Thursday, December 26, 2013

NASI SERAI & THE GANG


Assalamualaikum..kembali bersiaran ye! arini Pn Doc merajinkan diri memasak spesel sikit walaupun masih penat sebab baru jek kembali dari cuti2 mesia..hehe! nasi serai dulu pernah wat kt sini tapi kali ni kita guna resipi kak hanieliza lak..diambil dari dapur ummi kuantan..cayang dua2 pun..muaaahh! resipi yg sempoi tapi sedap sangat! kita masak bersama geng2 lauk yg biasa menjadi kegemaran anak2lah kan iaitu ayam masak merah, kurma telur dan acar timun (teringin nk campur nenas tapi takdan beli..hehe!) so.. jom kita zaas  resipi lak ye!

Nasi Serai 
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) 
- 50 Hidangan Penambat Selera 
Sumber 1 : Ummi @ Home Sweet Home 
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan A:- 
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (ummi lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer) 
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi (kita guna butter)
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):- 
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih 
Cara Memasak:- 
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng. 



 

8 comments:

  1. eellee nana..mmg sedap..nnti cubala resipi tu ye!

    ReplyDelete
  2. kaknita..mmg sedap..silakan try resipi nyer ye!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. sopan kan sopan kan.. haha.. apa khabar kak doc.. nasi dah mccm kenduri ni. apsal tak jemput saya

    ReplyDelete
  4. izah..wasalam..sopan sangaatt makdara nih..hehe!! meh aar jemput ke dapur akak tp n.serai dah abih..kita mamam nasi dagang lak rini..huhu!

    ReplyDelete
  5. Salam doc, ni kira pestime bubuh komen. Akak suka sgt blog doc ni. Resipi resipi yg diupload akak cuba dan tersangatlah menjadi nya. Klu tamu nk dtg rmh akak, akak skodeng jer kt blog doc ni. Terima bbyk akak ucapkan. Terima kasih juga membenarkan anonymous meninggalkan komen. Hihi

    ReplyDelete
  6. wasalam k.anonym..mekaceh kerana rajin visit blog sy dan mencuba resppi2 yg ada..moga perkongsian resipi ni akan menambahkan lg kegembiraan bersama keluarga..alhamdulillah!

    ReplyDelete