Monday, April 27, 2015

SPECIAL HOMEMADE LAMB CHOP

 
  
Assalamualaikum..jom berwestern lak ye! Ni menu special homemade lamb chop di masak sempena besday anakanda sulongku Abg Bani yg menyambut ulangtahun ke 20 tahun minggu lepas..Abg Bani paling minat makan lamb chop..puashati kalu wat yg homemade punyer kan. Lebih ekonomi dan tentunye lebih sedap insyaAllah. Resipi pernah dikongsikan di sini sebelum ini ye. So jom kita zaas resipi sekali lagi..

RESIPI BLACKPEPPER LAMB CHOP 
resipi - inahar's cooking time 

Bahan : 
6 kpg daging kambing 
4-5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus 
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ lagi sedap yang baru tumbuk/kisar 
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu besar gula perang(boleh juga taruh madu) 
sesudu kecil mixherbs kering - rosemary, thyme, oregano 
2 sudu besar minyak 
butter secukupnya - utk memanggang 

Cara: 
Gaul kesemua bahan dan lumurkan dgn  rata pada daging kambing. 
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lagi lama lagi baik) 
Panaskan grill pan  atau nonstick pan dgn api sederhana kecil. 
Panggang daging dgn sedikit butter lebihkurang 8-10 minit sebelum dibalikkan dan panggang hingga masak. 
Angkat dan hidangkan bersama sos digemari, mashed potato, salad potato, daun salad segar beserta tomato ceri , baked bean juga roti (ikut side dishes yg digemari) 

RESIPI BLACKPEPPER SAUCE 
resipi asal - Mimi  
sumber - inahar's cooking time 

2 biji bawang holland 
5-6 biji bawang putih 
100 gm lada hitam- dikisar kasar 
3 helai bay leaves- dikisar bersama lada hitam 
300 gm brown sauce powder (demi glaze) - jenama knorr (kita beli di pasar besar NSK) 
1 senduk krim (kita guna susu segar) 
air secukupnya 
sedikit gula (kita tambah) 
minyak zaitun/butter utk menumis 

Tumis bawang holland & bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan serbuk brown sauce juga air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan krim/susu. Masak hingga pekat. Boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih. *resipi ni menghasilkan sos yg banyak. Boleh adjust sendiri utk seberapa amaun sos yg dikehendaki. Boleh disimpan ke dalam peti ais. Bila sejuk ia akan memekat jadi tambahkan air secukupnye bila hendak dimasak semula. 

RESIPI MASHED POTATO 
6 biji ubi kentang-kupas kulit & di potong dadu kemudian rebus hingga empuk.Toskan 
2 sudu besar butter 
sedikit susu segar 
sedikit serbuk lada sulah/lada hitam 
sedikit mayonaise 
garam secukup rasa 

Lecekkan semua bahan diatas semasa kentang panas2 lagi. Lecek hingga rata & smooth. Siap mashed potato. Boleh dihidang bersama sos lada hitam. 

RESIPI SALAD POTATO 
bahan-bahan: 
ubi kentang- potong kiub kemudian rebus hingga empuk (jangan terlalu empuk). tos kering mayonaise 
jus perahan lemon/limau nipis 
sedikit serbuk lada hitam 
daun bawang-potong halus 
garam secukup rasa 
serbuk perisa ayam knorr (optional) 

cara: 
Campurkan segala bahan diatas kecuali kentang sbg dressing. Kemudian masukkan kentang yang telah ditos tadi. Gaul rata. Siap dan bolehlah dimakan terus atau dimasukkan ke dlm petiais sebelum dinikmati. Selamat mencuba ya! 

 

Tuesday, April 21, 2015

ROASTED CHICKEN KABSA RICE

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah masih tak jemu dgn menu nasi arab ni kan..kali ini sekali lagi kita guna resipi dari hafidz fcu . Entry lama beserta resipi boleh di lihat di sini dan sini. Mekaseh buat penyumbang resipi! So apalagi kenkawan..Jom kita zaaass resipi yang sedap nih!!

