Thursday, September 26, 2013

I AM 46 TODAY!

Assalamualaikum.. syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi genap usiaku 46 tahun pada hari ini.. tiada yg lebih membahagiakan dari dapat hidup sihat walafiat dan bahagia disamping insan-insan tersayang..doa ku utk Mu Ya Allah..

 YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Amin Ya Rabbil-Alamin.

Doa ini sebenarnya ku petik dari SINI..terimakasih teman kerana berkongsi sesuatu yang sangat menginsafkan dan menyedarkan kita.. 

Kepada semua teman..thanx a million..i really appreciate all ur wishes & doa's..amin ya rabbil alamin!!



Monday, September 23, 2013

PUDING TRIFLE COKLAT KRIM KEJU

Assalamualaikum..dessert yg dibuat kelmarin..puding trifle coklat berkrim keju..mengancam tak?? sebenarnya resipi puding ni hasil idea dari resipi kak hanieliza iaitu kek coklat keju koktel tapi kita sudah olahkan jadi puding trifle lak dgn menambah lapisan jeli
kat atas tu..memang sedap tau!! sebenarnya tak cukup ciskrim kt dapur (hanya ada belen separuh bar cheesecream jek jadi wat separuh adunan ciskrim jek cukup utk satu lapisan cheese jer kt tengah tu) lagi sedap kalu dapat wat tambahan lapisan cheese kt atas layer kek ke 2 tu..mmg perghhh..taktau nk cakap camner kan..pengsaaann uollss!! so meh kita zaaass resipi ek..

RESIPI PUDING TRIFLE COKLAT KEJU
sumber- inahar's cooking time

sebiji kek coklat- kita guna supermoist eggless choc cake atau boleh guna apa2 jenis kek coklat yg disukai
250 gm cheesecream jenama philaldephia
1/2 cawan gula halus
1 cawan yogurt perisa buah
11/2 sudu besar gelatin- dilarutkan dalam 40ml air panas
1 tin koktel
1 kotak jeli perisa strawberi- kita guna jenama nona (masak jeli ni ikut arahan pada kotak)

cara2:

Pukul krim keju dan gula hingga kembang dan rata kemudian tambahkan yogurt juga campuran gelatin yg sudah larut tadi. kacau sebati dan rata. ketepikan. kek coklat dipotong kecil dan di susun satu lapisan dalam loyang kaca. basahkan lapisan kek dengan jus koktel sedikit kemudian curahkan separuh adunan krimkeju tadi utk satu lapisan cheese serta taburkan sedikit buah koktel pada lapisan cheese tersebut. kemudian susun lagi satu lapisan kek dan basahkan dgn jus koktel kemudian tuang semua cheesecream yg tinggal tadi utk satu lagi lapisan cheese. sejukkan sebentar sebelum di tabur buah koktel dan akhirnye tuangkan jeli perisa strawberi yg sudah siap dimasak sebelum nya. sejukkan dalam petiais hingga jeli membeku dan siap utk dihidangkan.
**resipi supermoist eggless chocolate cake boleh lihat di sini



Sunday, September 22, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART


Assalamualaikum..taraaaa..operasi mengecistat sudah kembali..hehe! cuma kali ni Pn doc wat keje sonang..kita beli jek shell readymade pastu wat filling jek..mudah kan?? sebenarnya bukan apa aritu masa anto sri balik asrama singgah jap kat kedai menjual bahan2 bakery baking temptation di bandar seri putra nun..ternampak shell tart readymade ni..so apalagi rembat 2 pek (satu pek mengandungi 36 biji shell)..saje nak try kan..lagi pulak tgh maleh nak menguli doh bagai so mmg sempoi la kan tinggal nk wat filling jek..pepun mmg sgt rapuh dan gebu jek..sedap! tapi kalu korang nak tgk resipi homemade yg selalu kita buat sebelum nih boleh lihat di sini ye! okayy..daaaa!!


