Saturday, December 29, 2012

PEPPER LUNCH STEAKHOUSE @ SUNWAY PYRAMID

Assalamualaikum..baru nk updet citer jenjalan di sunway pyramid krismas aritu..sajer nk bawa anak2 main ice skating tp foto lupa nk snap masa tgh skating tu..hehe!! lihatla betapa meriah & cantiknya suasana krismas di sunway pyramid..kan..kan!

Tapi sebenarnye Pn Doc nk citer psl makan2 kami di Pepper Lunch Cafe di sana.. mmg unik dan best sangat..pestaim masuk makan di sini..ia adalah sebuah restaurant tepan DIY fastfood steakhouse outlet dari Jepun berkongsepkan sizzling meal served on special iron hotplate dan terdiri dari pelbagai pepper steak menu hingga ke nasi & pasta. Paling menarik makanan yg dihidangkan bersama daging/ayam/seafood yg masih mentah didlm hotplate dan pelanggan sendiri get to grill our own food in the hotplate.Harga makanan mmg agak mahal tp kira ok laa dgn portion makanan yg besar dan banyak serta sangat sedap..jom kita tgk foto dibawah..

 beef pepper rice set

 curry beef pepper rice with cheese set
 spagheti aglio olio yg diserved bersama seaweed..

korang boleh tengokkan daging serta seafood tu masih mentah tp setelah dikacau laju2 atas plate tu bersama sos yg disediakan(cara masak ikut step by step menurut slip panduan yg disertakan)..tak sampai seminit pun..masak dah daging tu semua..ikut suka laa kita nak makan well done ker atau hangit ker..ikut tekak memasing..sizzle it ur way..hehe!


ni laa rupanya makanan yg telah di kacau dan masak sempurna..perghhhh!! sedaap uu..tasty & fun!
so kalu korang teringin nk menerai makanan disini..bolehlaa datang ke sunway pyramid atau Pavillion kl & serta cawangan express counter di Midvalley megamall, KLCC & 1 Utama..cuba jangan tak cuba ek..Daaaaaa!!

Monday, December 24, 2012

CHOCOLATE CAKE..VERY THE BEST ONE!!



Assalamualaikum..moga semuanye sihat ceria dipagi isnin nih..
Pn. Doc tak berkeje arini jadi sempat la memblogkan diri jap nk tunjuk kek cekelat yg dibuat beberapa hari yg lepas..perghhhhh..mmg terbaekk..very the moist one giteww!! resipi ni kita adjust dari resipi kek coklat beryogurt yg ada kt sini..so ikut suker uolls laa nk ikut resipi yg mana satu..dua2 pun sodaap banget..the best one!! so jom zaaaass resipi!

MOIST CHOCOLATE CAKE
sumber - inahar's cooking time

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 13/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor 
  • 1 cawan cocoa powder- kita guna chocolate powder 3/4 cawan jer
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 tsp baking powder*
  • 1 tsp baking soda*
  • 3 biji telur
  • 1 cawan buttermilk (boleh juga ganti ngan yogurt)
  • 1 cawan corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp garam,
  • 1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1suduteh nescafe ngan 1 caw air panas)
Cara Membuatnya:
  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan.
  3. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .


Bahan Topping/Ganache:-
  • 300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150ml susu segar
  • sedikit butter     

    Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.




Friday, December 21, 2012

NASI GORENG IKAN


Assalamualaikum..arini nk tayang nasi goreng ikan wat malam semalam..dh abiss pun..hehe! nasi goreng yg ditambah ngan isi ikan goreng belen lauk semalamnya mmg best..anak2 pun suker sgt! resipi senang banget..dh ada kt sini tp xper Pn. doc cnp semula ye.. meh kita semak resipinye..

RESIPI NASI GORENG IKAN
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:

semangkuk besar nasi 
1 biji bawang besar
 
3 biji bawang putih
 
lada hidup + cili padi (bnyk ikut suker)

belacan sebesar ibu jari
 
segenggam kecil ikan bilis

ikan goreng-perisikan/carik2an-x perlu halus sgt!
3 biji telur

sedikit sayur eg kacang panjang /kobis ikut suker
garam 
perisa
 
minyak secukupnya


cara2:

kisar bawang besar.bawang putih,cili,belacan & ikan bilis. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau. kemudian masukkan isi ikan dan tumis lagi. tambah telur, garam,perisa dan goreng lagi. akhir sekali masukkan nasi & sayur kacang panjang dan goreng sampai sebati & rata. siap!

