Tuesday, December 31, 2013

HOMEMADE SOFT PRETZELS

Assalamualaikum..taraaaaa..suker tak? suker tak? suker tak?? jeles tak uolls tengok kegebuan pretzel ku ini..pestaim buat kira okayla kan..mmg gebu pun..hehe!! resipi dapat dari dapur delima zamrud..mekaceh bebanyak ye DZ sebab berkongsi resipi yg marbeles nih..dah lama nak menerai cuma sekarang baru tercapai cita2 tu..huhu!! foto dip karamel tu tak sempat snap..cuma nampak yg kat bawah tu jer..kurang cun gambonyer..hehe!

RESIPI HOMEMADE SOFT PRETZEL
sumber 1 : delima zamrud

Bahan2

1/2 cawan air
1/2 susu segar
1 sudu kecil yis segera
4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 - 3 cawan tepung gandum serba guna
Sedikit minyak masak
2 sudu kecil butter ( dicairkan )
1 sudu besar baking soda 
1 cawan air panas mendidih

Cara2 nk buat


Satu kan air, susu, yis dan gula biarka selama lebih kurang 10 minit sambai yis berbuih. Biler yis dah berbuih masukkan garam dan kacau sampai garam hancur. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk.
Bila kiter dah rasa susah nk gaul ngan senduk tu, bersihkan senduk dan mula lah kiter menguli dengan tangan bersama baki tepung tadi. Uli sampai doh agak elestik dan licin dan xmelekat lg kat tangan dan mangkuk.

Bersihkan mangkuk dan sapu minyak, kemudian masukkan doh td balik golek2 kan biar semua permukaan doh td berselaput dengan minyak. Kemudian tutup mangkuk dengan kain lembab or cling wrap dan rehatkan doh sampai naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.

Biler doh dah naik. Bahagikan doh pada bahagian2 kecil ( resepi nie aku dpt bahagikan 9 bahagian ). Kemudian gelek kan doh seperti dalam gambar, gelek sampai jd panjang. ( kalau boleh biar halus). Sementara membentuk nie , panaskan lah oven 200c. (sila lihat arahan bergambar di blog delima zamrud ye!)

Bila dah cukup panjang, bentuk kan huruf U, Ketemukan hujung dia dan simpulkan 2 kali seperti dalam gambar, kemudia tarik kebelakang dan tekankan dengan jari.

Bila doh dah siap di bentuk. Bancuhkan soda bikarbonat dengan air mendidih td dalam satu bekas. 

Kemudian celupkan doh sebentar dalam air soda td ( kejap je tau ) Kalau doh agak basah, letakkan doh sekejap atas towel bersih untuk serap air. Pastu susun balik atas tray yg telah di sapu dengan minyak.

Cairkan butter dan sapu diatas permukaan semua doh td. Kalau korang suke boleh tabur garam ataupun gula kat atas pretzel td.

Bakar pretzel selama 20 minit pada suhu 200c sehingga kuning keemasan. 

Bila dah siap keluarkan dr oven dan terus sapu @ celup dalam baki butter cair tadi kat pretzel panas2 atas dan bawah. Siap tuk dihidangkan.. Sesuai untuk dicicah dengan dip caramel.  

HOMEMADE DIP CARAMEL
Bahan2

1 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat manis
secubit garam.

Cara2 nk masak
Masukkan air dan juga gula masak sampai gula jd caramel seperti dalam gambar ( xperlu kacau just biarkan dia masak sendiri je, tp perlu tgk supaya xhangit sgt ). Jgn terlampau gelap nnt dia pahit. ( kena tunggu ngan sabar ek, lg satu jgn sesekali terkena tangan tau benda nie terlampau panas)
Bila gula dah jd caramel, tutup api dan masukkan butter kacau ngan whisk tanpa henti sampai butter cair.
( Jgn risau kalau benda nie meruap kacau je pelan2 ). 
Biler butter dah cair tuang susu segar dan susu pekat perlahan2 sambil kacau. Buka api yg perlahan semula dan kacau sampai kepekatan yg korang nk (xyah pekat sgt sbb nnt sejuk dia likat sendiri ). Tunggu biler dia dah agak suam2 tuang dalam bekas yg korang suker dan simpan dalam peti ais. Jgn risau kalau masuk peti ais dia keras, cuma kluarkan dan biar seketika nnt dia lembut balik. Siap tuk dihidangkan..


**ku punya pretzel tak nampak berkilat sebab tak di sapu/dip dalam butter cair selepas dibakar sebab butter kehabisan stok..tak perasan..hehe!**




  

Saturday, December 28, 2013

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

 
Assalamualaikum..nasi dagang trengganu style menu semalam..sedap uu sebab dah lama tak merasa homemade punyer..sekali sekala buat..haa amik ko..bertambah2 pinggan..aduhai!! disebabkan maleh nguarkan pengukus spt bese Pn Doc telah memasak menggunakan microwave..huhuu!! rasanye tetap lebihkurang sama macam kukus gak..yang penting anak2 semua pun suker..alhamdulillah! resipi dah few times kongsi di blog ni..tapi takper..meh kita zaas lagi sekali ek..(resipi yg dipaparkan dibawah adalah secara kukus ye)

