menyinggah kesini..wajib try tau..hehe!




Monday, July 9, 2012

DURIAN CREAM LAYER CAKE

  Alhamdulillah..berjaya gak pn. doc membaking kek span berkrim durian ala2 secret recipe punyer tu..fuhh! kek ni dibuat sempena majlis besday anakandaku kak ayin yg ke16 tahun pd 7/7/2012 yg lalu tp majlis tu kami sambut awal sehari iaitu pd hari jumaat malam yg lalu  di rumah my mom. foto kek yg telah dipotong pun diambil tergesa2 sbb kecoh sembang & makan2 sampai terlupa nk snap foto pas dibedah..foto yg ada mmg amik masa last minute selepas hampir licin kek tu kena bedal..hehe! pepun this durian cream layer cake mmg terbaekk! semua pun bg thumbs up..sebenarnye mudah je pun nk wat sbb guna kek span jek pastu utk filling tu kita wat durian mousse & sapu keseluruhan luar kek tu ngan whipped cream@fresh cream..siaapp! pepun takpela sbb pn doc tgh rajin ni kita taip resipinye ye..jom kita zaass!!..

DURIAN CREAM LAYER CAKE
sumber- inahar's cooking time

1 biji kek span perisa vanilla/plain
filling krim durian
whipped@fresh cream utk hiasan-pukul kental

Resipi kek span (kita buat satu+sepertiga adunan-guna loyang 10")

  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (kita ganti susu segar)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus , dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
  6. Bila sejuk boleh hias ikut suka.
Resipi durian cream filling
250 gm whipped/fresh cream
200 gm isi durian 
1/2 tsp gelatin
2 tbs air

cara-Untuk krim durian - pukul whipping cream sampai bertanduk . Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.gelatin dicampur air dan dipanaskan dlm microwave sebentar.kacau hingga larut. akhir sekali campurkan larutan gelatin tadi ke dlm krim durian tadi.kacau rata dan ketepikan. 

Untuk hiasan
300 gm whipped/fresh cream- dipukul kental

Cara menyusun kek:
 1. kek span dipotong 3 lapis kemudian lapiskan dgn durian filling di setiap lapisan kek.
2. sapu whipped/fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut suka.
3.sejukkan dalam peti sejuk lebihkurang sejam sebelum di hidang.
 
 
 

Sunday, July 8, 2012

PULUT & PULUT LAGI...

 pulut cawan manis

pulut kelapa ikan masin

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu wat semua ya! alahai jangan marah ye uolls..pn doc masih lagi demam pulut tak habis2 lagi..hehe! kali ni kita tanak pulut pastu sebahagian nye kita gaul ngan gula masa panas2 tu kemudian kepalkan bentuk bulat ke cawan ke dan salut ngan kelapa (telah campur sikit garam ye) di bahagian luarnye..maka jadila pulut cawan manis. lebihan pulut tanak yg plain tu lak kita makan ngan kelapa & ikan masin lak..okay tak?? fuhhhh..sedaap wehh tp ngeri gak takut sakit pewut kembong lak pasnih..huhuu!!

Thursday, July 5, 2012

PULUT SANTAN DURIAN

Alhamdulillah..sedaapnyer dapat mamam pulut durian cenggini..pergghh! pn doc dh bedal 2 mangkuk tadi..hehe! sowiiii aar..korang leh layan mata jerla ek..tp kan la nih kan musim durian..senang jek uolls nak wat dessert durian cenggini. x yah resipi bagai cuma tanak pulut dgn santan serta sedikit garam kemudian masak kuah santan dicampur ngan sedikit garam, gula & daun pandan (kita tambah sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah). bila dh siap bolehla dihidangkan bersama buah durian segar..fuhh!! sedaap x terkata uu..huhuu!! daaaaa..


Wednesday, July 4, 2012

PAPRIK AYAM



Assalamualaikum..ketemu kembali kengkawan semua..moga semuanye pn sihat walafiat hendaknya ya! arini pn doc masak sempoi jek..tgh cuti tp rasa maleh nk masak2 bagai so kita masakla salah satu menu feveret my doter sri..paprik ayam..senang dimasak senang di mamam..hehe! jom semak resipi..boleh gak tgk entry lama kt sini.

RESIPI PAPRIK AYAM
resipi asal- makyong @ myresipi
sumber 1- hana
sumber 2- inahar's cooking time


Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda (x letak sbb xde stok)
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.