Wednesday, September 11, 2013

JJCM @ CHEF ZUBIR'S WANGSA GRILL




Assalamualaikum..just nak share pengalaman dinner di restoran Wangsa Grill kepunyaan chef ngetop yg juga juri rancangan masterchef malaysia iaitu Chef Zubir..ni adalah cawangan restoran beliau yg terbaru..cawangan lain adalah Laman Grill di Shah Alam & Kajang.. cawangan Wangsa Maju ni baru dibuka lepas raya baru2 ini..kami pi makan hari khamis lepas selepas Pn doc abih keje pukul 10pm lebih..customer dah kurang ramai..so bolehla kita dgn muka tak malunye berfoto2 kt lam restoran tu..hehe! sempat gak beramah mesra ngan chef yg sgt ramah orangnya..lokasi restoran adalah di bangunan baru dataran wangsa di Wangsa Melawati tu..senang jek cari kalu ada gps ye! suasana restoran mmg cantik dan cosy..menu semestinya western kerana Chef Zubir ni mmg pakar dalam makanan barat terutamanya steak..harga walaupun agak mahal tapi mmg puashati sebab rasa makanannye semuanye taraf 5 bintang dan of cos terbaekkk!! so jom kita layan foto2 kat bawah ni..



 






   meh layan makanan2 yg kami order aritu..


set beef burger..pattie yg  fresh & juicy beserta sweet potato chips juga salad apple yg menyegarkan !

australian baby lamb shank..my hubby kata terbaekk!! a must-try!

spagheti carbonara

fish n chips..rasa ikan yg fresh juga tepung salut yg sgt crunchy!
penne lamb..another must try!

Sunday, September 8, 2013

SPAGHETI MEATBALL BOLOGNESE

Assalamualaikum..lagi satu menu jamuan raya aritu..alahai terlambat sudaaa..hehe!! jom la zaas resipi ye! resipi spagheti bolognese sebelum ni ada kat sini & sini.

RESIPI SPAGHETI MEATBALL BOLOGNESE
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball - brand ramly (digoreng terlebih dahulu)
1 tin sos prego + 1/2 botol besar sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3-4biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!
parmesan cheese-tabur masa menghidang

Cara-cara
  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  4. Masukkan meatball,tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
  5. Masukkan sos prego, sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional) serta lada hitam.
  7. Tambah garam, gula secukupnya.
  8. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.


Wednesday, September 4, 2013

PUDING KOKTEL

Assalamualaikum..ini pun puding koktel yg dibuat masa jamuan utk rakan2 anak minggu lalu. Resipi yg sangat mudah dan sedap!

RESIPI PUDING KOKTEL
sumber - inahar's cooking time


Bahan2:


40 gm agar2 panjang 
11/2 caw gula (kemanisan ikut suka)
 
1 tin koktel beserta jusnya
 
1 tin susu cair 
2 sudubesar tepung kastad

sedikit garam 
1.5 liter air (agak2la untuk direbus bersama agar2 diatas)


cara:
masak agar2 bersama air hingga hancur then tambah jus koktel tadi dan gula. masak sampai mendidih dan tambah tepungkastad yg sudah dibancuh dgn sedikit air.kacau lagi sampai mendidih then masukkan susu cair & garam.kacau rata serta masukkan juga buah koktel tadi kedalam agar2 tadi. tutupkan api. masukkan kedlam acuan.sejukkan hingga beku. siap!

Monday, September 2, 2013

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA


Assalamualaikum..masih lagi ngan entry mengekek ye kengkawan semua! raya2 ni mmg tak dapat dipisahkan dengan kek kan..haa kek ni dulu pernah Pn.doc wat kt sini..mmg terbaekkk!! keharuman kek ni dengan bau & rasa ros yg jelas serta tambahan serbuk badam yg menambahkan lagi kesedapan kek ni..mmg sgt marbeless..style kek dolu2..sgt nostalgia woo!! hehe..kali ni wat weekend lepas sebab menjamu rakan2 abg bani & kak ayin beraya ke rumah..jom kita semak resipinye ye!

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA 

Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff 
Sumber 1 : Rinnchan via ummi

sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci) 

  • 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)
  • 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
  • 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
  • 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
  • 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
  • 2 susu makan susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh esen rose
  • sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)-kita guna merah & biru jer!
Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
  4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
  7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
  8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.