Monday, April 27, 2015

SPECIAL HOMEMADE LAMB CHOP

 
  
Assalamualaikum..jom berwestern lak ye! Ni menu special homemade lamb chop di masak sempena besday anakanda sulongku Abg Bani yg menyambut ulangtahun ke 20 tahun minggu lepas..Abg Bani paling minat makan lamb chop..puashati kalu wat yg homemade punyer kan. Lebih ekonomi dan tentunye lebih sedap insyaAllah. Resipi pernah dikongsikan di sini sebelum ini ye. So jom kita zaas resipi sekali lagi..

RESIPI BLACKPEPPER LAMB CHOP 
resipi - inahar's cooking time 

Bahan : 
6 kpg daging kambing 
4-5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus 
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ lagi sedap yang baru tumbuk/kisar 
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu besar gula perang(boleh juga taruh madu) 
sesudu kecil mixherbs kering - rosemary, thyme, oregano 
2 sudu besar minyak 
butter secukupnya - utk memanggang 

Cara: 
Gaul kesemua bahan dan lumurkan dgn  rata pada daging kambing. 
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lagi lama lagi baik) 
Panaskan grill pan  atau nonstick pan dgn api sederhana kecil. 
Panggang daging dgn sedikit butter lebihkurang 8-10 minit sebelum dibalikkan dan panggang hingga masak. 
Angkat dan hidangkan bersama sos digemari, mashed potato, salad potato, daun salad segar beserta tomato ceri , baked bean juga roti (ikut side dishes yg digemari) 

RESIPI BLACKPEPPER SAUCE 
resipi asal - Mimi  
sumber - inahar's cooking time 

2 biji bawang holland 
5-6 biji bawang putih 
100 gm lada hitam- dikisar kasar 
3 helai bay leaves- dikisar bersama lada hitam 
300 gm brown sauce powder (demi glaze) - jenama knorr (kita beli di pasar besar NSK) 
1 senduk krim (kita guna susu segar) 
air secukupnya 
sedikit gula (kita tambah) 
minyak zaitun/butter utk menumis 

Tumis bawang holland & bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan serbuk brown sauce juga air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan krim/susu. Masak hingga pekat. Boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih. *resipi ni menghasilkan sos yg banyak. Boleh adjust sendiri utk seberapa amaun sos yg dikehendaki. Boleh disimpan ke dalam peti ais. Bila sejuk ia akan memekat jadi tambahkan air secukupnye bila hendak dimasak semula. 

RESIPI MASHED POTATO 
6 biji ubi kentang-kupas kulit & di potong dadu kemudian rebus hingga empuk.Toskan 
2 sudu besar butter 
sedikit susu segar 
sedikit serbuk lada sulah/lada hitam 
sedikit mayonaise 
garam secukup rasa 

Lecekkan semua bahan diatas semasa kentang panas2 lagi. Lecek hingga rata & smooth. Siap mashed potato. Boleh dihidang bersama sos lada hitam. 

RESIPI SALAD POTATO 
bahan-bahan: 
ubi kentang- potong kiub kemudian rebus hingga empuk (jangan terlalu empuk). tos kering mayonaise 
jus perahan lemon/limau nipis 
sedikit serbuk lada hitam 
daun bawang-potong halus 
garam secukup rasa 
serbuk perisa ayam knorr (optional) 

cara: 
Campurkan segala bahan diatas kecuali kentang sbg dressing. Kemudian masukkan kentang yang telah ditos tadi. Gaul rata. Siap dan bolehlah dimakan terus atau dimasukkan ke dlm petiais sebelum dinikmati. Selamat mencuba ya! 

 

13 comments:

  1. Salam Kenalan,
    Wahh sedap nyer lamb.. terima kasih perkongsian resipi. Will try insya allah..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  2. Latifah..cuba jgn tak cuba ye..insyaallah sedap!

    ReplyDelete
  3. Terliur den nengoknyo! Teringin nak mencuba, tapi tak tahu kat mana nak dapat daging kambing. Pernah beli di AEON.. bau hamis... tak lalu makan.

    ReplyDelete
  4. Ksweetie..sy beli kt jaya grocer..lembut sgt. Daging kambing kena perap ngan tepung n asam limau dlm 20 minit then cuci bersih..insyaallah bau hamis hilang.

    ReplyDelete
  5. wahh happy bday..bestnya abg roni dapat masakan lamb..hihi

    ReplyDelete
  6. Mama arif..tenkiu atas ucaoanye. Lamb mmg feveret abg bani..hihi!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Dh lama x mkn lamb chop. Boleh la cuba nti. Tq share recipe

    ReplyDelete
  8. Cik Puan Rann..cuba la resipi ni nanti ye! insyaallah sedap!

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak.. memang lama dah nak buat tapi tak cukup yakin... insyallah wiken ni nak jamu anak2 mkn lamb chop. nak beli mahal maklumlah anak ramai....

    ReplyDelete
  10. Thank you very much for posting that has been presented. hopefully many benefits and good luck always.

    ReplyDelete
  11. Kami sangat terbantu dengan hadirnya artikel yang satu ini. Semoga banyak manfaatnya juga bagi yang lain. terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih banyak gan informasinya. Kami tunggu informasi selanjutnya yang lebih menarik lagi. Semoga banyak manfaatnya.

    ReplyDelete