Sunday, February 15, 2015

PUDING ROTI KARAMEL


Assalamualaikum semua.. selamat bercuti bersama keluarga di pagi ahad yg nyaman ni. Okay arini kita nak kongsi resipi pencuci mulut yang sgt sedap iaitu puding roti karamel. Boleh klik di sini utk melihat entry terdahulu. Mekaceh kepada rosaliza empunya resipi asal serta Nor Ganu yang berkongsi resipi ni..mmg marbeles sgt kejadiannya! Thanx uollss..muuaahs!

RESIPI PUDING ROTI KARAMEL

resepi asal : rosaliza@embunkasih 
sumber1 : K.Nor 
sumber2 : inahar's cooking time 

Bahan-bahan 
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 
4 keping roti gardenia 
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 suduteh esen vanilla

Cara-cara 
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) 


No comments:

Post a Comment