Tuesday, December 16, 2014

THE BEST BROWNIES IN THE WORLD..AGAIN!!

Assalamualaikum..alahai sorii ye kita baru nk updet citer bronis yang dah basi ni haa..hehe! Bronis yg kubuat 2 minggu lepas utk kubawa bertandang ke Batu Pahat melawat rakan baik Dr Azlita yang sedang sakit di sana. Kami pergi berombongan ke sana dgn rakan2 dari Pahang, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, juga KL beramai2 ke sana. Moga Ita tabah dan bersabar dgn dugaan yang berat ini. Kami semua mendoakan Ita cepat sembuh dan dipermudahkan olehNya segala urusan..InsyaAllah Amiiinn YRA! Brownies masih menggunakan resipi  the best brownies in the world.. pernah buat di sini. Resipi ni dipilih kerana mudah dan bahan2 semua available di dapur..huhu! So..jomler kita zaas resipinyer sekali lagi ye!

THE BEST CHOCOLATE BROWNIES IN THE WORLD 
resipi asal - The Frugal Chef 
sumber 1 - Fiza 
sumber 2 - Inahar's cooking time 

Bahan A 
4 biji telur 
2 caw gula castor - sy tukar kepada 1 caw gula castor + 11/2 caw gula perang 
1 caw mentega cair 
2 sudu teh esen vanilla 

Bahan B 
11/4 caw serbuk koko 
1/2 caw tepung gandum 
1 sudu teh garam halus 
almond nibs/walnut 
chocolate chips - sy tambah 

Cara: 
Gris loyang 10"x10" dgn minyak atau mentega kemudian tabur sedikit tepung. 
Didalam mangkuk, pukul telur hingga kembang kemudian tambah gula dan pukul lagi hingga gula hancur. Tambah esen vanilla dan mentega cair dan pukul sebentar saja. 
Kemudian tambah tepung , serbuk koko dan garam halus dan putar lagi sekadar bercampur bahan. 
Akhir sekali bolehla tambah almond/walnut juga chocolate chips secara kaup balik sahaja bagi rata. 
Tuang ke dlm loyang dan bakar pd oven yg telah dipanaskan pada 180c selama 35-40 minit bergantung kepada oven memasing ye. 

Tips - Jangan putar adunan brownies ni terlalu lama ye, sekadar bahan bercampur jer. 



Thursday, December 11, 2014

NASI LEMAK SAMBAL TELUR

panaskan oven dulu 180C - pukul butter & gula halus hingga kembang Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
RESIPI NASI LEMAK HALBA sumber: inahar's cooking time Bahan2: 4 Cawan beras-leh guna basmathi gak tp kita guna beras siam wangi 5 cawan santan 1 inci halia-hiris nipis 1 biji bawang besar di mayang 2 helai daun pandan 1 sudu besar halba garam secukupnya perisa-optional cara2: 1. basuh beras dan toskan 2. campurkan semua bahan2 di atas dan masak dlm ricecooker mcm biasa 3. setelah kering , gemburkan nasi dgn garpu @ copstik. biarkan sebentar dlm rice cooker. 4.hidang nasi dgn lauk sampingan ikut suka. **kalu nak resipi sambal bilis my mom leh tgk sini! Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
simple, Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
 
Assalamualaikum..jom layan nasi lemak sambal telur dgn ayam goreng kita wat dua hari lepas. Since ramai anak buah yg bertandang di rumah cuti skool ni..Pn Doc pun masak menu yang mudah dan digemari ramai. Senang citerkan..hehe! Jom kita semak resipi ye..

RESIPI NASI LEMAK SAMBAL TELUR

4 cawan beras
5 cawan santan
1 inci halia- potong nipis
1 biji bawang besar- dimayang
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
perisa- optional

Cara2:
Basuh beras & toskan.
Campurkan semua bahan diatas dan dimasak dalam ricecooker macam biasa.
Setelah kering, gemburkan nasi dengan garpu@copstick. Biarkan sebentar dalam rice cooker
Bolehlah dihidang bersama lauk sampingan.

RESIPI SAMBAL TELUR

5-7 biji telur rebus
4-5 sudubesar cili giling
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
segenggam ikan bilis
sedikit belacan- ikut suka
garam
gula air asam secukupnya.

Cara:
Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga hancur.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga agak garing.
Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan telur rebus dan masak lagi seketika.
Bolehlah matikan api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi tadi.
4 Cawan beras-leh guna basmathi gak tp kita guna beras siam wangi 5 cawan santan 1 inci halia-hiris nipis 1 biji bawang besar di mayang 2 helai daun pandan 1 sudu besar halba garam secukupnya perisa-optional Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Monday, December 8, 2014

