Saturday, September 14, 2019

MEEHOON GORENG SEMPOI


Assalamualaikum semua..kembali lagi bersiaran kita ye..hihi! Okayla ni menu weekend yang lalu..meehoon goreng sempoi atas permintaan anak2. Kebetulan anak2 semua balik bercuti kan..Diorang kata ibu dah lama tak masak meehoon goreng kt rumah..alahai anak2 ibu! Nah ni ibu dah masak ni..korang makan puas2 ye semua. Alhamdulillah..
Jom zaas resepi yg sempoi nih..

RESIPI MEEHOON GORENG

Bahan:
400gm meehoon (satu bungkus)- direndam hingga lembut
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
segenggam ikan bilis* (boleh juga guna udang kering)
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
udang, sotong (ikut suka)
taugeh
sawi secukupnya
garam
minyak untuk menumis
perisa (jika suka)
bawang goreng/daun sup/daun bawang/potongan limau kasturi - hiasan

cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan pula udang dan sotong. Goreng hingga empuk kemudian tambahkan sos tomato & sos tiram.
Akhir sekali masukkan meehoon, garam juga perisa dan goreng hingga masak rata. Bolehlah dihidangkan bersama hiasan bawang goreng , daun sup/bawang juga limau nipis.
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang. Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

6 comments:

  1. Assalam,
    ni bukan kategori mee hoon sempoi, tapi cukup lengkap segalanya ada.... warnanya pun cantik menggoda selera!

    ReplyDelete
  2. Amie..hahaha..tu la klu masak homemade utk ahli keluarga tersayang..mmg bg puashati kat tekak semua kan.

    ReplyDelete
  3. Sempoi-sempoi pun kemain cantik kejadiannya 😋😋😋

    ReplyDelete
  4. K.sweetie..yg sempoi dah homemade mmg plg enakkan kak..hihi

    ReplyDelete
  5. K.laili..masak sendiri tu..bese2 jer kejadiannye tu kak..hehe

    ReplyDelete