RESIPI ROASTED CHICKENKHABSA RICE 
resipi asal - hafidz fcu 
sumber - inahar's cooking time 

BAHAN UNTUK REMPAH KABSA (kita guna rempah kabsa readymade) 
4 sudu besar ketumbar 
2 sudu besar jintan manis 
2 sudu besar jintan putih 
2 sudu  besar cengkih 
2 sudu  besar buah pelaga 
2 sudu  besar lada hitam 
2  bi ji buah keras 

Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas  kedap udara. 

BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH 
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka 
2 biji bawang besar
 6 ulas bawang putih 
3 inci halia di mesin 
2 sudu besar rempah kabsah 
1 sudu serbuk kunyit 
1 sudu serbuk cili 
3 helai bay leaf  
1 kiub ayam knor 
garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUAT AYAM KABSAH 
1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur. 
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas, bay leaf, kiub ayam dan 2 sudu rempah     kabsah. 
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit. 
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab.  
6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar,  3     ulas bawang putih, 11/2 inci halia- bahan kisar ni kita tak letak) ,kunyit, garam, gula dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar           selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada             ayam yang tengah dimasak di dalam oven. Pastikan garam dan gula secukup rasa. Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan keras selepas di masukkan ke dalam oven. 

BAHAN UNTUK NASI ARAB 
3 cawan beras Basmathi 
41/2 cawan air stok ayam (yg direbus tadi) 
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun 
7 biji buah pelaga,  
5 kuntum cengkih  
3 kuntum bunga lawang 
5 biji lada hitam 
3 inci kulit kayu manis 
1 labu bawang besar- hiris dadu 
2 ulas bawang putih - hiris nipis 
1 inci halia - hiris nipis 
2-3 biji lada hijau/merah- potong separuh 
1 biji tomato di dadu 
1 batang lobak merah didadu segenggam kismis hitam sedikit saffron(atau pewarna kuning) 

1. Beras direndam bersama  garam selama 30 minit kemudian toskan. 
2. Tumiskan buah pelaga,kayu manis,bunga lawang, lada hitam dan cengkih. 
3. Masukkan bawang, halia, lada  dan tumiskan hingga wangi. 
4. 41/2 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti    biasa. 
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2. 
6. Tutup api apabila nasi  masak.Taburkan safron(kita hnya guna sedikit pewarna kuning) dan kacau hingga warna sekata.  Akhir sekali bolehla dihidang bersama ayam panggang, sos salata hara juga acar timun tomato. 

Acar timun tomato
timun - potong dadu nipis 
tomato - potong dadu kecil 
bawang besar- potong nipis 
cili merah/hijau - potong halus 
cuka 
garam 
gula. 

Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi. 

SOS SALATA HARA 
sumber- wana  ( resipi asal : Arabic Bites ) 

3 biji tomato cincang. 
1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je 
1/2 biji lemon ambil jusnya 
1 -2 biji cili hijau – 
saya tambah garam. sedikit gula 

Cara Penyediaan Sos Salata Hara: 
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur. ** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa. 



Monday, April 20, 2015

SUP AYAM HADNYAI

Assalamualaikum..sori ye ni entry tertunda lagi iaitu Sup Ayam Hadnyai yg dimasak minggu lepas..resipi sup ayam paling meletopss! A keeper recipe! korang mmg rugi kalu tak cuba resipi sup ayam nih..memang mantopss! Resipi asal dari myresipi tapi kita kongsi dari dapur Cik Mat Gebu..mekacehh bnyk2 ye Mat! Entry lama boleh dilihat  di sini. Jom zaaass resipi!