Sunday, December 16, 2012

KARI SARDIN SEMPOI..

Assalamualaikum..ni menu plg sempoi tp conpem sodap..bagi peminat sardin la kan..hehe!! asik2 sardin masak sambal jer..sekali sekala wat masak kari pun best gak kan!! jom kita zaas resipi yg senang nih..

Resipi Kari Sardin 
sumber - inahar's cooking time


  • 1 tin sardin (ayam Brand – 425gm) – ikan dan kuahnye 
  • sedikit halba campuran
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 bawang besar – dihiris
  • 2 cili merah/hijau – potong serong
  • setangkai daun kari
  • 2 biji kentang – buang kulit dan potong 4
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan (baba's)
  • 1 sudu makan cili giling 
  • sedikit jus asam jawa – (ni ikut citarasa sendiri)
  • sedikit santan@susu cair (kita guna dalam setengah cawan utk kuah sambal yg pekat)
  • air secukupnya 
  • garam dan perisa secukup rasa
  • minyak masak
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis halba campuran, bawang potong, cili dan daun kari. Dah tumis, masukkan bahan kisar. Kacau lagi,hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar.tumis lagi hingga sedikit garing.
  2. Masukkan serbuk kari ikan dan tumis sebentar.
  3. Masukkan ikan sardin bersama kuahnye. kacau rata. tambah santan dan air ikut kepekatan disukai.
  4. Akhir sekali masukkan jus asam jawa serta garam & perisa secukupnya. Biarkan  sebentar dan padamkan api.


Wednesday, December 12, 2012

NAK BERDURIAN CREPES JUGAKK!!

TARAAAAAA...akhirnye berjaya gak ku mencrepe kan diri..huhuuu! kengkawan blogger lain dh berkurun wat dan berkali2 ulangtayang tp Pn Doc baru jek dapat menerai..bukannye apa setiap kali planning nk wat durian crepe ni..beli jek durian tak sempat simpan sebab licin masuk pewut..hehehe!! pepun uollss jangan mintak ek sbb dh lama abiss pun..hehe! okaylaa..pasnih harap dh takder yg kempunan nk merasa durian crepe ni ek..okayla utk pestaim ni kita guna resipi kt blog azlita yg menggunakan 4 jenis tepung..resipi lain tu ada yg guna 1,2 dan 5 jenis tepung pun ada..cuma kita tak pandai lg nk agak ketebalan crepe tu..tebal sikit jadinya..adehh! next time kena practice lagi utk dpt crepe yg nipis cantik kan!! jom kita zaaas resipinye..mekacehh ye ita for sharing resipi yg sedap ni..akak cnp resipi ye!

DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING
resipi asal - azlita
sumber- inahar's cooking time

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste 


Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.


CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.


Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. 


CARA PENYEDIAAN

Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian ~ secukupnya

Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin 


Tuesday, December 11, 2012

UDANG GALAH GORENG BERCILI

Assalamualaikum..taraaaa..terliur tak?? mmg sedaap tp dh abih pun..sowiiii..ni udang galah kita masak 3 hari lalu..sebenarnya kita beli udang galah fresh ni masa pergi ke teluk intan pada isnin lepas utk menziarahi keluarga kakak ipar ku yg baru kehilangan suami tercinta pada 2/12/12 yg lalu selepas dipatuk ular beberapa jam sebelum tuh..memang sangat sedih dgn kejadian ni tp nak buat camner kan..mmg dh ajal arwah pergi dgn sekelip mata..kami semua sgt terasa kehilangan arwah kerana beliau sgt disayangi oleh semua ahli keluarga dek kerana perwatakan arwah yg sgt suka bergurau dan melawak , sgt baik hati serta suka membantu orang lain juga very humble orangnya..buat keluarga kakak iparku moga tabah dgn dugaan besar ini ye kak! moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..amin!
okay berbalik kepada udang galah ni tadi..kami beli kt tepi jalan di teluk intan masa perjalanan balik ke KL..beli udang tu hidup2 lagi tau..mmg sgt fresh laa rasa udang tu..perghhhh!! jomm zaaas resipi sempoii jek..

