Friday, September 21, 2018

CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Assalamualaikum...merajinkan diri mengukis crunchy almond caramel yang sedap nih. Jom zaas resipi sempoi ni yok!

Resepi Crunchy Almond Caramel
Sumber 1 - kuali hangus 
Sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan-Bahannya:-
200 gm tepung Florenta / Bienetta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam/hijau
20 gm bijan hitam


Cara Membuatnya:- Badam dan kuaci di bakar terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas & Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek (non stick baking paper).
Panaskan oven pada suhu 160C. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan NIPIS.
Bakar dalam oven selama 10 minit. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udar



Friday, September 14, 2018

IKAN TALAPIA GORENG SAMBAL CILI API


Assalamualaikum..arini kita updet menu ikan talapia goreng cili api yang dimasak beberapa hari lalu. Resepi yang juga mudah dan menjadi kegemaran sekeluarga. Nak resepi jugak ke? Jom kita semak yokk!

RESIPI IKAN TALAPIA GORENG CILI API
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
2 ekor ikan talapia sederhana besar- siang dan cuci bersih dengan air asam jawa@limau nipis. Potong ikut suka. Kemudian lumur garam kunyit dan goreng garing.
1 biji bawang besar- potong bulat
1 biji tomato- cincang dadu
garam & gula secukupnye
sedikit air asam jawa
minyak utk menumis
Bahan kisar kasar
5-6 batang cili hidup merah/hijau
10-15 biji cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan- optional


Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan naik minyak. Masukkan tomato cincang, air asam jawa juga garam gula. Tambah ikan yang telah digoreng tadi serta bawang besar yang di hiris bulat. Goreng hingga sambal agak pekat dan tutup api. Siap!

Wednesday, September 12, 2018

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..lagi satu menu istimewa udang galah masak lemak cili api meletop! Alahai meleleh airliur ni bila teringat kesedapan udang galah ni haa..ishh..hihi! Ni pun satu resepi yang memang sempoi dan mudah dimasak..jom zaass resepinye!

RESIPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API
sumber : inahar's cooking time

Bahan-bahan:
20-30 ekor udang galah- siang dan buang urat hitam, dicuci bersih
1 keping asam gelugor
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, hiris halus
santan secukupnye (kita guna santan serbuk peket dibancuh dgn air)
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis 


Bahan kisar: 
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10-15 biji cili padi (ikut kepedasan yg disukai)

Cara: 
Masakkan santan, bahan kisar serta serai hingga mendidih. Masukkan udang ke dalam periuk dan kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah kiub pati ayam. Kacau lagi. Masukkan asam gelugor, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan daun kunyit dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api.Siap utk dihidang bersama nasi putih juga lauk2 lain.



Monday, September 10, 2018

NASI LEMAK DAN SAMBAL SOTONG PETAI

Assalamualaikum..arini kita updet menu weekend yang lalu iaitu nasi lemak digandingkan sambal sotong petai..perghhh memang sedap banget! Anak2 makan asik bertambah-tambah nasi jadinye..hihii! Senang jer resipi nasi lemak dan sambal sotong petai tu tapi kita nak gak wat entry utk rujukan anak2 nanti di waktu hadapan kan..Ok jom semak yokk!

RESIPI NASI LEMAK

bahan2
4 cawan beras
5 cawan santan
1 inci halia- hiris nipis
1 biji bawang besar dimayang
2 helai daun pandan
1 suduteh halba - optional
garam secukupnya

cara
Basuh beras dan toskan. Campurkan semua bahan2 diatas dan masak dalam ricecooker seperti biasa. Setelah masak gemburkan nasi dgn garpu @ chopstik. Biarkan sebentar dalam rice cooker. Hidang nasi dengan lauk sampingan ikut suka.

RESIPI SAMBAL SOTONG PETAI
sumber - inahar's cooking time

bahan
1/2 kg sotong sederhana besar, siang kulit dan potong bulat, cuci dan goreng tanpa minyak hingga kering airnye, angkat dan ketepikan.
isi petai secukupnye
3 ulas bawang putih ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 tangkai cili merah ~ kisar
2-3 senduk cili giling @20-30 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 inci belacan ~ kisar
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
air asam jawa secukupnye
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

cara
Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan cili dan air asam, masak lagi hingga terbit minyak
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sotong, petai dan bawang hiris
Gaul rata dan sedia untuk di hidangkan.

Saturday, September 8, 2018

NASI MINYAK DAN AYAM MASAK MERAH SEDAP

Assalamualaikum..ni lagi entry tertunda menu istimewa raya haji yang lalu iaitu nasi minyak yang diganding bersama lauk ayam masak merah, kari telur juga acar timun nenas. Resepi nasi minyak dah selalu kita post kan tapi takper meh kita cnp lagi kt entry sini..jom semak yokk!

RESIPI NASI MINYAK SEMPOI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit.
5 cawan air 
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
pewarna kuning - saya tak letak


Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga

Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, susu, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan pewarna kuning. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

RESPI AYAM MERAH KEGEMARAN
sumber- inahar's cooking time

1 ekor ayam potong kecil ikut suka, cuci bersih dan lumur garam kunyit kemudian goreng 
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang besar-kisar

2 biji bwg putih-kisar 
1 inci halia- ketuk saje

3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 botol kecil sos tomato..(kita guna jenama kimball) 
2 sudu besar sos tiram
cili hidup potong 

2-3 sudu besar gula

garam
minyak
perisa jika suka

Cara-


Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar & halia sampai naik bau . Kemudian masukkan cili giling, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sos tomato,sos tiram ,gula,garam , ayam goreng & cili potong juga hirisan bawang besar . Masak sampai mendidih, jika kuah pekat sgt bolehla tambah air sikit(anak2 suka lebih kuah sambalnye..selalu pun kita mesti lebihkan sosnya utk digaul ngan nasi..barula terasa masak merahnye)

p/s Jika masak untuk jamuan yang istimewa sedikit eg kenduri, jamuan raya dimakan bersama nasi berperisa kita akan tambah sedikit kayu rempah tiga sekawan semasa menumis masakan ni.

Friday, September 7, 2018

KAMBING MASAK BERIYANI ISTIMEWA

Assalamualaikum..alhamdulillah Pn Doc kembali bersiaran setelah sekian lama berhibernasi..hihi! Pekabo semua? Harap para pengunjung dapur inahar ini sentiasa dalam keadaan sihat ceria selalu ye..insyaallah. Ok kali ni kita nak hupdet menu raya aidil adha yang lalu iaitu kambing masak beriyani istimewa. Memang sedap tak terkata uu! Haa wajib try ye resipinye..jom kita zaasss..

RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI
sumber - inahar's cooking time


Bahan2

500 gm daging kambing dipotong dadu 2"- diperap tepung dan limau nipis selama 20 minit kemudian dicuci dan toskan
1 biji tomato- dicincang kasar
3 biji kentang- potong 4
2 batang lada merah/hijau- belah dua
3-4 sudubesar rempah beriyani
1/2 cawan susu cair atau yogurt
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar tomato sos/puri
air secukupnya
1 sudubesar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Bahan tumis:

1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang


Bahan kisar

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm halia
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudubesar serbuk badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis- jika suka


Cara

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan rempah beriani.Tumis hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap baoleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani.