Monday, September 13, 2021

Kek Pisang Sedap


Assalamualaikum .. marilah kita membaking kek pisang sedap, gebu, moist resepi @nina.mirza mmg mudah banget! Mekaseh Nina berkongsi resepi marbeless ni. Jom kita zaass resepinya yok!


Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap
Resepi asal - @nina.mirza
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, pisang emas pun boleh dalam 7-8 biji gitu)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (Nak lagi sedap separuh gula putih separuh gula perang)
3 biji telur

** blend semua**
Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak (sy bakar 50 min @ 180c.loyang bulat 9"). Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…

No comments:

Post a Comment