RESIPI SAMBAL TUMIS UDANG GALAH
sumber- inahar's cooking time

1 kg udang galah-siap disiang dan dibersihkan
2 biji bawang besar- dimayang halus
4-6 biji bawang kecil-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 cm halia-kisar
2-3 biji lada hidup-potong serong
4-5 sudubesar cili giling (ikut kepedasan disukai)
2 sudu besar sos tomato
garam
gula
perisa-optional
minyak utk menumis

cara:

Tumis bawang yg dimayang hingga layu kemudian masukkan semua bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling serta tumis lagi hingga garing. masukkan udang galah, sos tomato. tumis lagi hingga udang masak. akhir sekali tambah garam,gula & cili potong. biarkan sebentar hingga sambal betul2 masak dan tutup api. siap untuk dihidangkan!
 

Saturday, December 1, 2012

ISTANBUL AKU DATANG..BEST!




Assalamualaikum..baru berkesempatan tgk filem nih dh hampir hujung2 tayangan dipanggung..huhu! kita tengok pun sebab dh tau dah selalunye producer red films & pengarah bernard chauly tak pernah lagi menghampakan dgn filem2 serta drama mereka bergenre komedi romantik sebelum nih seperti 'gol & gincu' dan 'pisau cukur'..alasan lain pi tengok sbb nk tengok beto kusyairi la kan..hehe! mmg minat banget ngan beto nih..lakonan beliau mmg superb..terbaekk!! filem istanbul aku datang ni juga menyajikan jalan cerita yg sgt segar,urban dan menghiburkan..i loiike!! walaupun kita bukan la peminat lisa surihani tp nmpaknye lakonan lisa mmg sgt natural & menjadi..keseluruhannya mmg memuaskan hati..tahniah kpd semua yg terlibat menjayakan filem nih esp to the director bernard chauly & script writer rafidah abdullah..korang mmg best! thumbs up!! so korang kalu belum nonton..bolehla tgk kt astro first sbb rasanye kt panggung pun dh tinggal sikit jek waktu tayangannye..daaa!!


Sunday, November 25, 2012

SPAGHETI BEEF MUSHROOM CARBONARA

  

Assalamualaikum..hollaaaaaa..lamanye Pn.doc berhibernasi..hehe! biasala bila dh start cuti skool nih sebenarnya bukan boleh rehat lagi sibuk ibu & ayah ada lah..adehh!! mana sibuk ngan abg bani yg tgh exam spm pastu urusan pertukaran sekolah sri lagi dan segala macam hal lg yg perlu diuruskan segera..mmg tak menyempatlaa Pn.doc nk hupdet blog kann..ni pun curi2 time jap mlm nih nk updet resipi spagheti beef mushroom carbonara nih sbb ramai kengkawan di FB & instagram sudah bertanyakan resipinye..so korang layan resipi jerla kan sbb makanannye dh lama abisss ek sori..hehe! korang boleh tgk di entry lama di sini gak..Selain dari pasta..sos carbonara nih leh layan ngan roti garlic juga..ekceli bila wat sos ni guna beef lagi sedap dari ayam sebab lebih terasa kemanisan daging dalam sos tu..cer korang try ek..cer try..cer try!!

RESIPI SPAGHETI BEEF MUSHROOM CARBONARA
sumber: inahar's cooking time

Bahan-bahan

  • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
  • 250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lbh creamy)
  • 750ml air atau lebih.
  • 1/2 mangkuk daging cincang @ secukupnye-kita guna jenama ramly
  • 1-2 ketul kiub pati beef
  • 1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
  • 2 sudu besar butter
  • 1-2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada itam
  • 1 sudu teh daun parsley kering
  • sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
  • garam sedikit
  • perisa
  • parmesan cheese atau sliced cheese-optional
  • pasta secukupnye
Cara-cara

Panaskan butter kemudian tumis bawang besar & bawang putih bg layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi daging cincang. tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama pasta,garlic bread atau lain2 pilihan.

RESIPI GARLIC BREAD

roti perancis/roti biasa 
2 camca besar mentega
* 
2 ulas bawang putih, diparut
* 
1 camca teh cincangan parsley
*(*disatukan dan kacau rata2)

Hiris roti secara menyerong setebal 3/4 inci. Sapu setiap satu hirisan roti dengan campuran mentega tadi (sapu satu bahagian saja..), buat hingga siap. Dengan api perlahan, panaskan non-stick frying pan dan panggang roti tadi sehingga kuning keemasan. Lakukan kaedah sama dengan baki roti tadi hingga habis. Hidangkan bersama mushroom soup....selamat mencuba....

Tuesday, November 13, 2012

AKHIRNYA..MOO..MOO!!


Assalamualaikum..hollaaaa..moo..moo!! hahaahaa..jangan terperanjat lak kata Pn Doc dh kena rasuk dek lembu lakk..hehe! bukan apa..sejak dua menjak nih kemain famous amos nengok moo moo cake ni di internet juga diperkatakan oleh kengkawan blogger..mr hubby pun kemain memuji kesedapan kek ni setelah diberi sepotong oleh rakan sekerjanya baru2 nih..dek teringin sgt bila mendengar pujian melambung oleh ramai orang..kita pun merajinkan diri menggugel cari mana bakery yg ada dijual kek moo moo nih..sebaik terjumpa satu blog ni bercerita mengenai bakery pistachio di danau kota yg ada menjual kek ni..apalagi pagi tadi dgn tak sabarnya me & mrhubby telah zaaas ke danau kota cari bakery pistachio nun..terus beli 2 biji swiss roll moo moo ni..balik umah terus potong & ngap..mrhubby & anak2 suker banget..the swissroll is supersoft with it's super rich creamy milky filling..memang wallaa utk pengemar susu tp bagi pn doc sendiri yg  mmg tak pernah suker susu sejak azali lagi rasanya mcm takleh telan lak rasa krim tu yg sgt kuat milky taste nya..alahai..mr hubby kata rugi woo tak makan kek moo moo nih..ish nak wat camner kan mmg tekak ni tak boleh telan rasa susu kan..adoii! anyway..moo moo cake nih mmg sesuai banget buat uolss milk lovers out there..so korang boleh try cari kek ni di kedai bakery berdekatan umah uolls ek..rasanye dh banyak bakery yg jual moo moo cake nih..try jangan tak try ye..daaa!!!



Friday, November 9, 2012

TRIFLE ISTIMEWA MAT GEBU


Assalamualaikum..semalam pn doc telah mencuba resipi puding trifle istimewa dari dapur CMG..jejaka hangat di sedenak sana nun..dh lama nk try cuma tak terbuat2 jek..fuhhh..mmg benar bagai dikata oleh Mat..puding ni tersgtla mewahnye rasa..lemak berkrim rasa kastad juga whipped cream tu dilawan kan pula ngan rasa masam2 manis jelly & fruit koktel tuh..mmg mantopp!! ni mmg resipi dessert yg wajib korang cuba ek..tersangatla sedapnye..mekacehh beribu2 lemon ye Mat for sharing resipi yg meletup nih..muaaaahhhh!! jom kita zaaas resipi..izin akak cnp resipi dari dapur Mat ye! (foto step by step boleh jenguk di dapur CMG ye).

PUDING TRIFLE ISTIMEWA
resipi asal-CMG
sumber- inahar's cooking time

BAHAN KEK SPONGE :-) (Pn doc tak buat sbb guna swiss roll readymade jek)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla


BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla


BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah


BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..



Sunday, November 4, 2012

SELAMAT BERJUANG ANAKKU...


anakandaku Bani dan adindaku syafiq (bertopi)


Assalamualaikum buat semua pengunjung..esok bermulalah peperiksaan SPM buat anakanda sulongku abg bani juga adinda bongsuku syafiq. semestinya kewajiban kita sebagai ibu bapa utk mendoakan serta merestui anak2 agar tenang dan sabar menjawab soalan. Sebagai ibu hanya doa yg kupanjatkan..semoga Allah SWT permudahkan daya pemikiran serta lancar menjawab dan seterusnya  mendapat keputusan yg baik dan cemerlang..insyaallah..amin! Wahai anakandaku..mulakan menjawab soalan dgn bismillah dan bertawakkallah.. 
Jangan lupa amalkan doa ini sebelum menduduki ujian..

اللهماافتحع علي حكمتك وانشر علي رحمتك وزكرني ما نسيت يا زالجلال واالكرام

Allahummaftah alaiya hikmataka wansyur alaiya rahmataka wazakkirni ma nasitu ya zaljalaliwal ikram..