RESIPI NASI DAGANG 
Sumber: inahar's cooking time

Bahan2:


3 cawan beras siam wangi 
1 cawan beras pulut
 
500 ml - santan pekat, ambil sedikit utk dijadikan santan cair..agak2la ye
 
garam dan perisa
 
halba

bawang merah dimayang halus 
sedikit halia di racik halus


cara2:

beras dan beras pulut direndam sebentar then kukus lbhkurang 15 minit. ketepikan dan gaul dgn santan cair lepas tu kukus semula. bila sudah agak2 masak angkat dari pengukus. santan pekat tadi dicampur garam dan perisa kemudian dicampur kedlm nasi tadi.gaul sebati sekali dgn halba, bawang merah dan hirisan halia tadi.kukus kembali hingga masak cantik. siap utk dimakan bersama gulai ikan tongkol, acar timun & telur rebus.


RESIPI GULAI IKAN TONGKOL 

Bahan bahan


2 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana - dipotong keping & rebus dulu bersama 3 kpg asam keping juga garam
1 sudu besar cili giling (ikut kepedasan yg disukai)
 
5 sudu makanserbuk rempah gulai nasi dagang jenama puteri ayu (beli di carrefour lama dulu)

1 inci halia * 
4 ulas bawang putih *
 
8 ulas bawang merah *
 
asam keping
 
cili merah & hijau/cili api

halba 
garam
gula 
santan pekat secukupnya- masak dahulu santan hingga mendidih


cara2:

kisar bahan2 bertanda. panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga naik bau kemudian masukkan cili giling. tumis lagi hingga garing then masukkan rempah gulai tadi berserta halba . tumis hingga pecah minyak then masukkan ikan yg direbus tadi beserta sedikit air rebusan tadi. kemudian masukkan santan yg telah dimasak dahulu tadi, garam,gula,asam keping,cili hidup/cili api dan masak lagi hingga mendidih..biar sebentar hingga mesra then matikan api. bolehla dihidang...
 

Thursday, December 26, 2013

NASI SERAI & THE GANG


Assalamualaikum..kembali bersiaran ye! arini Pn Doc merajinkan diri memasak spesel sikit walaupun masih penat sebab baru jek kembali dari cuti2 mesia..hehe! nasi serai dulu pernah wat kt sini tapi kali ni kita guna resipi kak hanieliza lak..diambil dari dapur ummi kuantan..cayang dua2 pun..muaaahh! resipi yg sempoi tapi sedap sangat! kita masak bersama geng2 lauk yg biasa menjadi kegemaran anak2lah kan iaitu ayam masak merah, kurma telur dan acar timun (teringin nk campur nenas tapi takdan beli..hehe!) so.. jom kita zaas  resipi lak ye!

Nasi Serai 
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) 
- 50 Hidangan Penambat Selera 
Sumber 1 : Ummi @ Home Sweet Home 
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan A:- 
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (ummi lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer) 
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi (kita guna butter)
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):- 
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih 
Cara Memasak:- 
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng. 



 

Tuesday, December 17, 2013

TAHNIAH KAKINA KL!

Assalamualaikum..alhamdulillah syukur kerana berkesempatan gak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak lelaki kakina kl di Sepang hari sabtu yang lepas..tahniah wat kakina kl kerana mendapat menantu pertama beliau..terimakasih kerana sudi menjemput ye kak! memang meriah majlisnye..tak sangka pulak dapat bertemu rakan blogger juga fb iaitu Azian Nd..kami makan semeja..memang sembang kemain..seronok sangat! rakan2 blogger yg lain takder rezeki nak berjumpa..takdan berselisih bahu pun..kalu tidak lagi panjang cerita jadinye kan..pepun selamat pengantin baru buat kedua mempelai iaitu Muhammad Russhdi dan Nor Hazwani..memang sama cantik sama padan..moga kekal hingga ke anak cucu..amiinn!

Monday, December 16, 2013

SUPERMOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

 Assalamualaikum semua...hollaaaaa..longtime no see kaann..moga semuanye sihat ceria hendaknya disamping keluarga tersayang ye! Pn doc pun alhamdulillah sihat sejahtera selalu tapi as usual bizi lagi lak cuti skool nih lagi super duper bizi esp. di rumah la kan..belum berkesempatan lagi nk bercuti kemana2 tapi rasanya mungkin bawa anak2 melepak di hotel dekat2 KL jer kot memandangkan mr hubby pun tak dapat bercuti semasa cuti sekolah nih..insyaallah! okayla dah lama tak berupdet blogku ini ngan citer2 baking..so jom ler arini kita nk tunjuk supermoist eggless choc cake yg kubuat 4 hari lepas..so jangan tanya la yer..dh abiss daa pun..huhu! dah banyak kali buat..memang terbaekk hasilnye..so korang kalu nak berdiet tu..lehla try resipi kek coklat tanpa telur ni..mmg da bomb hasilnye..hehe! meh kita semak resipi ye..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber1: K.Nor@SecubitGaram
sumber2: inahar's cooking time
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
 
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
 
2 sudu besar susu tepung
 
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
 
1 cawan gula perang
 
1 sudu kecil esen vanilla
 
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
 
secubit garam
 
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
 
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.