Saturday, October 26, 2019

BREAD & BUTTER PUDDING

Assalamualikum..jom berdessert pulak. Bread & butter pudding ni di buat minggu lalu dan menjadi kesukaan seisi keluarga. This is a keeper recipe and korang wajib try ye. Pudding ni hanya dimakan bersama sos koktel jer. Tak buat sos kastad pun sebab puding roti ni pun dah cukup lemak berkrim..takut nanti muak pulak kan. So maman ngan sos koktel pun dah okay..cukup masam manis nye dah. Nyum..nyum..nyum. Alhamdulillah..

RESEPI BREAD & BUTTER PUDDING
sumber: inahar's cooking time
BAHAN2 NYA:

10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)
butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla
Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)

Hasilnya amat memuaskan hati sbb rasanya yg tidak begitu manis dan sangat lembut lembap texturenya ala2 caramel puding. Sangat enak dimakan bersama aiskrim dan fruit cocktail..mmm yummy!
Dibawah ni kita sertakan juga resepi sos kastad untuk rujukan bagi mereka yang gemarkan makan puding ni bersama sos kastad
Untuk Sos Kastad Koktel 
1 tin fruit coctail beserta jusnya
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula (manis ikut suka)
1 sudubesar tepung kastad
secubit garam
cara2:
Kacau rata semua bahan dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dalam petiais. bila sejuk bolehla dihidangkan bersama puding yg telah disediakan tadi. Layan..

Friday, October 25, 2019

SPAGHETTI GORENG TUNA PEDAS

Assalamualaikum..kembali berpasta lagi. Arini kita nak kongsikan resepi spagheti goreng tuna pedas ni..memang pedas u sebab kita tersilap beli hot spicy chilli tuna paling podeh (5x chili) brand ayam tu..adehhh! Podeh yang amat..bagi yang kurang gemar pedas boleh la guna tuna biasa atau less spicy tuna ke. Amik ko berair hidung bagai masa makan tu..hihi! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI SPAGHETI GORENG TUNA PEDAS
sumber - inahar's cooking time
BAHAN-BAHAN:
1 peket spagheti | direbus
2 tin tuna dalam tin (guna hot spicy tuna cili brand ayam)
1 tin cendawan butang | dihiris
2 biji bawang besar | potong dadu
5 biji bawang putih | cincang halus
3-4 biji tomato | dicincang
1/2 sudu teh herba Itali (mixed herbs)
5-7 biji cili padi-ikut kesukaan (tak letak sebab dh mmg podeh guna tuna spicy tu)
satu sudu besar lada hitam kisar
daun ketumbar secukupnya
minyak untuk menggoreng
Sedikit parutan keju parmesan
Garam /perisa secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris sehingga naik baunya.
2. Masukkan bawang putih dan goreng hingga keperangan.
3. Kemudian masukkan cendawan bersama cili padi dan biarkan masak seketika.
4. Perasakan dengan garam dan herba Itali secukupnya kemudian gaulkan rata.
5. Masukkan tuna bersama tomato cincang dan biarkan masak seketika.
6. Setelah itu masukkan pasta, daun ketumbar dan gaulkan rata. Biarkan sehingga sebati dan angkat.
7. Taburkan keju parmesan di atasnya dan hidangkan.

Wednesday, October 23, 2019

SPAGHETTI AGLIO OLIO DAGING

Assalamualaikum.dah lama kita tak berpasta kan. Jadi jom kali ini kita masak spagheti aglio olio dengan daging..memang enak banget! Resepi yang simple yet so delicious..korang boleh try ye nanti. Jom kita zaass resepinye yok!

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OILO DAGING
sumber - inahar's cooking time

BAHAN2:
500 gm spaghetti yg telah dicelur
2-3 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
1 mangkuk daging cincang
1 tin Button mushroom (ikut suka)
2 biji tomato - potong dadu
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)-x letak pun sbb xde stok
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi -ikut suka
garam secukup rasa
perisa
sedikit parmesan cheese
Chili flakes (jika suka)
Cara :
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk daging cincang Setelah daging masak masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, serbuk lada hitam,cili padi, oregano , tomato, daun parsley dan perisa.Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah sedikit air juga minyak zaitun.
taburkan sedikit parmesan cheese powder juga chili flakes jika suka diatas spagheti semasa menghidang! wallaaa!!