Ya Allah, bukalah kebijaksananMu kepadaku, limpahkanlah rahmatMu kepadaku dan ingatkanlah aku apa yang aku lupa, wahai zat yang memiliki keagungan dan kemurahan..
selebihnya serahkan saja kepada Allah SWT...

Selamat berjuang anakandaku...

Monday, October 29, 2012

KONSERT BIG BANG ALIVE @ KL..MMG MELETOP!!


 Assalamualaikum semua..sebelum terlewat Pn doc nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha utk semua kengkawan dan pengunjung yg beragama Islam ya! semoga kalian semua selamat pulang dan kembali bekerja dgn selamat..amin!

okayla..arini kita nk citer pasal konsert kumpulan korea no 1 masakini ie Big Bang yg diadakan malam tadi di stadium merdeka..alahai nape pn.doc pun terjebak..kita ni bukanla peminat tegar Kpop pun tapi kerana anak2 kuturutkan jua..huhuu!! mmg anakku Sri & Kak Ayin mmg peminat kumpulan bigbang nih (ekceli abg bani & adam pun nk ikut tp kalu pi semua rabak lak poket pn.doc ni haa!.hehe)..mmg betul setelah menyaksikan konsert diorang semalam..mmg no doubt they are the most senasational no 1 asian artist in the world..sgt hebat persembahannye dari semua segi..audio visual,rekaan pentas,music semuanya bertaraf antarabangsa..mmg pun sebab konsert bigbang aliver tour 2012 ni creative directornye adalah Laurean gibson yg pernah mengarahkan konsert utk lady gaga,beyonce juga ramai penyanyi megastar yg lain. Bukan sembarangan ek..Khabarnya keseluruhan konsert di kl menelan belanja RM4 juta..tu diaaa..peminat bigbang ni mmg fanatik woo..sampaikan tiket yg berharga hampir RM700 boleh soldout dlm masa sejam jualan tiket dibuka beberapa bulan yg lalu..menurut cerita jualan tiket big bang alive tour ni mmg sold out di semua negara yg diorang jelajahi..mmg betul2 fenomena!  Malaysia adalah negara terakhir siri jelajah konsert alive mereka di asia tenggara dan lepas ni mereka berangkat utk menyambung tour bigbang di amerika syarikat pulak. Jualan tiket utk konsert di London disember nnti pun telah soldout dalam masa beberapa jam serta penganjur terpaksa menambah satu lagi konsert utk malam kedua ie 14-15 disember 2012..kepada peminat fanatik big bang kt mesia ni ada berani utk ke london?? hehe..
apa bezanye big bang dari artis korea yg lain??  yap..mereka pernah menang "Best worldwide act" di MTV Ema 2011..sebenarnye kumpulan Big Bang ni takdelah menari cam atris kpop yg lain dan solek bagai cam pompuan..ahli kumpulan big bang sebenarnya amat macho..mereka sgt multitalented dan mencipta lagu mereka sendiri..lagu diorang pun berbeza banding ngan atis kpop yg lain tu..selain dari tu setiap anggota mmg mempunyai vokal yg hebat serta kemampuan beraksi live dgn baik sekali..tak heran lah mereka ni band boy korea yg mempunyai paling ramai peminat lelaki..hahaha! (selalunye org lelaki mmg x minat artis kpop lelaki ni sebab gaya diorang yg agak girlish tu kan tapi not for Big Bang ye!) mmg tak tau dh nk cakap camner tapi hanya boleh kata bak tajuk lagu diorang.."wow fantastic baby!!"..huhuu!! amboi kemain kita berhujah pasal kpop lak ek..adehh tu la pasal anak..ngan ibu sekali terjebak minat big bang ni lak..hahaha..ada yg jeles ker? jgn mare ek..hehe! eh..panjang benor dh berceloteh ni haa..jom zaas foto2 kt bawah ni lak..


 sri & kak ayin serta wani (kawan kak ayin) semasa konsert belum bermula lagi..
 amboi sri..kemain anak ibu sampai balik umah malam tadi masih tersenyum lagi dan tak habis2 ucap terimakasih kt ibu sebab finally tercapai gak cita2 sri nk nonton konsert big bang..



foto2 kt bawah ni pulak ehsan dari malaysiandigest.com..gambar sekitar konsert! mmg happening!


 penonton memakai raincoat sebelum konsert sbb hujan..nasib baik hujan berhenti sebaik konsert bermula pukul tepat pukul 8.30pm.