Wednesday, December 15, 2021

CEMPEDAK CHEESECAKE

Assalamualaikum semua..kembali bersiaran kita dgn menu cempedak lagi..hihi! Meh ambil kesempatan musim cempedak ni kan kita pelbagai kan menu dessert kita iye dok! Kali ni kita wat cheesecake pulak setelah lama tidak membuat homemade cheesecake ni. Waduhhh hasilnya memang padu baq hang!! Serious sedap giler, very rich & creamy mmg terbaekk!! Korang wajib try ye! Jom kita zaas resepinye yok..

Resepi Cempedak Cheesecake
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahagian bawah (crust):
80gm Mentega (tanpa garam)
150gm Biskut Oreo - kisar

Bahagian atas (cheese):
500gm Krim Keju (brand philadelphia)
100gm Gula Aising
20gm Tepung Jagung
200ml Krim Putar
3 biji Telur (size A)
300gm Isi Cempedak yg telah dikisar
1 suduteh Esen Vanila
1 sudubesar Jus Lemon

Cara-
Cairkan mentega menggunakan api yang kecil supaya tidak mudah hangit. Ketepikan dahulu.
Sediakan loyang (loose-base pan) yang bersaiz 7 inci dan masukkan biskut oreo dan mentega yang telah dicairkan tadi. Gaul sehingga rata dan padatkan biskut dalam loyang. Ketepikan.
Sementara itu sediakan bahagian atasnya pula. Dalam mangkuk besar, pukul krim keju dan gula icing sehingga nampak gebu dan halus.
Masukkan pula krim putar dan pukul sebentar.
Masukkan telur satu persatu. Pukul bagi sebati
Selepas itu, masukkan isi cempedak (ketepikan sedikit isi utk topping) dan juga esen vanila dan pukul lagi hingga sebati. Tambahkan tepung jagung dan jus lemon. Kacau rata.
Ambil loyang yang berisi biskut oreo tadi, balut loyang dengan 2 lapisan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang semasa membakar kek kerana kek akan di bakar menggunakan teknik waterbath.
Tuang adunan keju tadi ke dalam loyang sehingga habis. Baki isi cempedak td bolehlah di gunakan utk mencorakkan swirl atas adunan cheesecake itu. Bakar pada suhu 160°C selama 60 minit atau sehingga masak menggunakan teknik waterbath. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheesecake yang sedap. Siap untuk dihidangkan.
 

No comments:

Post a Comment