Wednesday, February 25, 2015

OREO CHEESE CUPCAKE

Assalamualaikum..taraaaaaa!! Dah lama tak mengecissss..oreo cheese cupcake ni mmg sgt mabeless! Conpom sekejapan jek licin..hehe! resipi dah pernah pos di sini. Jom kita zaasss..

Oreo Cheesecake Cupcake 
resipi: resipi citarasawan 
sumber: inahar's cooking time 

Bahan-bahan 
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang krimnya-nak guna krimnye pn boleh) 
250gm cream cheese - suhu bilik 
30gm mentega 
100gm gula kaster 
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanila 
50gm serbuk oreo 
1 sudubesar tepung (kita tambah) 
Hiasan : Serbuk oreo secukupnya (kita guna kepingan oreo jek) 

Cara-cara : 
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar). Ketepikan dahulu. 
2. Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul. Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati. 
3. Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya. Kemudian pipekan ke atas biskut oreo. 
4. Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.





Tuesday, February 24, 2015

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES

Assalamualaikum..first of all nak minta maaf la ye..ni kira throwback entryla ek..baru sekarang nak post..kihkih! Ni kek yang dibuat masa cuti sekolah disember lepas(adoii lama benor wehh) sebagai ole-ole dibawa bercuti ke JB..minta maaf la tak dapat nak snap potongan keknya sebab ia dibawa sebagai ole-ole utk diberi kepada rakan juga saudara di sana. Pertamakali mencuba resipi ni beberapa tahun yang lepas..boleh lihat di sini ye. Percutian ke JB yang lalu mmg sgt memorable sebab Pn Doc sempat pi melawat tempat2 nostalgia masa kita membesar di JB dari kecil hingga usia 14 tahun sebelum kami sekeluarga berpindah ke Penang selepas itu. Bergenang airmataku dapat merakamkan gambar2 terbaru (setelah lebih 30 tahun) rumah lama pernah diduduki keluarga kami di Kg Jawa, Jalan Kolam air, Sekolah Rendah Nongchik juga Sek Menengah Sultanah Engku Tun Aminah(SETA) serta sekolah tempat ayahanda mengajar dulu iaitu Maktab Sultan Abu Bakar (English College).. Sangat nostalgia..Okla jom kita semak resipi kek ni yg mmg femes dikalangan blogger masakan suatu masa dulu. Kek yang moist yet gebu..sgt sedap tau! Kepada mereka yg masih belom mencuba..rugi tau! Cuba jangan tak cuba ye..huhu!

RESIPI CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES
resipi - tammysrecipes.com
sumber 1 - ct delima
sumber 2 - inahar's cooking time

Ingredients: 
1/2 cup butter 
1 cup sugar- kita guna 3/4 cawan gula perang 
1 egg 
1 teaspoon vanilla 
1 1/2 cups mashed banana - kita guna 2 cawan pisang lenyek sbb ngam2 nk abiskan stok yg ada didapur) 
1 1/2 cups flour 
1 teaspoon baking powder 
1 teaspoon baking soda 
1/2 teaspoon salt 
1/4 cup baking cocoa- kita ganti dgn chocolate powder 
1 cup chocolate chips 
almond nibs-sendiri tambah

Instructions: 
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well. 3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips and almond nibs.
4. Bake at 350 degrees for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares.
 Jom layann foto2 menarik masa kt JB aritu..

 ABC spesel...terbaek dari ladang!!

 Murtabak cheese meletop kebabom kat Bandar Baru Uda..pergghh!!


 Sek Men SETA JB..Pn Doc sempat bersekolah hingga tingkatan 2 (thn 80-81)

 Sek Keb Nong Chik..dah berubah wajah dari bangunan kayu dulu..skrg dah bangunan batu tersergam indah! Dulu sekolah ni ialah sebuah sekolah jenis kebangsaan (Inggeris). Pn Doc bersekolah di sini dari tahun 1974-1979..


Maktab Sultan Abu Bakar (English College) tempat ayahanda mengajar dulu. Kami tinggal di kuarters sekolah ini hingga tahun 1982 sebelum berpindah ke Penang pula selepas itu.




Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Monday, February 16, 2015

NASI ARAB SEMPOI & AYAM GORENG BEREMPAH


Assalamualaikum..ni menu 2 hari lepas ye! Nasi arab sempoi berlaukkan ayam goreng berempah dan sambal telur lada hidup..alhamdulillah kenyang kami anak beranak mamam wat berbuka pose! resipi main campak2 jek sebab nak cepatkan. Jom kita zaas..

RESIPI NASI ARAB MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan
2 cawan basmathi- direndam 20 minit, cuci dan tos
3 cawan air - boleh guna air rebusan/stok ayam
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 sudubesar serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1/2 suduteh serbuk lada hitam
garam dan perisa/kiub ayam(jika suka)
sedikit kismis
daun ketumbar
minyak masak 
minyak sapi

Bahan tumis
3 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 labu bawang besar- dimayang
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 suduteh lada hitam biji

Cara
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan semua bahan tumisan hingga wangi.
Masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dgn sedikit air. Tumis lagi hingga sedikit garing.
Masukkan beras, cili hijau, daun ketumbar, kismis, air serta garam perisa. Didihkan hingga kering (boleh sambung masak dalam ricecooker seperti biasa). Bila nasi masak gemburkan dan boleh dihidang bersama taburan daun ketumbar/sup serta bawang goreng bersama2 lauk kegemaran.

RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan
1/2 ekor ayam- dipotong sederhana besar
1 sudubesar serbuk kari ayam
1 suduteh serbuk kunyit
1 suduteh serbuk ketumbar
1 suduteh serbuk jintan putih
1 suduteh serbukjintan manis
1 sudubesar cili giling
1 sudubesar tepung goreng ayam
1/2 labu bawang besar- ditumbuk/blender
2 biji bawang putih - tumbuk/blender
halia- tumbuk/blender
sedikit asam jawa
garam
gula
perisa
daun kari

Cara
Gaulkan semua bahan dan perap beberapa jam.
Gorengkan dalam minyak yang banyak hingga garing. Siap untuk dihidang!

Resipi sambal telur lada hidup boleh klik di sini ye!


Sunday, February 15, 2015

PUDING ROTI KARAMEL


Assalamualaikum semua.. selamat bercuti bersama keluarga di pagi ahad yg nyaman ni. Okay arini kita nak kongsi resipi pencuci mulut yang sgt sedap iaitu puding roti karamel. Boleh klik di sini utk melihat entry terdahulu. Mekaceh kepada rosaliza empunya resipi asal serta Nor Ganu yang berkongsi resipi ni..mmg marbeles sgt kejadiannya! Thanx uollss..muuaahs!

RESIPI PUDING ROTI KARAMEL

resepi asal : rosaliza@embunkasih 
sumber1 : K.Nor 
sumber2 : inahar's cooking time 

Bahan-bahan 
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 
4 keping roti gardenia 
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 suduteh esen vanilla

Cara-cara 
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) 


Friday, February 13, 2015

VICTORIA SANDWICH CAKE

 
Assalamualaikum...Innalillahi wa inna ilaihi rojiun DaripadaNya kita datang, kepadaNya jualah kita kembali. Berita pemergian dua orang tokoh yang dihormati juga disegani Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Dato Hasbullah Awang pada hari yang sama semalam amat mengejutkan dan menyedihkan. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan hamba yang beriman dan dikasihiNya. AlFatihah.. 
Okay kembali lagi bersama entry tertunggak..lastweek punyer citer ya! Mentang-mentang stok stoberi segarku masih banyak kan..so apalagi terus operasi victoria sandwich cake yang resipinye dah berkurun ku simpan. Memang tak mengecewakan..kek ini sgt sedap juga tak muak makan disebabkan kehadiran strawberry tu yang mengimbangkan rasa masam manis pada kek ni. Ditambah pulak Pn Doc telah menggunakan cheesecream icing sbg toppingnye..mmg wallaaa! Resipi kek butter juga cheesecream icing adalah resipi yang biasa kugunakan  sebelum ini. So jom zaass resipinye!

