Friday, March 31, 2023

Sambal Goreng Tempe Ikan Bilis

Assalamualaikum..arini kita updet menu sambal tempe ikan bilis yg kita buat weekend lepas. Menu sempoi tapi sgt marbeles..kalau ratah cenggitu jer pun boleh abih sepinggan tau hihi. Okay nak masak ni memang mudah yg amat..jom kita zaass resepinya yok..

Sambal Goreng Tempe Ikan Bilis
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-Bahan:
4 keping tempe
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 genggam kacang tanah
2-3 sudubesar cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit cuka @ jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuat:
1. Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit kunyit & garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis dan kacang tanah tadi, digoreng garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa atau cuka. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).
3. Bila pekat, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah tadi, gaul hingga rata. Biar kering sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau makan bersama nasi panas.
 

Thursday, March 30, 2023

Ayam Goreng Bawang Putih Viral


Assalamualaikum semua.. Haritu kita masak ayam goreng bawang putih yg viral tu la. Tapi kita ikut resepi sendiri guna apa bahan2 yang ada di dapur jerlah kan. Resepi yg sgt sempoi tp pastinya sgt sedap ye uolss. Sangat sesuai juga dimasak sebagai menu lauk iftar juga bersahur. Sape yg tak pernah buat lagi bolehlah cuba ye. Jom kita zaas resepinya yok..

RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN UTAMA
10-12 ketul ayam
10-15 ulas bawang putih (cuci bersih, tak perlu buang kulit- ketukkn sikit)


BAHAN-BAHAN KISAR
1 biji Telur
1 biji Bawang merah
3-4 ulas Bawang putih
1 inci Halia


BAHAN-BAHAN LAIN:
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
3-4 sudu besar tepung beras

CARA PENYEDIAAN:
1. Curah bahan-bahan kisar di atas ayam dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
2. Gaul dengan ayam dan perap selama sejam atau lebih
3. Kemudian, goreng macam biasa.
Masa alihkan/terbalikkan ayam tu, taburkan semua ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci dan diketukkan sikit bawang putih tadi. Goreng hingga ayam garing keemasan. Siap!!

Wednesday, March 29, 2023

Nasi Kurma Daging Adabi


Assalamualaikum..kembali bersiaran kita ye setelah lama menyepi. Alhamdulillah baru nak updet menu sehari sebelum ramadhan aritu yg sedikit istimewa dimasak sempena menyambut bulan Ramadhan nan mulia ni. Moga kita semua di beri kekuatan, kesabaran dan kesihatan yg baik utk melakukan ibadah dengan sempurna sepanjang ramadhan ni dan amalan kita semua diterima Allah Swt. Aamiinn Yra. Jom kita zaas resepi nasi kurma daging adabi ni yok..


RESIPI NASI KURMA DAGING ADABI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
1 tin kurma daging adabi
2 cawan beras basmathi
21/2 cawan air (ikut jenis beras yg digunakan memasing ye)
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
daun ketumbar
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi - ganti butter
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga


Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
gajus goreng


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan kurma daging adabi, daun ketumbar dan masak hingga mendidih. Tambah beras, air, susu cair, kiub ayam, garam, daun pandan dan gaul rata sebentar. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis, kacang gajus goreng dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.