Nasi Ayam
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
4 tin susu beras basmathi - saya guna beras siam wangi
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - ketuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit rempah sup - saya tambah
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan - simpul
Garam secukupnya
Sayuran
Daun salad
Timun
Tomato
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
Gula dan garam secukupnya
sos cili botol - saya tambah
Sos Kicap
Kicap
Sos cili
Gula dan garam
sup ayam - saya tambah
Cara cara:
Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga air mendidih. Bila sudah mendidih, angkat dan toskan ayam.
Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak. Kami lumur dengan kicap, sos tiram dan lada sulah. Jika suka, boleh juga kisar bawang merah dan bawang putih.
Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan carrot (saya juga tambah sedikit rempah sup) dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air.
Sediakan bahan cilli sos dan kisar (saya masak atas api sebentar). Sesuaikan rasa. Sediakan pula, sos kicap (juga saya masak hingga mendidih sebentar). Hiriskan sayuran dan akhir sekali ayam diketuk dan dipotong kecil.
Hidangkan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup dan bawang serta bawang goreng.
Nota:
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.
Kicap cap gajah, gula, garam, lada sulah dan madu
Sos kicap: kicap cair masak dengan air, lada sulah, garam dan gula.
sedapnyee akak... meleleh dah mulut ni....
ReplyDeleteAdda..mmg sedap..jgn lupa cuba resipi ni ye!
DeleteTengok gambar pun dah terliur.
ReplyDeleteKakAzie..mekaseh kak..resipi akak ni mmg mudah dan sedap banget! Pasni nk try gak resipi nasi ayam yg bagai dlm koleksi azie kitchen tu..insyaAllah!
Deletemeleleh orang jauh tengok resepi puan doc ni..fav anak2 di umah ni
ReplyDeleteKakNoor..jgn bg leleh lelama kaknoor wehh..nnti depa tersedak ayaqliuq jer kempunan..hahaa!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSAlam Singgah
ReplyDeleteJika sudi follow blog saya ye..tq
http://teratakcassia.blogspot.com/
Iera..wasalam..mekaseh berkunjung ke blog saya ye nnti saya kunjung balas ke blog iera pulak ye!
Deletesalam..tumpang lalu blogwalking ni.. :)
ReplyDeletesedapnya!!! macam resepi saya jugak..yg bezanya, dalam nasik sy letak seketul kecik ayam, hirisan bawang besar dan ketuk beberapa ulas bawang putih. :)
nice sharing! nanti nak cuba resepi lain plak..nyam..dah tengah hari ni lapo daaa... :)
ainniah.com
Ainniah..iye mmg selalunye sy tambah juga potongan ayam ke dlm sup ayam tp kali ni mmg sy ikut betui2 resipi azie ni..alhamdulillah sedap!
Deletewsalam Ina...
ReplyDeletememang nampak sedap la nasi ayam yg ko masak tu...kita pun jadi lapar tengok...hehehe
Rahel..klu sedap kena la cuba masak sendiri nnti ek..hehee!
Delete