BEEHIVES BUN WITH BUTTERSCOTCH SAUCE

Assalamualaikum..taraaaaaa!! Finally..Pn Doc berjaya juga operasi meroti setelah berkurun tak meroti kerana BM ku yang telah lama jem..huhuu! Demam saranglebah akhirnya tak dapat ku tangkis lagi setelah melihat ramai geng2 blogger yang telah menerai resipi roti sarang lebah ni. Resipi asalnya oleh Lydia Honey telah begitu mendapat sambutan yang hebat hingga akhirnye daku terjebak sama utk menerai resipi roti ni. Disebabkan tak sempat mencari stok yogurt kita telah menggunakan resipi roti dari dapur Kak Wattie. Resipi asal oleh Liza Othman yang dikongsikan di grup FB Kelab Roti. Resipi sos butterscotch masih menggunakan resipi oleh Lydia. Kita telah menguli menggunakan handmixer kemudian sambung menguli tangan...mmg berpeluh la gak jawabnya..hehe! Apa2pun hasil roti mmg sgt lembut & gebuss..bila dimamam bersama sos butterscotch tu pepanas..mmg wallaaa!! Anak2 berebut makan sekali hadap jek seloyang tu..hehe! Mekaceh Kak Wattie juga Liza Othman & Lydia berkongsi resipi yg best nih..So jom kita zaaass resipi!!

Resepi Roti 
Sumber : Kelab Roti 
Resipi roti boleh dipelbagaikan 
By Liza Othman 
sumber 1 - Kak Wattie

500gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum
100gm gula kastor 
40gm susu tepung 
1 st bread improver 
11gm yis atau sepeket yis 
sebiji telur campurkan dgn air sejuk 265gm 
80gm butter 
1 st bread softener 
 

Cara caranya  :-
Campurkan  bahan bahan kering dan masukkan bahan bahan cecair.   Uli sebatikan dan masukkan butter. Ulli hingga doh menjadi licin dan elastik.   Perap selama 30minit, tumbuk tumbukan untuk membuang angin, Bentukkan dan perap hingga naik 2 kali ganda.  Bakar pada suhu 180c.  Suhu bakar mengikut jenis oven anda 

Resepi Sos Butterscotch 
Sumber : Kelab Roti 

1/2 cup brown sugar (bukan gula merah ok)

1/2 cup whipping cream (kalau tak gantikan dgn susu cair) 

A pinch of salt

1/2 tsp vanila essence 

25g butter 

 1.Cairkan butter dakam periuk kecil.   Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. (saya sengaja masak gula tu hingga caremelised utk dapatkan rasa karemel tu sebab tu kaler sos tu lebih gelap)
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. 
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping. 

NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan..  Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



Saturday, December 6, 2014

JEMPUT-JEMPUT @ CUCUR KURMA

Assalamualaikum..dah lama tak buat jemput@cucur kurma..kali terakhir buat ialah pada bulan pose yang lepas! Bila tengok stok kurma masih ada bnyk lagi kt umah terus kubancuh buat cucur utk menu minum petang semalam. Resipi pun senang jek tapi sekali sekala mamam jemput kurma ni mmg sedap! Nak gak resipi ke? Jom zaass...

RESIPI JEMPUT @ CUCUR KURMA
sumber - inahar's cooking time

10-15 biji kurma - buang biji dan dipotong sederhana kecil
2 cawan tepung serbaguna
2 sudubesar gula pasir
garam 
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Gaulkan semua bahan di atas kecuali minyak sehingga sebati dan rata. Adunan janganlah terlalu cair atau pekat sangat. Biarkan seketika dan panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas bolehlah sudukan adunan bancuhan tadi kedalam minyak untuk digoreng. Goreng hingga keemasan lalu angkat dan ditoskan sebentar. Bolehlah dihidang panas2 ye.


Wednesday, December 3, 2014

NASI AYAM SEMPOI

 Assalamualaikum.. Baru sempat nak share menu nasi ayam yg kubuat 2 hari lepas. Resipi yang sangat mudah dari dapur Kak Azie. Mekaseh Kak Azie berkongsi resipi yang sedap ini dan saya mohon utk cnp resipi di sini ye..thnx once again! Jom kita zaas resipi ye...

Nasi Ayam
resipi asal : Azie Kitchen
sumber : inahar's cooking time

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 
4 tin susu beras basmathi - saya guna beras siam wangi
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - ketuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit rempah sup - saya tambah
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan - simpul
Garam secukupnya

Sayuran 
Daun salad
Timun
Tomato
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Sos Cili 
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
Gula dan garam secukupnya
sos cili botol - saya tambah

Sos Kicap
Kicap 
Sos cili
Gula dan garam
sup ayam - saya tambah


Cara cara:
Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga air mendidih. Bila sudah mendidih, angkat dan toskan ayam.

Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak. Kami lumur dengan kicap, sos tiram dan lada sulah. Jika suka, boleh juga kisar bawang merah dan bawang putih.

Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.

Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan carrot (saya juga tambah sedikit rempah sup) dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air. 

Sediakan bahan cilli sos dan kisar (saya masak atas api sebentar). Sesuaikan rasa. Sediakan pula, sos kicap (juga saya masak hingga mendidih sebentar). Hiriskan sayuran dan akhir sekali ayam diketuk dan dipotong kecil.

Hidangkan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup dan bawang serta bawang goreng.


Nota:
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.
Kicap cap gajah, gula, garam, lada sulah dan madu
Sos kicap: kicap cair masak dengan air, lada sulah, garam dan gula.