Monday, October 21, 2019

KARIPAP INTI DAGING & TELUR REBUS YG ENAK

Assalamualaikum..alhamdulillah dapat kita membuat karipap istimewa ni utk jamuan kecil2an di rumah bonda pada hari minggu yang lalu. Karipap inti spesel sikit sebab kita tambah potongan telur rebus selain dari inti daging dan kentang. Memang sedap dan mendapat sambutan ramai..sampai tak cukup pulak you..hihii! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI KARIPAP INTI DAGING & TELUR REBUS
sumber - inahar's cooking time


Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye
Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti daging serta potongan telur rebus. Goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.
Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
250 gm minced meat secukup
sedikit mixed vege
minyak untuk menumis
garam
gula
perisa
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
Telur rebus potong 4 atau ikut suka (optional)
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, mix vege, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Bubuh sedikit air untuk bagi daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

Wednesday, October 16, 2019

AYAM MASAK MERAH KEGEMARAN



Assalamualaikum..arini kita kongsikan resipi menu paling digemari di rumah kami ni haaa. Menu wajib ayam masak merah kegemaran keluarga, menu yang dimasak hampir setiap minggu youuu! tanpa jemu..hihii! Resepi bonda yang mudah dan sedap. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye!

RESIPI AYAM MASAK MERAH
sumber - inahar's cooking time 

1 ekor ayam potong kecil ikut suka, cuci bersih dan lumur garam kunyit kemudian goreng 
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang besar-kisar
2 biji bwg putih-kisar 
1 inci halia- ketuk saje
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 botol kecil sos tomato..(kita guna jenama kimball) 
2 sudu besar sos tiram
cili hidup potong @cili api ikut suka

2-3 sudu besar gula
garam
minyak
perisa jika suka

Cara-

Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar & halia sampai naik bau . Kemudian masukkan cili giling, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sos tomato,sos tiram ,gula,garam , ayam goreng & cili potong juga hirisan bawang besar . Masak sampai mendidih, jika kuah pekat sgt bolehla tambah air sikit(anak2 suka lebih kuah sambalnye..selalu pun kita mesti lebihkan sosnya utk digaul ngan nasi..barula terasa masak merahnye)

p/s Jika masak untuk jamuan yang istimewa sedikit eg kenduri, jamuan raya dimakan bersama nasi berperisa kita akan tambah sedikit kayu rempah 4 sekawan semasa menumis masakan ni.

Monday, October 14, 2019

IKAN TALAPIA GORENG BERLADO


Assalamualaikum..masih lagi menu tertunda iaitu ikan talapia goreng berlado podeh..kegemaran kami sefamily. Alhamdulillah memang sodap! Simple yet delicious. Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI IKAN TALAPIA GORENG BERLADO
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
2 ekor ikan talapia sederhana besar- siang dan cuci bersih dengan air asam jawa@limau nipis. Potong ikut suka. Kemudian lumur garam kunyit dan goreng garing.
1 biji bawang besar- potong bulat
1 biji tomato- cincang dadu

daun limau dihiris halus- jika suka
garam & gula secukupnye
sedikit air asam jawa
minyak utk menumis


Bahan kisar kasar
5 biji lada hidup merah

5 biji laa hidup hijau
10-15 biji cili padi

1 biji bawang besar
5-6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan- optional


Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan naik minyak. Masukkan tomato cincang, air asam jawa juga garam gula, tumis lagi hingga agak pekat. Akhir sekali tambah potongan bawang besar juga hirisan daun limau purut dan kacau sebentar. Setelah masak boleh lah dicurah ke atas ikan talapia yang sudah siap digoreng tadi. Siap! 

Saturday, October 12, 2019

SOTONG GORENG BEREMPAH


Assalamualaikum..ni menu yang dah lama jugak di masak tapi kita baru nak updet resepinye..hihii! Menu yang mudah dan sedap. Boleh juga gantikan sotong tu dgn udang ye..ikut suka korang. Yang penting hasilnya memang sedap. Jom kita zaas resepinye yok!


RESIPI UDANG BEREMPAH

Bahan-bahan :
300 gm sotong segar (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan) 
1 tangkai daun kari
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili / cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1 labu bawang besar (dimayang)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dicincang)
4 sb santan pekat / susu cair
garam dan gula secukup rasa
1 sb sos tomato
1 biji hirisan cili merah

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)


Friday, October 11, 2019

PANCAKE SEDAP

Assalamualaikum..ajomm kita bekfes ngan pancake gebus gebass nih. Dah lama tak buat pancake homemade. Resepi ni memang a keeper recipe. Terbaikk..soft dan gebuss yakmat. Kami makan dengan sos gula melaka jer sebab maple syrup dah abih stok kt dapur. Jom kita zaas resepinye..

