Friday, March 19, 2021
TOMYAM THAI POWER!
Assalamualaikum lama Pn Doc tak bersiaran ye..oklah arini kita masak tomyam campur digandingkan dgn ayam goreng kunyit serta telur dadar. Fefeeling makan kt kedai makanan siam..hihi! Alhamdulillah. Jom kita zaas resepi tomyam thai yg sodap ni yuk!
Resepi Tomyam Thai
Sumber - inahar's cooking time
Bahan – bahan utama:
1 botol kecik Pes tomyam (guna brand siam MAE PRANOM)
Lengkuas - hiris nipis
3 batang serai- ketuk
4-5 helai daun limau purut - buang urat tengah
4 biji bawang putih- ketuk
1 biji Bawang besar - hiris nipis
Isi ayam - hiris kecil
Seafood (ikut citarasa)
2-3 sudubesar santan @ susu cair
Sos ikan thai
Garam & gula secukup rasa
Cili padi- ketuk
Bunga kobis
Cendawan
Tomato
Daun ketumbar beserta akar ketumbar
Jus limau nipis
Cara – cara memasak tomyam:
Masukkan pes tomyam, akar ketumbar, lengkuas, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi & bawang besar ke dalam air secukupnya. Masak sehingga mendidih
Masukkan ayam, seafood dan perasakan dengan sos ikan thai, air perahan limau nipis, susu cair serta garam & gula. Sesuaikan masam, masin dan manis mengikut citarasa.
Akhir sekali, masukkan bunga kobis dan cendawan kemudian biarkan ianya masak seketika (pastikan sayur – sayur tidak terlalu masak. Boleh juga tambahkan lobak, celery dan lain – lain mengikut citarasa.)
Masukkan tomato dan daun ketumbar dan padamkan api.
Siap!
No comments:
Post a Comment