Assalamualaikum..hollaaaa! Okayla kita kembali bersiaran dgn resipi kuih serimuka yg sgt sedap ni tau. Terimakaseh wat Amie kerana berkongsi resipi kuih serimuka yg meletop ni..dah lama kita cari resipi kuih ni yg ada rasa rempah2 sikit.Kelebihan rasa kuih menggunakan resipi ni adalah kerana tambahan rempah kayu manis juga jintan yg menambahkan lagi uummphh rasa kuih ni. Memang sgt puashati dgn kejadiannye juga taste yg sgt menepati citarasa kita dan mrhubby..enak bangettt! Korang mmg kena cuba resipi ni ye..a keeper recipe! Sebelum ni kita guna resipi serimuka yang juga sedap di entry sini dan sini. Mohon akak cnp resipi ye Amie..muuuaahs!
RESIPI SERIMUKA
resipi asal - Buku masakan Pn Hasma Basir
sumber 1 - Amie
sumber 2 - inahar's cooking time
Lapisan Bawah:
600 gram beras pulut - basuh (rendam sekurang-kurang 3 jam sehingga beras pulut kembang jika anda ingin mengukusnya) dan toskan
100 ml santan
500 ml air
1 sudu teh garam
Amie tambah 3 sudu makan minyak masak
Lapisan Kepala:
6 biji telur gred B
400 gula kastor
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
3 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam - Amie gunakan 1 sudu teh garam
pewarna hijau epal - Amie tak gunakan
1 cm
kulit kayu manis + 1 sudu teh jintan + 4 helai daun pandan ditumbuk
lumat, bubuh dalam santan dan tapis - Amie tambahkan 4 helai daun pandan
kepada 7 helai (kita guna 10 helai)
Cara:
1. Didihkan air kukusan.
2.
Sementara itu, sediakan Lapisan Bawah. Satukan semua bahan, tanak hingga
hampir kering. Masukkan ke dalam loyang 10" x 10", tekan hingga padat.
Kukus semula selama 20 minit. (Amie masukkan dalam acuan lompang
sehingga separuh bahagian acuan).
3. Pukul telur hingga hancur, satukan dengan santan, gula dan kedua-dua jenis tepung, kacau rata.
4. Bubuh pewarna (Amie tidak bubuh) dan garam, gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana, dan kacau hingga naik wap.
5. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, dan kukus lagi selama 30 minit.
6. Sejukkan sebelum dipotong.
Adeeeedeeeeehhhhh... kita yang terus terliur tau.... memang sedap kepalanya tu kan, inilah penangan resepi orang - orang lama kak Pn. Doc....tq sudi cuba resepi ni. Kita pun tak segan2 jamu kawan2 dengan serimuka yang ada rasa rempah2 sikit ni, sebab memang sedap!
ReplyDeleteAmie..welkam. Mmg resipi ni dh lama akak cari..mmg terbaekk! Mekacehh ye..muuah!!
Deleteooh,, ada perasa ala2 rempah,,
ReplyDeletemakan sikit-sikit-sikit pastu nak lagi,,
Chenta..jgn lupa cuba resipi ni ye..mmg conpem mkn nak lagi dan lagi..hihi!
Delete