PANCAKE GEBU
resepi asal - Hajar
sumber - inahar's cooking time

6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam


Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

Thursday, October 10, 2019

NASI ARAB MUDAH

Assalamualaikum..ketemu lagi kita ye! Pekabo semua? Moga semua baik2 ajer ye. Insyaallah..
Okay arini nak berkongsi resepi nasi arab mudah yang dimasak beberapa minggu lepas. Guna jer resepi ni kalu tiada rempah kabsa atau rempah arab kt dapur nun. Memang mudah dan insyallah sodap! Jom kita zaas resepinye ye..

RESIPI NASI ARAB MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan
2 cawan basmathi- direndam 20 minit, cuci dan tos
3 cawan air - boleh guna air rebusan/stok ayam
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 sudubesar serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1/2 suduteh serbuk lada hitam
garam dan perisa/kiub ayam(jika suka)
sedikit kismis
daun ketumbar
minyak masak 
minyak sapi

Bahan tumis
3 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 labu bawang besar- dimayang
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 suduteh lada hitam biji

Cara
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan semua bahan tumisan hingga wangi.
Masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dgn sedikit air. Tumis lagi hingga sedikit garing.
Masukkan beras, cili hijau, daun ketumbar, kismis, air serta garam perisa. Didihkan hingga kering (boleh sambung masak dalam ricecooker seperti biasa). Bila nasi masak gemburkan dan boleh dihidang bersama taburan daun ketumbar/sup serta bawang goreng bersama2 lauk kegemaran.

AYAM BAKAR
1 ekor ayam (dipotong 6-8 ikut suka) direbus bersama potongan bawang, bawang putih, halia, daun bay kering, 1 sudu kecil biji lada hitam. Siap merebus keluarkn ayam dari air rebusan. Lumur kunyit, garam, gula, sos tiram, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar/jintan manis/jintan putih serta sedikit pes bawang , bawang putih serta halia Biarkan sebentar dan bolehla dibakar ayam dalam oven api 180c sehingga kuning keemasan. Tuang minyak sedikit atas ayam semasa membakar(Saya grill sebentar atas dapur nak bagi garing luar ayam tu sikit)


Acar timun tomato 
timun - potong dadu nipis  
tomato - potong dadu kecil  
bawang besar- potong nipis  
cili merah/hijau - potong halus  
cuka garam gula 
Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi.
 
SOS SALATA HARA
sumber- wana 

( resipi asal : Arabic Bites )
3 biji tomato cincang.

1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah
garam.
sedikit gula


Cara Penyediaan Sos Salata Hara:
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.

** sedia utk di hidangkan bersama nasi arab/kabsa.







Saturday, September 14, 2019

MEEHOON GORENG SEMPOI


Assalamualaikum semua..kembali lagi bersiaran kita ye..hihi! Okayla ni menu weekend yang lalu..meehoon goreng sempoi atas permintaan anak2. Kebetulan anak2 semua balik bercuti kan..Diorang kata ibu dah lama tak masak meehoon goreng kt rumah..alahai anak2 ibu! Nah ni ibu dah masak ni..korang makan puas2 ye semua. Alhamdulillah..
Jom zaas resepi yg sempoi nih..

RESIPI MEEHOON GORENG

Bahan:
400gm meehoon (satu bungkus)- direndam hingga lembut
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
segenggam ikan bilis* (boleh juga guna udang kering)
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
udang, sotong (ikut suka)
taugeh
sawi secukupnya
garam
minyak untuk menumis
perisa (jika suka)
bawang goreng/daun sup/daun bawang/potongan limau kasturi - hiasan

cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan pula udang dan sotong. Goreng hingga empuk kemudian tambahkan sos tomato & sos tiram.
Akhir sekali masukkan meehoon, garam juga perisa dan goreng hingga masak rata. Bolehlah dihidangkan bersama hiasan bawang goreng , daun sup/bawang juga limau nipis.
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang. Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Wednesday, August 28, 2019

LONTONG JOHOR YANG ENAK..


Assalamualaikum..baru berkesempatan utk updet menu lontong ni yang dimasak pada hari raya aidil adha yang lalu. Ini adalah  masakan oleh adik saya di rumah bonda. Alhamdulillah mendapat sambutan ramai sebab kami dah lama tak masak lontong homemade nih. Memang puashati  la.. Jom kita zaas resepi yg mudah ni..