RESIPI VICTORIA SANDWICH CAKE

Bahan kek butter

250 gm mentega
250 gm tepung naik sendiri (selfraising flour)
180 gm gula castor
5 biji telur gred A
2 sudubesar susu pekat manis
esen vanilla
secubit garam

Cara
Pukul mentega bersama gula kastor hingga gebu. Tambahkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat juga esen vanilla. Pukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung yang sudah diayak bersama garam secara kaupbalik bagi sebati (hati2 jangan pukul lama nanti kek yang terhasil akan keras juga kering tekturnye). Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180c selama 45-50minitmengikut oven memasing ye.
Setelah kek sejuk b olehla dipotong menjadi dua atau tiga lapis. Sapukan strawberry compote or jem pada setiap lapis kemudian dihiasi dengan cheesecream icing. Hiaskan kek ikut suka..siap!

RESIPI STRAWBERRY COMPOTE
250 gm buah strawbery - dicincang kasar
2-4 sudubesar gula menurut kemanisan digemari
sedikit tepung jagung dibancuh bersam air
sedikit jus lemon

Masak buah stoberi, gula dan jus lemon atas api yang perlahan . Masak hingga mendidih dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan jem. Masak hingga ia pekat.

RESIPI CHEESECREAM TOPPING
250 ml fresh/whipping cream - pukul kental
200 mg cream cheese
1/4 cawan gula

Cara
Pukul cheesecream bersama gula hingga gebu kemudian campurkan dgn freshcream yang telah dipukul kental sebelum itu. Kacau rata hingga sebati. Boleh terus diguna utk hias kek.

 
    

Wednesday, February 11, 2015

STRAWBERRY BAKEWELL CAKE


Assalamualaikum semua..pekabo?? Lamanye Pn Doc tak bersiaran kan..sampai dah berhabuk bersawang dah dapurku ini..aloloo! Rindu nak berblog tapi disebabkan kekangan masa yang sangat mencemburui ku saat ini mmg terpaksa kita meninggalkan sebenar dunia blogging sebab ada perkara penting lain yang lebih memerlukan tenaga dan sokonganku tika ini. Ni pun kita curi2 masa hupdet blog ni supaya takla gersang terus kan..huhuu! anyway..jom tgk apa yg kita sempat buat baru2 ini iaitu Strawberry Cake yang sgt sedap rasanye..almaklum ler kebetulan stok buah stoberi segar banyak diapurku hasil belian melalui rakan di FB yg meniaga buah stoberi segar dari mesir..mmg manis buahnye..tak menyesal beli tau! So jom kita zaas resipi kek stoberi ni yg sgt marbeless! 

RESIPI STRAWBERRY  BAKEWELL CAKE
resipi asal - chef rachel allen

INGREDIENTS

  • 150 g butter, softened, plus extra for greasing
  • 150 g caster sugar - saya guna brown sugar
  • eggs
  • A few drops of almond essence or almond extract - saya tak letak
  • 50 ml milk - saya tukar kepada 2 sudubesar susu pekat manis
  • 150 g self-raising flour, sifted
  • 150 g ground almonds
  • 150 g fresh or frozen raspberries, defrosted if frozen - saya guna fresh strawberry
  • 25 g flaked almonds
  • chocolate chips - saya tambah
  • orange zest & juice from  one orange - ni saya tambah
  • icing sugar, for dusting
  • Fresh raspberries and softly whipped cream, to decorate - guna fresh strawberry
  • METHOD

    1. 1. Preheat the oven to 180C/160C fan/gas 4. Butter the sides of a 20cm cake tin and line the base with a disc of baking parchment.

    2. Cream the butter until soft in a large bowl or in an electric food mixer. Add the sugar and beat until the mixture is light and fluffy. Whisk the eggs and the almond essence or extract together in a small bowl for a few seconds or just until combined, then gradually add the eggs to the creamed butter mixture, beating all the time.

    3. Next beat in the milk , then add the flour and ground almonds (+ orange zest/juice) , carefully folding these in just until they are mixed. Add the raspberries (potongan strawberry & chocolate chip) and fold in gently so as not to break them up too much.

    4. Tip the batter into the prepared tin, then scatter over the flaked almonds (and strawberries). Bake for 50-55 minutes, or until a skewer inserted into the centre of the cake comes out clean. Remove from the oven and allow to cool in the tin for 10 minutes.

    5. Use a small, sharp knife to loosen the edges, then carefully remove the cake from the tin and leave on a wire rack to cool down completely before transferring to a serving plate. Dust with icing sugar. Serve with softly whipped cream if you wish, or decorate with fresh raspberries.