Assalamualaikum..Alhamdulillah sempat kita membaking aritu iaitu kek marble badam ros yg sgt marbeles ni. Kek yg sgt sedap dan begitu nostalgia rasanya. Harum bau ros serta tambahan serbuk badam tu menambahkan lagi kesedapan kek ni. Stail kek dolu2 kan..mmg wajib try ye uols! Ok jom zaas resepinya yok..KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA
Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber 1 : Rinnchan via ummi
sumber 2 : inahar's cooking time
Ig @drinahar
Bahan-bahan:
250gm mentega
5 1/2 oz gula castor(saya guna 150 gm)
4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (saya guna 4 biji size A)
1 oz badam kisar (saya guna 60 gm)
5 oz tepung naik sendiri(saya guna 145 gm)
2 susu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau- saya guna merah & biru jer!
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

No comments:
Post a Comment