RESEPI LONTONG JOHOR

sumber- inahar's cooking time

5 tangkai kacang panjang. hiris serong

1 biji kentang, kupas dan potong kiub
1 batang lobak merah saiz kecik, hiris nipis
2 keping tauhu, dipotong kiub
2 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub
1 biji terung ungu saiz sederhana, dipotong kiub dan rendam
Tauhu kering @ fucuk selebar 2 tapak tangan, dipotong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong kecil, rendam
sedikit soo hoon, cuci dan kerat pendek
1/4 bahagian kubis bulat, hiris kecil, cuci dan toskan
Santan secukupnya - saya guna santan peket segera
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perisa (optional)
Air panas jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

7-8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras, hiris
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan

BAHAN-BAHAN LONTONG :-)

Lontong daun pisang secukupnya (boleh guna nasi impit atau ketupat)
Telur rebus secukupnya
Sambal tumis (atau sambal kacang)
Serunding kelapa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LODEH :- Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Tuang santan , kacau dan biarkan mendidih. Masukkan bahan2 yang keras dahulu seperti lobak merah, kentang, sengkuang, tempe dan tauhu kering (toskan dulu airnya). Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi lembut sedikit.
  2. Tambah kacang panjang, kobis, terung (toskan airnya) dan kacau rata. Biarkan menggelegak, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air panas. Masukkan soo hoon yang dikerat pendek tadi. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan mendidih dengan api sederhana sambil dikacau perlahan. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  3. UNTUK MENGHIDANG LONTONG :- Potong lontong pada saiz kecil dan masukkan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang secukupnya kuah lodeh bersama2 isinya sekali. Taruk telur rebus, serunding kelapa dan sambal tumis. Boleh hidangkan. Biasanya di Johor, lontong dihidangkan sebagai sarapan pagi....Selamat mencuba!!..

Tuesday, August 27, 2019

NASI MINYAK SEMPOI

Assalamualaikum..arini baru berkesempatan nak kongsi menu weekend lepas iaitu nasi minyak sempoi diganding bersama ayam goreng,  sambal telur rebus dan salad jer. Okayla kan..kenyang kami anak beranak..hihi. Alhamdulillah..resepi nasi minyak ni dah selalu kita kongsi tapi takper kita cnp lagi bagi mudah semua pengunjung ye..

RESIPI NASI MINYAK SEMPOI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit.
5 cawan air 
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
pewarna kuning - saya tak letak

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, susu, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan pewarna kuning (kita tak letak pewarna pun). Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Saturday, August 24, 2019

KARIPAP SARDIN

Assalamualaikum..jom minum petang yok sambil layan karipap sardin pepanas nih..nyum..nyum nyum! Alhamdulillah. Jom zaas resipi..entry lama epok epok sardin kt sini ye.

RESIPI KARIPAP SARDIN
Sumber - inahar's cooking time


Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.

Inti Sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih - parut halus
2 biji lada merah/hijau - hiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 tin sardin (cap ayam) - racikkan isi ikan
minyak untuk menumis
garam
Aiir perahan limau/asam jawa secukupnya
perisa (optional)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu, bawang putih, lada merah dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar tumis garing . Masukkan pula isi ikan sardin beserta 2-3 sudu besar sos sardin dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan air asam, garam dan perisa. Kacau rata dan biarkan masak sebentar. Sejukkan sebelum digunakan.

Wednesday, August 21, 2019

CEMPEDAK GORENG RANGUP


Assalamualaikum semua..bertemu kembali Pn Doc yang begitu lama menyepi.hehe! Moga semua kita dikurniakan kesihatan yg baik juga rezeki yang melimpah ruah..Aamiinn. Sorry la dah lama tak menjenguk dapur cyberku ini sampai dah hampir lupa password dah..alahai! Ok memandangkan sekarang tengah musim buah  cempedak jadi moh ler kita melayan cempedak goreng rangup yg sedap ni wehh..gumuks2 ulas cempedak tu. Memang puashati mamam..Alhamdulillah. Jom kita zaas resepi sempoi ni..

Resipi cempedak goreng rangup
sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar minyak
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
1/2 sudu kecil air kapur 
Air secukupnya

Cara cara:

Satukan semua bahan di atas dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan. Goreng cempedak dengan minyak yang banyak dan cukup panas. Siap!

Friday, April 12, 2019

Kuah Kacang Daging Istimewa

Assalamualaikum..hollaa!! Arini Pn Doc nak share resepi menu istimewa ya..nasi himpit dimakan bersama kuah kacang daging resepi keluarga yang sangat sedap! Orang johor kalu masak kuah kacang mesti campur daging atau ayam kan..bagi lagi uummphh dia punya rasa! Eh rasa cam hari raya pulak ye..hihi! Ialah kan bulan ramadhan dah menghampiri sangat..tak sampai sebulan lagi pun! Korang dah abis ke qada' puasa? Hihii..okayla jom kita zaass resepinye yok!
Entri lama boleh lihat kt sini dan sini tp takpe kita copy balik kt sini..jom layaan!

RESIPI KUAH KACANG DAGING 
sumber: inahar's cooking time


bahan2:


700-1000 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk 
1 kg kacang tumbuk
 
3-4 biji bawang besar (blend)
 
1-2 ulas bwg putih 
 
3 inci halia (separuh 
blend,separuh ketuk) 
10-14 batang serai (serai mesti bnyk,klu tidak rasa dan bau kuahnya tak naik..hendaklah di blend 5 btg, selebihnya diketuk shj)
 
5 sudu besar cili giling (ikut kepedasan di sukai)

lengkuas sikit aje  
2-3 keping asam keping
 @ air asam jawa
11/2-2 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 2 paket)
 
gula (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu x mmg kureng rasanya..selalu akak main campak aje..agak2 lbhkurang 6-7 genggam jugaklah @ lbhkurang 3 senduk nasi kot!.)

garam secukup rasa 

serbukperisa (option) 
air
 
minyak utk menumis


cara masaknya mcm biasa tumis bhn2 yg di blend sekali ngan halia,serai ketuk then letak cili..tumis sampai garing..lepas tulah bolehlah dimasukkan kacang,santan,daging, asam keping..last sekali garam,gula..masak sampai mendidih..klu pekat sgt tambahlah air..
rasa kuah ni berbeza sikit dr kuah kacang biasa sbb penggunaan serai yg banya
k,tambahan daging dan garamgula nya kenalah ngam amaunnye..he..he.
kuah ni mmg sedap di makan ngan ketupat nasi/nasi impit..nk campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pn mmg sesuai sgt..
ha, nnti korg cubalah yek!

Wednesday, April 10, 2019

CUCUR TELUR SEDAP

Assalamualaikum..menu petang yang paling kerap Pn Doc masak iaitu cucur telur yg sangat digemari seisi keluarga. Sangat mudah nak membuatnye dan semestinye sodap! Kejadian cucur yang amat gebu, lembut didalam tapi rangup di luar. Sesuai dicicah dengan sos cili juga kuah kari/kurma ataupun sambal bilis. Perghhh tak sedar dah makan berbiji-biji jadinye..hihiii! So jom kita zaas resipi yang sempoi sangat nih!

Resepi Cucur Telur
Sumber - inahar's cooking time

Bahan2
3 cawan tepung gandum
4-5 biji telur
Garam 
Perisa (optional)
Air secukupnye


Bancuh semua bahan di atas sehingga sebati. Panaskan minyak yg banyak. Goreng adunan jemput dgn api sederhana hingga warna perang keemasan. Bolehla diangkat dan toskan. Siap. Bolehla di makan bersama cicahan sos cili, kuah kari/kurma atau sambal bilis..semuanye pun sodap! **Lebih banyak telur akan menghasilkan cucur yg lebih lemak dan gebu. 

Monday, April 8, 2019

SPAGHETI BOLOGNESE KEGEMARAN KELUARGA..


Assalamualaikum..jom kita berpasta kengkawan! Menu pasta paling digemari oleh anak2 iaitu spagheti bolognese daging. Sangat mudah dan sedap! Jom zaas resepinye yok!

RESIPI SPAGHETI BOLOGNESE
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball-tambah jika suka (tak tambah sbb takda stok)
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2-3 biji tomato (dipotong dadu)
3-4 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air (kurang lebih)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!

Cara-cara
Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional)serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.

Tuesday, April 2, 2019

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA

Assalamualaikum..Alhamdulillah bersua lagi kita di dapur maya ni ye. Arini jom kita makan ayam goreng pedas fefeling korea sikit..ececee! Hihii..okayla ni sebenarnya atas request anak2 dok minta nak makan ayam goreng pedas ala korea tapi versi malaysian la kaann..hihii! Maksudnye untuk sos sira ayam tu kita omit ler sos gochujang tu sebab my hubby tak suka perisa sos tu. So jadi la ayam goreng pedas alaa malaysia la pulak..eh! macam2..hahaha! Jom zaaasss resepinye yok!!

Ayam goreng pedas ala korea
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan Perapan Ayam:

10 ketul chicken wing-potong dua
Sedikit halia ditumbuk
Lada Hitam
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung


CARA-CARA MENYEDIAKAN 
Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya lagi rangup. 


Bahan-bahan sos :

Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus
2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari)
1 sudubesar sos tiram
Madu
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit cuka atau jus lemon
Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan)
Minyak utk menumis


CARA-CARA MENYEDIAKAN
Tumiskan bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!