RESIPI SUP AYAM HADNYAI
resipi asal - MyResipi
sumber 1 - CMG

BAHAN - BAHANNYA :-) 

800 g ayam, dipotong sederhana besar 
5 batang serai, dititik 
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2 
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya) 
Garam dan gula secukup rasa 
2 kuntum bunga lawang# 
5 biji buah pelaga# 
3 kuntum bunga cengkih# 
1 batang kayu manis#(#rempah tumis) 
5 biji bawang merah* 
3 ulas bawang putih* 
3-4 biji cili padi*
4 cm halia* 
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)* 
2 camca besar ketumbar* 
1 camca teh jintan kasar* 
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus) 
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan 
Bawang goreng, untuk hiasan 

CARA MEMBUATNYA :-) 
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.

Thursday, April 9, 2015

GULAI KAMBING ENAK!

 

Assalamualaikum..ni menu minggu lepas juga ye! minta maaf la ye baru arini sempat nk updet entry hehe! Gulai kambing yg sedap ni hasil resipi dari dapur jejaka femes ames kt sedenak nun laa! Mekaceh Mat Gebu berkongsi resipi gulai yg amat sedap ni. Kali terakhir masak gulai kambing ni masa raya haji yang lepas. Boleh tgk entry kt sini. Arini kita rajin utk sertakan sekali lagi resipi nya kt sini. Thanx ye Mat!! Jom zaass resipi..

RESIPI GULAI KAMBING 
resipi asal - CMG 
sumber - inahar's cooking time 

BAHAN-BAHANNYA :-) 
800 gram daging kambing dipotong kiub* 
1 camca besar tepung gandum* 
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)
 4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, 
rendam 2 biji tomato, belah 4 setiap 1 
1 keping asam gelugor saiz kecil 
2 camca besar cili kisar 
4 camca besar rempah kari daging (baba's) 
1 camca besar rempah kurma (baba's) 
150 ml pati santan (che mat guna santan kotak) 
1 camca besar penuh kerisik 
1 camca besar gula melaka 
Garam secukup rasa
 Air secukupnya 

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 
1 biji bawang besar 
4 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 batang serai, hiris 
2 inci halia 
1/2 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 

BAHAN-BAHAN TUMIS :-) 
4 biji bawang merah kecil, hiris 
2 ulas bawang putih, hiris 
2 tangkai daun kari, dilurut 
1 batang kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
6 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 

CARA MEMBUATNYA :-) 
Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. 
Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, ceduk 2 camca besar pes rempah tadi dan gaul dengan daging kambing yang telah dicuci dan ditoskan.Perap sekejap. 
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing.
Tambah pes rampah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
Masukkan daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging 3/4 empuk.
Masukkan kerisik, asam gelugor dan kentang(toskan). Kacu rata. 
Bila kentang empuk, tuang santan dan masukkan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..


Tuesday, April 7, 2015

MOIST CHOCOLATE CAKE

  
Assalamualaikum semua! Minggu lepas sempat ler kita wat kek cekelat sebab teringin dah lama tak mamam hok homemade punyer. So as usual kita guna resipi feveret dari dapur AlongRoz..ni memang ..one of the best choc cake recipes. Rasanye geng2 blogger mmg dah ramai hok guna resipi ni as favourite kan.
Mekacehh Alongroz berkongsi resipi yg sgt marbeles ni..Muuuaaahhss! Jomm zaass resipinye...

RESIPI KEK COKELAT MOIST KUKUS 

sumber 1: cikgu dzana

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat ) 
100g Serbuk Koko*  
1 tin Susu Isian Cair*  
200g Minyak Masak Sayuran*  
250g Susu Pekat* 
 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..  
250g gula kastor*  
150g Tepung Gandum  
1 st Bic Soda  
1st Baking Powder

Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. 
Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. 
Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. **(kita bakar secara waterbath @ 180c selama 50-60 minit)** 
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ganache. 

Bahan Topping/Ganache:- 
300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's) 
1 sudu teh esen vanila 
150ml susu segar 
sedikit butter     

Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.