RESIPI KEK MARBLE TRIO
Bahan-Bahannya:-
300 g mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin (boleh ganti ngan susu sejat)
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco
Cara membuatnya:-
- Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
- Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
- Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
- Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
- Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.
k.ina,
ReplyDeletemust try ni.. dr dulu dok intai org buat.. sendiri ntah bila tatau!
kak ina...nak kekkkk!!! cumel belang2..
ReplyDeletesalam...masih mood - SHR - ambik kek ni weh....C&P - tk
ReplyDeleteCantik nya corak kek tu! =)
ReplyDeletedhill..mmg kena try sbb kek nih mkn x muak langsung..
ReplyDeletenik...alahai lambat no mai beraya..udah licin keknye..nnti nik try wat sendirik..mmg puasati tau!
sonata..selamat hari raya cikgu..sila lah amik resipi tu! buat jgn x buat ye..hehe!
nurulazmi..alaa akak bukan pandai sgt wat corak2 kek nih..main belasah jek..hehe!
Salam Ina...
ReplyDeleteBaru leh masuk comment kat cini...kak norli nk copy paste & simpan resepini..nnti senang akak nk buat..pasal nmpak pun dh tau sedap tu..