Saturday, July 20, 2013

CHEESE SOSEJ ROLL BERSALUT NESTUM

Assalamualaikum..ni lah dia menu roti yg paling disukai anak2..buat berbuka semalam..cheese sosej roll bersalut nestum..kami lebih gemar guna nestum banding ngan breadcrumbs kerana nestum memberi keharuman yg lagi ummpphh pada sosej roll tuh..wallaaa!! 

RESIPI CHEESE SOSEJ ROLL  
resipi asal : kak ina kl
sumber: inahar's cooking time  

Bahan-bahan:
  • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya (kita x buang pun..hehe)
  • 8 sosej ayam @ daging
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • sedikit serbuk lada sulah- tak letak
  • breadcrumbs (serbuk roti) - kita guna nestum
  • minyak untuk menggoreng
  • slice cheese
  • sedikit tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. (kita guna bancuhan telur jek)
Cara-cara
  1. Gelek roti hingga nipis/leper.
  2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-(akak gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
  3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak kemas
  4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
  5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah dicelup dengan telur kedalam breadcrumb.(nestum)
  6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
  7. Dah siap..enak dimakan bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer.. 


Thursday, July 18, 2013

AYAM MASAK KURMA

Assalamualaikum..selamat berpuasa utk semua kengkawan..arini kita masak ayam masak kurma atas permintaan anak2..mudah jek buatnye tapi kali ni saje nak try resipi kak hanieliza..mmg sempoi dan sedap! jom kita semak resipi..mekaceh ye kak liza!!

RESIPI AYAM MASAK KURMA
resipi asal - kak hanieliza
sumber - inahar's cooking time

Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan] 
1/2 cawan susu cair atau 2 cawan santan [1 biji kelapa] 
4 biji kentang [belah 4] 
2 labu bawang besar [belah 4] 
1 batang carrot [potong kecil] 
2 biji tomato [belah 4] 
2 biji lada hijau 
1 pokok daun sup [potong kecil] 
3 s/b minyak 
2 s/b minyak sapi 
3 s/b rempah kurma ] bancuh ngan sikit air 
1 s/k lada sulah ] 
1 s/b kacang tanah tumbuk halus 
1 s/b jus limau nipis - ganti ngan asam keping
garam 

Bahan tumis 
1 in kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
5 biji bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 

Bahan mesin/tumbuk: 
6 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 sm halia 


Cara: 
1. Panaskan minyak & minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 
2. Masukkan bahan tumbuk dan rempah kurma yg dibancuh. Kacau sehingga naik minyak. 
3. Masukkan ayam, kentang, carrot, garam dan susu cair atau santan. Biarkan sehingga mendideh. 
4. Masukkan bawang besar, lada hijau, tomato dan kacang tanah tumbuk. 
5. Perlahan api sehingga naik minyak. 
6. Masukkan jus limau dan daun sup dan biarkan sehingga pekat. 
7. Angkat dan hidangkan. 
sedap makan ngan roti atau nasi tomato.


Wednesday, July 17, 2013

NASI MENTEGA KISMIS

Assalamualaikum..baru nk tayang menu iftar semalam..Pn Doc sedang bercuti so bolehla masak yg special sikit utk family berbuka puasa..nasi mentega kismis berlaukkan ayam masak merah, kari telur serta acar timun. tapi tak larat dah nk wat kuih-muih segala..so kita beli jerla kan..hehe! resipi dah few times taruh sebelum nih tapi jomla kita zaas sekali lagi yer..

RESIPI NASI MENTEGA KISMIS
resipi asal - CMG
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. (kita guna beras siam wangi) 
5 cawan air
 
1 cawan susu sejat
 "IDEAL" 
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
 
2 camca besar mentega
 
Garam secukup rasa
 
1/3 cawan kismis


BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu 
2 ulas bawang putih, hiris
 
1 batang serai, dititik
 
1 helai daun pandan, disimpul
 
1 inci halia, hiris nipis
 
1 kulit kayu manis
 
1 kuntum bunga lawang
 
5 kuntum bunga cengkih
 
2 biji buah pelaga


BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..

 

Friday, July 12, 2013

PASTA GORENG

 
Assalamualaikum..terlebih dulu ingin kita ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua kengkawan serta pengunjung setia yg beragama Islam..moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna..insyaallah..amin! Pn Doc pun belum sempat dapat menyediakan juadah berbuka di rumah since bekerja dan berbuka di klinik jek..tapi pasta goreng ni dibuat 2 hari sebelum puasa ritu tp baru nk updet arini..hehe! minta maaf je la ek kalu ada yg teringin tu bolehla wat sendiri didapur memasing ye..resipi sempoi jek..jom zass!

RESIPI PASTA GORENG
sumber: inahar's cooking time

Bahan2nye:

500 g pasta (kali ni guna spiral pasta-fusili) 
300 g daging kisar

sotong secukupnye )
udang sederhana besar) x letak sbb no stock
1-2 biji bawang besar, potong dadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji tomato, dadu kecil
mixed vege secukupnye
3-4 camca besar cili kisar (ikut kepedasan yg disukai)
1/3 botol besar tomato sos kimball

2 camca besar sos tiram
1 kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :

  1. Rebus pasta hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam. Udang & sotong yg telah disiang di cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (guna minyak masak biasa pun ok). Tumis bawang besar dan putih hingga perang, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah tomato dadu dan masak hingga layu.masukkan daging kisar dan goreng lagi.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kiub ayam (hancurkan), kacau rata dan masukkan sotong dan udang. boleh tambah air sedikit jika pekat sangat. Masukkn gula & garam secukupnye.
  4. Masukkan pasta , gaul rata dan masukkan mixed vege. Gaul rata2. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Siap utk dihidangkan!